nuffnang

Monday, June 24, 2013

Anniversary Getaway

09/06/2013 - Sun

Cuti2 makan angin 2 minggu lepas tapi baru nak update. Kekadang bila tak ada idea memang blur betul nak start cerita. Hari tu kami ke PD lagi. Tu pun sebab aku yang gatal tangan pegi beli voucher dekat Groupon. Beli voucher 3D1N stay at Tiara Beach Resort PD. 1 malam RM 88. 

Terpaksa ambik cuti 2 hari sebab nak dapatkan rate murah. Untuk sehari je la murah sebab Ahad dikira weekend lagi. So kena la topup RM 50 untuk hari Ahad tu. Ni bilik kami. Family studio katanya. Tapi sebab open concept kami pegi bertiga je la. Ada 1 queen n 1 single bed.


Ada double decker bed ni jugak. Tempat tido Irfan...Memang tak ada maknanya la kan sebab last2 memang dia akan menyelit dekat mama n papa dia jugak. Memang puas la Irfan berlari sana sini dalam bilik ni.


Lepas je check in kami terus ke pantai. Memang dah petang sangat dah sebab bertolak dari rumah pun lambat. Sempat singgah window shopping dulu kot before tu :P Irfan macam biasa lagi excited main pasir dari main air.


Aku dok tepi je jaga barang2. Tengok 2 beranak main pasir. I just love beach! Dapat tengok pemandangan je pun dah cukup best =)


Hari Ahad orang pun dah tak ramai. Lengang je pantai.


Singgah pantai tak lama pun sebab dah nak senja. Before azan dah gerak. Terus cari tempat makan sebab kalau balik bilik confirm dah malas nak keluar sebab area Tiare Beach tu macam tak banyak kedai makan. Nak datang Pantai Cenang pun 9km baru sampai. 


Cerita pasal bilik kitorang tu memang agak menyesal jugak la stay dekat situ. Dah la kitorang datang tu weekdays. So memang lengang je kawasan tu. Nak naik bilik pun dah ala2 misteri nusantara. 1 floor tu macam kitorang bertiga je yang ada. Dengan koridor yang suram muram tu. Memang agak saiko jugak la rasanya.


Actually motif stay sini ingat nak pegi theme park dia. Orang cakap best. Sekali tanya 2 session pagi n petang RM 55 sorang. Terus tak jadi pegi. Kalau bawah RM 30 tu kira ok lagi la kan. Tak silap dulu free je kot masuk theme park ni as long as stay dalam ni. Tapi sekarang Tiara Beach ni pun dah tukar management. Signboard pun dah tulis Best Western. 


Ni tempat parking bawah blok. Entah macam mana kitorang boleh dapat blok paling hujung sekali. Sebelah hutan pulak tu. Dengan tak ada lampu jalan lagi. Waaaa serius tak nak datang sini dah. Really not recommended especially yang plan nak datang weekdays macam kitorang T_T


View dari luar blok. Nampak macam not well maintained je. Usang semacam. Tapi ada blok yang nampak baru. Before balik pun kena snap gambar bilik n email dekat orang tu. Kena make sure condition adalah sama before n after. Lepas tu mula la rasa macam tak hygiene je bilik tu. Entah2 tak ada orang datang kemas pun. Tau2 orang lepas kitorang check in terus ke kan. Entah2 cadar pun tak basuh T_T 


Memang the worst experience la stay dekat sini. Hotel2 yang lagi murah pun tak seteruk macam ni kot. But still kitorang ada aktiviti2 lain yang best kat PD di sebalik our nightmare stay at this place =) Just tak tau nak pegi ke tak guest room dekat Melaka lepas ni sebab bila beli 2 voucher hari tu dapat free 1 night stay kat Melaka pulak...hurmmm...Takut lebih kurang sama je sebab under 1 management T_T

No comments: