nuffnang

Wednesday, June 5, 2013

KFC Pon KFC Lah

04/06/2013 - Tues

Malam semalam pegi dinner dekat luar nak celebrate anniversary. Kekononnya nak pegi Chop n Steak Kg. Baru. Sekali tawaf sampai 3 kali tak dapat parking jugak. Punya la ramai orang even weekdays. Selama ni datang ramai macam mana pun mesti kitorang dapat parking. Last2 surrender cari parking n kitorang singgah kat KFC Pusat Bandar Damansara. Kalau tau awal2 baik pegi KFC dekat rumah je kan. Tu Irfan Naufal buat peace versi baru...hahahaha....


KFC pun KFC la asalkan pegi celebrate plus dapat makan. Padahal weekend hari tu baru je makan KFC. 2 hari before tu pun makan KFC jugak...hahaha. Selang 2 hari je. Makan KFC 3 kali dalam masa 6 hari. Tapi sebab dah lapar makan je la. Dah la nak pegi Kg. Baru tu agak jauh. Tawaf cari parking lagi. Pukul 10 lebih jugak baru dapat makan. Mana la tak lapar kan. Nasib baik jugak la ayam hot n spicy dah ada balik. Kalau yang Korean punya tu memang pitam la nak makan T_T


Peace before makan =)


Dah habis makan ayam jom makan kek pulak. Beli siap2 kek dekat Secret Recipe before pegi Kg. Baru. Berjaya jugak merasa kek Mango Delight ni. Biasa asik habis aje. 3 candles for our 3rd anniversary =)


Budak kecik yang excited tengok lilin ;)


Kasi chance Irfan tiup lilin. Satu2 dia tiup. Sungguhhh sopan =)


2nd round. Kitorang beli 2 slices. Kali ni Irfan tiup semua lilin sekaligus. Aku berlakon je tu. Suka aku tengok sebab time 2nd birthday dia hari tu memang blur2 je bila suruh tiup lilin. Last2 cousins dia yang tiupkan. Anak mama dah big boy la ni =)


Strawberry marshmallow cheese cake. Alhamdulillah kenyang makan. Irfan je yang tak nak makan sangat. Susah dah nak bagi dia makan sekarang. Kalau tak dulu asal nampak kitorang makan je semua dia nak jugak. Sekarang nak minum susu je. Merisaukan sungguh.


Sudah mau pulang. KFC pun dah lengang tak ada orang. Agaknya tunggu kitorang balik je dorang nak tutup dah...hehe...


Hari ni anniversary kenduri belah aku Papa Irfan kata. Esok belah dia pulak...hahaha...Tapi tak kan la tu pun nak celebrate jugak. Hover la tu kan :P

2 comments:

Nurul Ilyani said...

happy anniversary cuna... :)

cuna said...

thanks yanie =)