nuffnang

Friday, June 7, 2013

Berjimba di Legoland

31/05/2013 - Fri

Dah lama tak guna word 'berjimba'...hehe...Minggu lepas kami ke JB. Ambik cuti 2 hari. Nasib baik bos approve apply cuti last minute. Biasanya aku apply cuti sebulan or 2 bulan awal. Nak pegi Legoland ni pun plan seminggu before tu. PIL ajak join sebab nak bawak2 adik2 ipar yang tengah cuti sekolah jalan2. Terus laju2 book bilik dekat Hotel Seri Malaysia. Book dekat Agoda je. 2 malam RM 300 campur tax n surcharge bagai. Silap tak book direct thru Seri Malaysia. Boleh la dapat RM 250 2 malam T_T


Kitorang keluar rumah lepas Zohor. Dekat pukul 9 jugak la baru sampai. 6 jam atas jalan. Asik nak menyinggah je kejenya memang lambat la sampai kan :P Lepas check in pegi makan dekat Kg. Melayu Majidee. Agak femes jugak la dekat JB ni. Makan yong taufu sup.


Esoknya pepagi turun breakfast. Pinggan dah bersepah. Puas pujuk Irfan makan tapi semua pun tak nak.


Ambik angin pagi. Baju Spiderman lagi. Mama Irfan yang suka sangat pakaikan baju ni ;)


Khusyuk tengok fish sambil bercakap sorang2.



Cantik betul landskap macam ni. Layan Irfan dekat sini sementara tunggu papa dia pegi bilik PIL. Dorang sampai lambat malam tu. Dekat pukul 1 pagi baru sampai kot. So pagi tu baru nak jumpa.




Memula ingat nak gerak sekali semua. Sekali FIL ada kerja pulak nak kena settle kan. So kitorang gerak dulu dekat pukul 10 tu. Dalam pukul 10.15 dah sampai. Dekat je. Kalau tido dekat Tune Hotel lagi dekat.


Kami dah sampai...Memang dah ramai orang. Pukul 10 dah bukak. 


Pukul 10 lebih pun memang dah start panas terik time tu. So nak bergambar pun cari port2 teduh aje.


Irfan tengah lena dibuai mimpi. As usual dekat2 nak sampai tu la dia nak tido kan.


Lupa bawak tripod. So pakai timer aje la.


Ngamuk sebab kena paksa dengan mama n papa dia suruh bangun...hahaha...Kejam betul kitorang :P


Ngamuk kejap je lepas tu excited tengok keliling. Pelik agaknya tetiba sampai tempat meriah macam ni.


Dekat kaunter tiket memang panjang orang beratur. Kitorang dah beli tiket online siap2. So dapat la murah sikit. RM 112. Tu pun kena book awal 7 hari before nak pegi. Kalau tak sorang RM 140. Kalau beli dekat kaunter n tunjuk MyKad kena RM 120 + dapat meal voucher RM 10. Irfan macam biasa la. Dah bawah 3 tahun ni pegi mana2 pun free =)


Gambar dekat entrance pun dah berapa kali snap...hahahaha...Orang lain pun macam tu ok. Jalan sikit ambik gambar. So sementara nak sampai dekat entrance betul2 memang banyak kali la berposing :D


Dah masuk. Dah tak sabar ni nak explore Legoland =)



Irfan lagi excited tengok lego2 dalam kotak tu.


Antara lego statue dekat situ. Tak tau la nak panggil apa mende tu. Letak je la lego statue kan. Awal2 je semangat nak ambik gambar. Lepas tu berlambak lagi mende2 camni sampai dah tak lalu nak ambik gambar satu2....hahaha...


Dapat belon.



Yang lain semua ambik gambar dengan model2 lego dekat tepi2 jalan tu...




Kitorang start dari kanan dulu dengan Lego City sebab side ni budak2 kecik punya area. Before Irfan tido bagi dia enjoy dulu. Kalau belah kiri banyak yang extreme punya. Ni Junior Driving School. Tapi Irfan tetap tak boleh naik. Minimum 3 years kot. Lagipun Irfan tak cukup ketinggian 90cm...huhu...So memang banyak la yang tak boleh naik. Driving School ni jugak ada untuk budak besar.


Tapi Irfan peduli apa kan. Dekat tepi tu ada satu meja siap sebesen lego. Dia punya la excited main sampai tak tengok kiri kanan dah.



Muka excited...


Tak heran pun tak dapat naik kereta dalam tu.


So mama dia pun nak tumpang ambik gambar dengan orang bz. Lepas tu siap ngamuk tak nak pegi tempat lain dah. Nak main benda tu je. Padahal dekat rumah pun hari2 dah ngadap lego kot...huhu...



Ni Boating School. Q panjang so malas nak beratur. Lagi pun memang tak ada feel nak naik bot tetengah panas tu.


So jalan2 je la. Memang tak banyak ride yang Irfan boleh naik.




Silau sampai tak boleh bukak mata.


Legoland Express ni pun kena Q panjang. Cuti2 sekolah memang ramai la orang kan. Legoland Express ni keretapi lego yang round satu Legoland tu. So tak payah la penat2 jalan. Duduk je dalam tu boleh tengok semua tempat dalam Legoland tu. Boleh la dapatkan rough idea macam mana nak habiskan seharian dalam Legoland tu. Tapi kitorang pilih untuk redah aje. Map pun ada boleh refer.


The Shipyard. Ni memang tempat fevret Irfan la kan. Apa2 playground pun dia suka. Petang before balik pun dia main lagi sekali dengan pak cik dia.


Banyak nau gambar nak upload. Tu pun gigih aku update hari2 minggu ni sebab nak habiskan semua cerita. Dah habis baru la boleh nak update pasal Legoland pulak. But still tak boleh habiskan dalam minggu ni. Macam biasa kena split entry ni. Tak tau la sampai berapa entry. Tengok tahap kerajinan jugak la kan :P Enjoy your weekend uols! Weekend ni kami nak pegi main air pulak ;)

2 comments:

Dnazz said...

bestnya legoland.Beb, u guna phone baru ke? Gambar cantik :)

cuna said...

Dnazz: mmg best! still guna phone lama lg iza. maybe gamba yg cantek tu pakai kamera kot. kamera pon kekdg tu sensitip. gegar sket je dh blur T_T