26/05/2013 - Sun
A very very veryyyy short trip ni. Time tu plan time tu la nak pegi. Ni cerita time ada cuti Wesak hari Jumaat tu. Kebetulan abang n family datang singgah rumah Ahadnya. So borak2 la. Tengok adik beradik lain memasing post dekat FB pegi jalan makan angin sana sini. Ada yang buat misi jelajah utara, ada yang pegi Bukit Tambun, ada yang pegi Taiping mana entah lagi.
Tetiba ayah cakap. Jom la pegi jalan2 jugak. Pegi Janda Baik. Abang aku pulak on je. Aku lagi la semangat sebab tak penah sampai lagi situ. Bulih? Dah la tak jauh dari rumah tapi tak pernah sampai. Agak kesian di situ. Air terjun pun dah lama tak pegi. Last time study dulu la kot pegi dengan kawan2. Masa borak2 dah pukul 2 lebih. Pukul 3 lebih baru nak gerak. Punya semangat. Orang semua dah nak balik kitorang baru nak bertolak. Hari Ahad pulak tu kan :P
Irfan pulak dah nak sampai baru nak tido. Memula masuk air pun macam takut2 je. As usual la sementara nak warm up tu. Tak lama lepas tu sakan main air sampai ngamuk2 bila nak ajak naik...huhu...
Time ni memang tahap menggigil dah. Gigil2 pun tak nak kua jugak. Siap mesra rakyat nak lambai2 n buat peace lagi :P
Dekat tepi2 tu banyak pondok. So kitorang lepak situ dulu sambil makan2. Ni gambar time dah nak balik. So dah bersihkan semua. Time tengah lepak2 kemain malas nak bangun turun ambik gambar :P
Makan2 macam banyak sangat je makanan kan. Kata ad hoc plan. So memang datang pun lenggang kangkung la. Kalau plan awal2 boleh la berpicnic dekat sini. Makan burger je sorang sikit yang beli dekat gerai tepi tu. Duduk pun alas paper aje.
Tak puas kot datang kejap je. Tapi boleh la setakat nak amik feel.
Dah nak pulang...
Singgah solat...
Isi perut. Sedap pulak makan dekat kedai ni.
Balik tu aku start rasa macam sejuk2 je satu badan. Macam nak demam. Padahal tak masuk air lansung. 3 hari jugak la seram sejuk je. Irfan pulak dapat pakej batuk n selsema. Risau jugak time tu sebab Khamis tu kami nak jalan jauh. Tapi alhamdulillah sempat baik Khamis tu =)
No comments:
Post a Comment