31/05/2013 - Fri
Jelajah Lego Kingdom pulak.
It's time for roller coaster. Mulakan dengan yang biasa2 dulu kasi warm up. Dragon's Apprentice. Memang untuk budak2 pun. Tak berapa tinggi sangat n kejap je. Tapi Papa Irfan cakap dia pening kepala lepas naik benda ni sebab dia macam banyak selekoh2.
Ni on the way nak masuk tempat Dragon's Apprentice. Macam castle kecik.
Yang ni rail The Dragon. Memang lagi ganaz la dari Dragon's Apprentice tu. Tengok rail pun boleh tau kot. Kepala aku pun siap terhantuk ke tepi time menjunam tu. Siap tertunduk sampai susah nak angkat kepala. Memang extreme jugak la. Cuba sendiri baru tau kot macam mana ;)
On the way masuk castle The Dragon. Castle ni lagi besar dari yang castle lagi satu tu. Rasa macam lama je nak sampai tempat nak naik roller coaster tu.
Peti belakang tu tempat letak handbag. So kalau bawak pun tak payah risau nak cari tempat simpan handbag. Dorang mesti ada sediakan box or rak untuk letak barang. Tak pun letak je dekat tepi2 tu. Tak payah bayar pun macam dekat USS.As usual dorang ambik gambar time main tu. Again kitorang tak beli pun. Muka burok giler kot...hahaha...
Balik main 2 jenis roller coaster tengok2 Irfan tengah sedap tido. Baru teringat tak naik lagi satu roller coaster. So sambung lagi =) Merasa jugak akhirnya naik roller coaster kali ni. Dekat USS tak merasa lansung. Dah lama tak lepaskan gian. Dulu last naik masa zaman bujang.
Dah masuk area Lego Technic.
Roller coaster yang ni agak gayat jugak la time dekat corner tu. Rasa macam nak tercampak kat bawah. Nak beli gambar tapi tak cantik jugak. Last2 before balik main lagi sekali benda ni semata2 sebab nak beli gambar :P
Singgah Lego Academy. Dekat dalam tu tak ambik gambar pulak. Main Lego Chima. Main bodo2 pun dapat certificate...hehe...
Ni cert nya. Boleh la setakat nak buat kenangan. Tak kan nak pakai untuk apply kerja pulak kan T_T
Balik2 Irfan still sedap tido lagi. So sambung jalan lagi. Patah balik ke Land of Adventure. Banyak lagi tak cover area situ plus PIL n adik2 start dari side lain. Singgah Kids Power Tower. Yang ni aku tak main pun. Papa Irfan n adik2 dia je main. Malas nak main sebab benda ni nak kena tarik2 tali nak bagi kerusi tu gerak.
Tak sempat nak snap gambar sebab khusyuk sangat tengok dorang main. Sedar2 dah habis. So kita google lagi la ye ;)
Jalan2 sini je tempat makan yang dekat. So memang tak cari tempat lain dah. Order 2 Family Pizza Combos n 2 Pasta Combos. Cukup la untuk kitorang 10 orang. Mahal tu memang mahal la. 1 set pizza pun dah RM 50 kan. Tapi tak kan nak berlapar je sampai malam. Tu pun time kitorang makan ni dah pukul 4 lebih kot. Bernyanyi sakan dah perut time ni. Tapi pizza n spagetti dia memang sedap la. Sampai teringat2 balik tu :P
Lepas tu pegi solat. Belakang tu ada surau.
Then sambung jalan2 lagi dan lagi dan lagi...
Save the best for last. Dino Island. Lagipun memang dah tau naik benda ni confirm akan basah lenjun. Kalau korang boleh nampak kitorang yang duduk depan sekali tu. Memula macam tak nak naik sebab malas la nak basah2. Baju tukar pun tak bawak. Tapi pikir2 balik nanti teringat2 pulak bila dah balik. So naik aje la. Lagipun MIL dah bagi green light nak tolong jagakan Irfan yang tengah tido tu ;)
Yang nampak tangan je tu Papa Irfan. Aku memang dah tak nampak apa sebab tenggelam dalam air...huhu...Ni 2nd round naik. 1st round ok lagi sebab sampan tu balance. So basah pun tak teruk sangat la. 2nd round berat dekat depan sebab belakang budak2 je. Tu yang complete basah luar dalam T_T
Ni FIL n adik2. Conquer satu sampan tu. Best wooo main benda ni. Rasa nak ulang banyak2 kali je. Dekat situ dorang ada provide body dryer. Tapi kitorang tak pakai pun. Kering semulajadi je sebab hari memang tengah panas. Sementara nak balik dah nak kering.
Elok2 je habis main Irfan pun bangun. Lepas tu singgah Beetle Bounce. Hampir2 dapat naik tapi tak jadi sebab tetiba Irfan nanges bila kena tinggalkan dengan pak cik dia. Maklum la jarang2 jumpa. Harus la dia tak kenal kan. So tak merasa la naik benda ni. Gambar pun tak sempat snap. PIL n adik2 je yang naik. Sekali tengok macam Space Shot dekat Genting tapi yang ni rendah sikit.
Dah habis kot update semua tempat dalam Legoland. Just dekat Lego Technic tak sempat nak main Aquazone Wave Racers n Technic Twister. Wave Racers ni macam main tembak2 kot. Ada la basah sikit2. Q hari tu panjang sampai ke petang. So skip je la main ni. Adik2 Papa Irfan je yang rajin nak beratur time tu. Pic courtesy from google lagi ;)
Technic Twister ni macam spinning cup tu je. Dah biasa jumpa. Lagipun memang tak sempat nak naik dah since Irfan pun dah bangun.
Hampir habis tapi tak habis lagi. Tinggal pics dekat Miniland je then boleh tutup cerita. Jenuh jugak nak refer sana sini. So korang yang ada plan nak ke Legoland nanti boleh la plan nak main apa lepas ni. Rasa macam 1 hari tak cukup je nak cover semua especially bila bawak budak kecik. Tapi still berbaloi jugak la pegi kali ni sebab ada orang nak tolong jagakan Irfan kejap =)
4 comments:
wowww bestnyer da smpai legoland..msti Irfan suka kan kak...
Laiciberry: best jgk. maklum la 1st time kan ;) irfan suka tp dia suka buat hal sendiri je.excited dpt lari sana sini.lgpun xbyk yg dia blh main
hahaah yeke..excited ye Irfan...mstila dia suka kak..berjln sakan tu...suka tgk bj spiderman dia pkai tu...cntik..
tu la. kalau tak biasanya jln mmg letak dlm stroller je sbb xlarat main kejar2 ngn dia...hehe...tq.bj spiderman tu pn mmg 1 of my fevret bj. asik nk pakaikn baju tu je.nmpk mcm dh bsr bila pakai bj tu ;)
Post a Comment