nuffnang

Tuesday, September 29, 2009

Saya Tak Sakit

Bulan ni je dah 3 kali aku pergi klinik. Alaahhh kantoi pulak belakang tu ade coffee bean :P



SCENE 1 - Parkson 1U

Nak redeem sample Clinique Custom-Fit Liquid Foundation yang dalam Cleo beli hari tu. Siap datang redeem terover awal sebab start nye bulan 9. Baru hujung bulan 8 dah datang serang. Ngeee. Dah tu beli magazine terus datang redeem. Nak buat camne kan. Freshie la kate kan.



Datang balik minggu lagi satu nye. Kebetulan pulak SA Clinique ni bz melayan customer lain. Aku pun ape lagi. Mengambil kesempatan meninjau2 keadaan sekeliling :P




Ye. Ni la buat julung2 kali nye aku jejak kaki kat kaunter Clinique ni. B4 ni tepi2 Clinique tu pun tak lalu tau. Jeling2 dari jauh je. Ahahaha. Sekali line clear tak de orang nak follow2. Syok betul boleh belek2 apa yang patut.



Tangan pun gatal2 nak usik2 itu ini. Kasi pose sket. Muka memang tak boleh blah. Sila abaikan senyuman ku itu. Saya memang adalah sangat tak fotogenik.



B4 nak dapat mende free kene la fill in details dulu. Berdasarkan experience aku meredeem freebies setakat nih almost sume memang kene kasi details. Eccehhh cam dah lama sangat buat keje nih. kekeke. So secara automatiknye details aku dah bersepah2 bagi kat orang.



Abis sume product kat situ aku belek 2. Terjumpe pulak skincare for men. Baru aku tau for men pun ade. Outdated betul. Terpegun sejenak. Nak bagi meor pakai? No no no. Baik beli Clinique 1 set utk aku dulu. lalalala

Perfume clinique happy. Tak try pun bau die camne. Tengok botol pun tak minat. Tak de seni lansung. Tak menarik untuk dibuat collection. Aku suke kumpul botol yang pelik2 saje ;)



And the best part is here.....Mata ku bersinar2 dan tak berkelip bile tengok lip gloss lipstick yang dok beratur cantik kat situ. Kalau la tetiba aku kaya kan, nak je angkut satu row tu.



Kasi close up sket. Ha tu ha. Nak amik satu row yang gloss nye berdiri tegak tu. Tunggu la nanti kaya sket nak la rembat satu. Masuk saje dalam wish list.



Balik tu dapat la sample Clinique yang cute tu hasil dari Cleo. Bosan2 balik tu selak2 Women's Weekly terjumpe page ni. Rupe2 nye boleh redeem sample Clinique yang sama. Actually beli Women's Weekly dulu. Boleh plak tak perasan page ni.



SCENE 2 - Parkson Subang Parade


Maka aku teruskan pencarian for the next freebies. Abis je buat facial treatment kat Clarins yang jauh berbatu2 tu terus cari kaunter Clinique. Sebelah2 je kaunter nye. Time datang ade gak orang yang sama cam aku datang nak redeem. So hasilnya dapat lagi 1 sample.



SCENE 3 - Metrojaya Mid Valley


Minggu last b4 raya tu pegi Clinique lagi sekali. Tak habis2 lagi kan. Yang dalam magazine dah abis redeem. Time baca kat blog Jess boleh pulak terperasan kat shoutbox dia cakap boleh redeem Clinique pakai kupon kat website dia. Huhh tak boleh jadi ni. Terus register and dapat kupon thru sms. Thanks Jess for the info :)

Muka pun cam hape je dalam gambar ni. Ngan balik keje lambat. Bulan puasa lagi. Bukak puasa pun ala2 kadar je. Ha akhirnya nampak gak en meor tengah snap kan gambar. Kantoiii :P



Bersusah payah jugak la pegi Clinique kat Mid ni. Kot2 la tetiba miracle SA tu nak bagi sekali 3 4 sample ke cam Jess tu. Tapi aku dapat 1 je. Wahhh so lucky la u Jess! Pergi 1 kaunter je terus dapat 4 sample sekali SA tu suruh try. Aku hulu hilir nak dapat kan sebijik sample yang cute tu.For me all SA are the same. Tak de yang treat very2 nicely. Maybe coz aku ni just datang redeem freebies n coz wajah ku yang kebudak-budakan nih. Susah sket nak mendapat layanan seperti orang dewasa yang lain. Huhuhu. Tetiba nak emo kan.


Dan ni lah hasilnya lepas bertungkus lumus pegi kaunter Clinique. Tadaaaaaa...3 samples Custom-Fit Liquid Foundation. 3 shades yang lain2. Normal size 30ml RM105. Errr kene fikir 100x kalau nak beli pun. Bahagi2 boleh makan berapa pinggan la tu. Foundation pun malas nak pakai. Maybe another one fine day (^_^)



Tu la samples dari Clinique yang buat pertama kali nye masuk dalam collection ku. Tercicir lagi satu clinique product ni yang dah agak lama dibeli tapi lupa nak story.


Brightening Solution @ Derma White yang ada:

Clarifying Brightening Lotion

Brightening Moisture Cream

Moisture Bar


Tak pernah terpikir pun nak beli Clinique product memandangkan harga nya yang murah itu. Kali ni beli coz set ni under promotion. Tu pun tau2 je dah abis kat kaunter. Luckily Miu got extra so dapat la 1 set tu. Thanks babe! I loikeee =) Dapat on the same day time workshop Clarins hari tu. So even ni 1st product pun aku tak pernah jejak kaunter Clinique lagi time tu. Pecah rekod time redeem freebies tu je.


Pic taken from Miu's blog


So memang betul la saya tak sakit. Malah lebih sihat dari biasa lepas buat mende2 yang tak pernah dibuat sepanjang hidup ku ni :P

9 comments:

Jessying said...

Cuna : u nampak budak2 kan bagus, maksudnya u muda !!! hehe anyway u dah dapat 3 samples pun okay la... maybe i a bit lucky terserempak dengan SA baik hati hari itu.. bukan selalunya begitu bertuah !!!!

u malas pandai foundation kerana skin u cantik la okay.. hahahaha.. take care... ur punya hubby banyak hansem

dee said...

lerr...2nd time baca baru aku fhm mksd "3x g klinik". hahaha. aku selo plak. haha. ko nh mmg gigih meredeem lah. btw, cleo oct bleh redeem vial moschino. satu tu je yg leh redeem. yg len sume contest.

is-nanie said...

hahaha.. memule bace.. xphm ape kaitan tajuk entry dgn citer ko gi redeem freebies.. lepas aku bace komen didi.. baru aku phm naper entry nih 'saya tak sakit'..

aku lg selo nampaknye.. huhu..

cuna said...

Jess: Muda n childish is two different things. Huhuhu.Eh last time i tak jumpa la ur Angie. That's why only got 1 sample :(

My skin cantikk???of coz not. meor said so. sob sob.i malas pakai foundation coz always bangun lambat :P

psstt...jangan puji dia la jess. nanti dia kembang :P u take care 2 babe!

Dee: Sian ko. Lupa pulak nak buat conclusion. heheh.Aku baru je beli Cleo isnin aritu.Bole redeem vial moschino ek?Baru tau.tq2. Dalam tu bole redeem Vichy ngan Anna Sui jugak. Check it out ;)

cuna said...

Is: Wahahaha. Sian korang.Meh aku buat conclusion kat sini. Kalau sakit pegi klinik, tak sakit pegi clinique ye kawan2 :)

Sherry said...

I belum met up miu in person eheh.. you did so lucky. hehe.. need the right time and good plan to be able meet up.

haha... see anotherblogger so fun

Sherry said...

wow.. nice la.. :) I dapat satu je..and half bottle saja. :(

cuna said...

Sherry: It's just 4 beginning la sherry. awal2 saja semangat. each bottle i also got half only. Don't worry. one day sure u can meet Miu also. Just join any event organized by her. Later we can know each other too ;) Nway thanks for visiting my blog Sherry :)

Sherry said...

akan join when time is right :)

oh yeah come pick up over the top award :)

hope you get well soon :)