nuffnang

Wednesday, November 30, 2011

Birthday Celebration Lagi 5 Nov 2011

05/11/2011 - Sat

Baru ada masa nak update blog minggu ni. Semalam buat kerja sampai sesak nafas rasanya...huhuhu...Dah kembali bersiaran ni kena la korek2 update cerita basi dulu. Seminggu lepas celebrate birthday mak celebrate birthday Meor pulak. Kebetulan birthday dia sama ngan anak sedara. Actually abang yang sulung pun sama birthday 5 Nov jugak but dia tak join.


Peserta2 yang menunggu dengan penuh sabar. Tu pun ada sorang yang tak sempat nak tunggu dah siap tebuk kek tu dulu...huhuhu...


Anak sedara dah umur 4 tahun kot. Lupa dah. Dah ramai sangat anak sedara kan. Gitu la T_T So combine sekali ngan Myo main bubuh je la lilin tu kan. Kek pulak akak aku yang belikan. Aku hulur duit je share2. Entah kek apa aku pun dah lupa. Tak makan pun. Minat choc indulgence je...hehehe...


Myo yang rajin melayan budak2 ni.


Tak sempat nyanyi lagu birthday pun tau2 dah potong kek. Tak kesah la kan. Time ni 1st time kasi Irfan rasa kek. Dia pun dah besar kan. Tapi tu la. Irfan kalau bagi rasa sikit lepas tu confirm nak lagi dan lagi. Tak kasi kang nangis. Last2 kena kasi bubur dia jugak...huhu...


Kalau nak wish lagi pun memang dah sangat basi cerita ni kan. Esok dah nak masuk Disember dah pun. Susah betul nak curi masa update blog sekarang ni. Makin lama makin berkurang entry dalam sebulan T_T

p/s: Esok 1st Dec ada clearance sale H2o & Yves Rocher kat area ofis. Tak sabar nak rembat shower gel dan pape yang seangkatan dengannya ;) To my partner in crime, Kak Ezah, jangan lupa ye temujanji kita :P


Friday, November 25, 2011

Birthday Mak 29th Oct 2011

Iye....korang memang tak tersilap hari bulan. Hari ni memang 25-11. Dah hujung bulan November dah pun. Tapi aku baru nak update cerita hujung bulan Oktober ni ha T_T Ingat hari ni nak update pasal wedding member weekend hari tu. Tapi tak sempat nak upload gambar pulak. Bz lagi hari ni. So update je la dulu cerita yang dah ter'over' basi ni dari sunyi sepi blog ni ;)

Previous entry aku ada cerita pasal pre birthday celebration mak. Tu makan kat luar. Esoknya hari birthday betul2 29hb Okt malam tu buat makan2 kat umah. Potluck aje. Tapi aku boleh lupa ada potluck. Tau2 adik beradik lain dah datang. Baru la nak teringat. Last2 share ngan adik je beli kek.


Budak kecik ni tunggu ngan sabar je. Bajet dapat join makan la kan...hehehe...Tapi aku tak kasi Irfan kek pun sebab kek tu sejuk. Kasi bubur je. Time ni dia tak berapa pandai nak mintak2. Sekarang memang jangan harap. Pantang nampak orang bawak pinggan ke mangkuk ke laju je dia datang. So kalau agak2 nak makan mende yang dia tak boleh makan memang tak makan depan dia la kan.


Budak manja.... Sejak dua menjak ni sangat la manja ye Irfan Naufal ni. Time amik gambar ni tak perasan sangat kemanjaan dia. Sekarang ni asal lalu je buat muka kesian. Camne la tak geram.


Ni ha kek birthday mak. Choc Indulgence you. Lepas tu lebih2 orang tak habis makan aku la yang masyuk dok ulang tayang keluar masuk fridge makan sampai habis...hehehe...Fevret tuh Choc Indulgence. Ngadap sebjik kek sorang2 pun sanggup!


Cucu2 mak sume panggil Mak Tok. Gelaran untuk nenek. Orang Penang kan. Ada jugak cucu yang panggil nenek. Even birthday Mak Tok, of coz la cucunya yang over excited nak tiup2 lilin bagai. Letak je kek sume dah standby. Kadang2 ada yang geram2 terus dicuitnya kek time2 tu jugak....huhu...Nanti Irfan dah besar gitu la jugak kot. Sekarang ni boleh la tengok2 dari jauh kan.



To mak, walaupun mak tak baca blog ni n post ni dah terlajak date, Happy Birthday to you. Semoga diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah selalu. Terima kasih mak sebab melahirkan, membesarkan kami dan sentiasa ada di sisi di saat kami susah atau senang =)

Wednesday, November 23, 2011

Real Steel Best!

29/10/2011 - Sat

Sekejap je rasa weekend hari tu. 2 hari pun rasa tak cukup inikan pulak sehari je. Memang tak terasa lansung. Sabtu lepas habis kerja je dah petang. Nak keluar pun dah penat. Weekend sempat pegi kenduri je. Window shopping pun tak sempat T_T

Aritu kitorang ada tengok movie. Last sekali pun pegi time tengok cerita Transformers 3. Kali ni adjust punya adjust akhirnya berjaya jugak tengok Real Steel. Tu pun sebab ada Hugh Jackman. Lambat tengok pun tak kesah la asalkan dapat tengok kan.


Memang tak rugi la tengok movie tu. Best! Movie yang memenuhi citarasa aku la. Ada komedi, action dan yang paling penting ada hero handsome ;) Rasa cam nak tengok lagi sekali je. Pernah je buat dulu. Tengok Death Note sampai dua kali...huhuh...Tapi sejak dah ada anak ni kena la betul2 pilih movie yang best. Tak kan asik nak tinggalkan Irfan je kan. Pegi pun sekali sekala setakat nak release tension ngan kerja hari2. Lepas kerja terus nak jaga Irfan. Myo balik pun dah malam. Time ni je la nak spend masa together2 kan ;)


Abis je tengok movie kitorang tak merewang ke mana dah. Terus balik rumah tengok anak bujang. Nasib baik dia tido je. So tak ada la rasa bersalah sangat kan sebab tinggalkan dia :P





Ni ada voucher buy 1 free 1 tiket movie lagi. Nak je ajak Myo pegi tengok movie yang sama lagi. Tapi jenuh pikir bila la ada time free nya. Sabtu memang out sebab dah kena kerja. Ahad berderet ada kenduri sampai awal bulan depan. Voucher pulak expired hujung bulan ni....Haihhh...

p/s: Lepas ni nak tengok Twilight Breaking Dawn, The Avengers, Ghost Rider 2 pulak. Ha amik susun siap2. Berangan je dulu. Entah dapat tengok ke tak T_T

p/s: Hari ni my off day sebab kerja hari Sabtu hari tu. Dah namanya pun week day maka dok rumah je la kan cuti2 pun. Weekend ni kena kerja lagi. Tak boleh nak jalan2. Sedih =(

Tuesday, November 22, 2011

Irfan is 9 Months Old

Hari ni 22 November 2011 genap la Irfan 9 bulan. Happy birthday Irfan sayang =) Lagi 3 bulan dah nak setahun. Macam tak percaya. Tapi tu la saat yang ditunggu2. Tengok dia membesar dengan jayanya. Excited pulak nak celebrate birthday sesama ngan anak. Selang 2 hari je kot. Papa, pls take note...hehehe...



Since hari tu aku baru letak progress Irfan, so memang tak banyak beza sangat lagi la. Just dia menyulur (loghat Penang) tu makin laju. Memang dah tak nak dok diam. Bubur pun dah tak makan bubur lenyek dah sekarang. Lepas check up tu esoknya aku kasi bubur tak lenyek terus. Budak dah besar la kata kan. Gigi pun dah 4 batang. Yang atas siap tumbuh 2 batang gigi taring dulu pulak tu. Tak tahan betul. Biasa budak2 tumbuh gigi tengah dulu. Mana2 la kan asalkan gigi dia tumbuh...huhuhu...To Irfan...mama n papa luv u very2 muchhh! Nanti tahun depan boleh sambut birthday sekali ngan mama ok ;)


p/s: Seronok betul Malaysia menang bola semalam! Tengah2 meeting pun pasang TV. Tapi mute la kan. Sambil2 meeting jeling2 kejap. Gigih aku tengok sampai ke habis. Entah nape berdebar terlebih semalam. Ngan Irfan sekali tak tido teman mama dia tengok bola. Nasib la menang =)

Thursday, November 17, 2011

Irfan's Progress @ Almost 9 Months

Arini bawak Irfan pegi klinik buat check up setelah break sebulan tak pegi KK. Kalau ikutkan hati nak je skip terus check up kali ni. Kang Irfan dah setahun baru datang balik sebab time tu baru kena cucuk. Tadi buat check up biasa je. Cam biasa giler bosan nak tunggu turn. Bosan2 snap gambar banyak2...hahaha...Sambil2 tu sms member yang tengah berjimba kat Genting. Bestnya lahai. Ntah bila la dapat pegi sana lagi. Rindu nak main roller coaster T_T

Kali ni aku ngan Myo dah apply cuti siap2 for the whole day. Kalau tak aku main curi keluar kejap je. Malas nak apply cuti. Tapi memandangkan sekarang keje kat ofis tu cam tak cukup tangan dah nak buat, baik la apply cuti siap2. Kalau tak memang jangan harap la dapat curi keluar dah :P Tadi timbang berat Irfan dah 8.9 kg. Timbang 6 bulan hari tu 7.8 kg. Panjang 72 cm. Letak Irfan atas penimbang tadi sampai terjongket penimbang tu sebab Irfan tak nak letak kepala...huhuh...Dah besar dah budak sorang ni.


Rasa cam dah lama je tak update progress Irfan. Tak sempat nak update kat entry Irfan masuk 8 bulan hari tu. Ni dah masuk 9 bulan dah pun...huhu...Bukan tak nak amik kesah progress dia. Tapi memang bz sesangat. Tak sempat nak catat kat blog ni. So kali ni nak update la lebih kurang apa yang anak bujang aku ni dah boleh buat =)

Suka tengok TV - Iye itu mende yang agak baru sebenarnya sebab before ni kalau pasang TV pun Irfan buat tak tau je. Tak minat pun nak tengok. Sekarang ni kalau ada iklan or cerita yang nyanyi2 tu tak berkelip mata dia tengok. Tengah2 main pun boleh stop kejap. Tambah2 kalau ada iklan TV3 Kids yang ada mende ijau lompat2 tu...hahaha...Ada sekali tu ada orang padam TV dia nangis. Dah pasang balik baru diam...huhu...

Dah pandai byebye - Mende baru jugak yang dia boleh buat. Even orang tegur dia pun dia nak babai jugak....hihi...Kadang2 tu lepas babai kat orang dia pusing kat aku balik. Malu2 kucing la tu konon...hahaha...

Dah pandai tepuk tangan - Rasa cam 2 or 3 bulan jugak la dia dah pandai tepuk tangan. Tapi tepuk ikut suka hati dia je la. Sekarang kalau suruh or nyanyi2 "clap2 your hands" dia pun mula la tepuk2 tangan gelak2. Bukan main suka kalau ada orang nak melayan =)


Meniarap - Sekarang dah terer meniarap. Before ni ikut mood je. Biasa la bila dah terer tu sikit2 nak meniarap. Asal letak je terus nak pusing meniarap. Nak pakaikan pampers ngan baju pun dah nak kena ikut dia. Bangun tido mata tak bukak lagi dah meniarap. Sambil pejam tu la dia bangun meniarap. Tak ada intro dah kekadang tu...huhu...

Dah tumbuh gigi - Iye...Akhirnya tumbuh jugak gigi budak kecik ni. Total 4 batang. 2 batang tumbuh kat belah atas. Dua2 belah tepi pulak tu. Kat bawah pulak 2 batang kat tengah2. Still kecik lagi. Kecik2 pun sekali dia gigit memang best T_T Aku dah merasa 1st bite time BF kan dia. Ehh dah merasa yang 2nd semalam. Pergghhhh...tak ingat. Terjerit jugak la time tu sebab terkejut+ sakit. Irfan sengih2 je time tu :P Hopefully pasni tak kena gigit dah T_T Cakap pasal terjerit time BF ni teringat masa awal2 nak blaja BF kan Irfan dulu. Memang beberapa kali jugak la terjerit sebab sakit. Siap meleleh2 air mata lagi...huhuhu...Time tu rasa cam tak nak BF Irfan lansung je. Tapi alhamdulillah...Berkat kesabaran tu sampai sekarang still fully BF Irfan lagi =) Seriously nak BF anak ni nak kena kuat semangat. Banyak cabaran dan dugaan kadang2 tu. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk nyusukan Irfan selagi termampu.

Dah pandai tak nak kat orang - Before ni Irfan memang mesra alam je. Sesape nak dukung dia memang no hal punya lah. Sikit dia tak heran. Mama dia lalu tepi pun buat tak nampak je. Tapi time beraya kat rumah orang hari tu baru aku perasan dia takut ngan orang yang tak kenal. Meleleh2 je air mata.


Memang pantang tengok orang makan - Memang silap la kalau makan depan Irfan lepas tu tak offer kat dia sekali. Terus pasang siren. Tak boleh duduk diam. Kalau time tu ada bubur dia memang suapkan dia dulu la. Tapi kalau tak ada bubur cuit2 jugak sikit makanan sendiri kasi dia rasa. Yang bestnya pantang bagi rasa. Lepas tu nak lagi dan lagi dan lagi :D Kalau tak nak kasi dia pasang siren balik...huhu...Sekarang Irfan makan bubur nasi 4x sehari. Ada la kadang2 3x je. Pagi, tengah hari, petang, malam. Memang berselera betul makan. Siap pandai nak marah lagi kalau suap lambat2 T_T

Rambut stylo - Huhuhu...Tak tau la stylo ke apa dah rambut anak aku yang sorang ni. Jenis susah nak tumbuh. Tumbuh kat tengah2 je. Kat tepi ngan belakang cam ala2 je tumbuhnya. Tak tau la nak kena botakkan berapa kali baru boleh lebat. Sayang pulak aku nak botakkan T_T Hari tu cousin Irfan, Ammar pegi kedai potong rambut. Balik tengok2 sebijik cam rambut Irfan. Style rambut kat tengah je. Irfan steady je rambut semulajadi dah gitu. Siap ada follower lagi :P


Quality controller yang berjaya - Sume mende dia nak test ketuk2. Dapat mainan dia ketuk2 atas mainan lain. Sampai depan pintu bilik, dia ketuk2 pintu pulak. Letak kat katil dia ketuk2 papan katil tu. Kalau dok kat meja makan pun tak benti ketuk meja....Kelakar pun ada tengok dia time tu =)

Salam - Kalau hulur tangan laju dia cium tangan orang. Sebenarnya bukan nak cium kot sebab lepas tu nanti dia jilat2 je tangan orang tu...hahaha....


Cakap - Makin hari makin banyak words yang keluar dari mulut si kecik ni. Kadang entah bahasa planet mana je keluar. Yang penting dia dah pandai cakap papa n mama. Kalau nak nenen tu memang berkali2 la panggil mama sambil buat muka kesian...huhu...Ada jugak kekadang tu terkeluar abah. Entah abah sape yang dia panggil pun tak tau la :P Kalau nak makan pun dah pandai cakap mamam2. Tu je la kot. Yang lain tu ikut suka hati dia je bila dia nak cakap apa =)


Duduk - Walaupun tak reti duduk proper lagi tapi kalau letak kat rocker memang Irfan dah tak suka sandar2. Nak jugak duduk. Lepas tu mula la tunduk2 nak capai mende2 tepi rocker dia. Kalau dah lepas BF pun pandai je angkat kepala nak bangun sendiri tukar position...hehehe...

Menggesot - Ehh tak tau la apa yang orang panggil. Kira gerak ke depan pakai kaki la lebih kurang. So far Irfan tak ada la terer sangat lagi sampai tahap boleh explore satu rumah. Tengok mood dia je. Kalau dia betul2 nak sangat amik satu barang tu memang dia gerak ke depan. Kalau tak dia main pusing2 je. Cepat sket sampai ;)


Gitu la lebih kurang progress Irfan so far. As a 1st time mom macam orang lain of coz la aku excited kan tengok progress dia. Kadang2 macam tak percaya dia dah besar. Dulu halus je. Letak camtu camtu la dia dok selagi kita tak usik....huhu...Baby lain2 lain la progress nya. Aku akan tunggu dengan penuh sabar nak tengok mende2 baru yang dia boleh buat nanti. =)

Wednesday, November 16, 2011

Pre - Birthday Celebration @ Wadi Al-Nile

28/10/2011 - Fri

Dah 2 hari aku cuti Isnin ngan Selasa. 3 hari termasuk Ahad la kan. Sabtu kerja. Menghabiskan sisa2 annual leave yang tak boleh di'carry forward' :P Tapi cuti pun aku tak ke memana. Tak ada nak cuti2 Malaysia pun since Myo tak dapat cuti. Elok pulak time2 ni bos dia pun nak cuti. Aku pulak dah apply cuti awal2 since bos dah suruh. Tapi 2 hari cuti pun tak sempat nak curi masa nak update blog. Isnin tu kemas2 almari baju. Pastu keluar gi bank bayar insurans kereta yang dah nak expired next month. Balik sambung mengemas bilik pulak. Malam melayan si kecik. Semalam pun sama sambung mengemas. End up blog lansung tak ber'update' :P

Dah lama sangat dah entry ni. Ujung bulan lepas punya cerita. Punya la bercinta nak update kan. Kami adik beradik buat pre-birthday celebration untuk mak. Birthday mak 29 Oct. Tapi 28 Oct malam tu nak keluar makan2. Kakak aku punya plan. Aku follow je. Actually awal2 memang dah plan nak buat potluck time birthday mak tu. Tapi tetiba datang plan lain. Since akak aku yang plan tempatnya tak lain tak bukan dekat Danau Kota tu jugak la since office dia memang kat situ. So dia suggest makan kat Wadi Al Nile. Restoran Arab.


Kebetulan malam tu Myo balik kerja lambat. Janji nak berkumpul kat kedai pukul 9. Kitorang sampai dah 9 lebih. Sejak dah tukar position ni hari2 balik malam. Tu ok lagi kot. Maunya time malam pun aku kena kerja teruk jugak la. Kalau dua2 kerja sape nak ngadap Irfan? Haihhh...pening2. Haruskah aku tukar kerja? Hurmm...


Ehh...tetiba tukar topik pasal kerja pulak kan. Yang dapat join malam tu 2 orang akak sorang abang n family dorang, adik n of coz mak n ayah.


Dah makan restoran Arab standard la kan makanan dia. Kitorang duduk je. Akak aku yang settle kan part order mengoder nya. Amik terus family set meal senang tak payah susah2 pikir.


Order 2 set dapat la 2 pinggan besar gini. Satu kambing satu ayam. Aku of coz la amik ayam kan. Lepas tu siap tambah lagi sepinggan besar nasi n kambing. Syahdu je tengok sebab time tu lapar lagi tapi dorang tambah kambing T_T




Ada kebab jugak sebagai makanan sampingan. Sedappp. Dessert pun ada. Aku main makan je tak tau apa nama dia. Gambar pun lupa nak snap.



Irfan behave buat beberapa minit yang pertama je....huhuh...Sekarang ni dia memang pantang nampak orang makan pastu tak offer kat dia. Memula tu kuis2 la dessert sket suap kat dia. Pastu bila stop dia berbunyi pulak kan. Terus keluarkan bubur dia yang dah tapau siap2 dari umah.


Since Irfan dah memang kat sebelah papa...papa la suapkan. Lagipun bab2 suap menyuap Irfan memang papa nya rajin ;) Situ je yang muat letak stroller. Letak hujung meja asik nak kena langgar je.


Lepas makan kasi birthday present kat mak. Biasa la tong2 sorang sikit. Kasi handbag lagi. Entah kali ke berapa kasi handbag time birthday :P Bila la aku nak dapat handbag time birthday sendiri T_T


Aktiviti fevret Irfan. Dirikan dia pastu dia nak lompat2. Tambah2 ada orang nak tolong nyanyi2 kat dia. Lagi laju la dia lompat :P


Overall ok la restoran ni. Sedap pun sedap. Puas hati walaupun sebenarnya tak berapa kenyang time tu...hihihi...Nak kenyang2 kena datang sendiri la pulak lepas ni kan ;)

Friday, November 11, 2011

Raya Haji yang Sempurna

06/11/2011 - Sun

Waaahhhh...bz nyerrr di hari Jumaat. Nak update blog pun susah. Tapi tak kira. Nak update jugak sebab date hari ni cantek kan. 11.11.11. Ni kalau nikah hari ni memang best. Even pagi tadi kat Hot FM pun pasang lagu selamat pengantin baru kan. Kalau date cantik gitu pun tak boleh nak ingat anniversary memang nak kena ketuk la kan...hihihi...


Nak update cerita Raya Haji hari tu. Sangat seronok ok sebab raya belah aku dulu. Berbunga2 je hati....hehe...Ingat lagi Raya Haji last year kena kerja. Dah la time tu tengah preggy. Ngan almost hari2 berjaga sampai 4 5 pagi nak siapkan kerja. Agaknya sebab tu la kot Irfan pun jenis jaga malam. Dah praktis since dalam perut lagi T_T

Raya Haji kali ni beraya sakan. Tak payah pikir pasal kerja lansung! Memang marvellous! Tapi tu kejap je la kan. Lepas ni even weekend or public holiday pun nak kena kerja. On call la bagai. Bukan jadi doktor pun kan nak on call2 pulak....haihhhh...nasib badan...Dapat projek giler T_T


Kali ni tak lupa amik gambar family. Before makan n before Irfan ngantuk amik gambar siap2. Kalau tak kang mula la nak nyesal tak tentu pasal kan :P


Akhirnya pakai jugak baju hantaran kawen kitorang hari tu. Lama peram. Dekat 2 tahun dah. Tu pun dah buat siap2 time Raya Puasa hari tu tapi tak pakai. Sebab bajuku itu baju kurung moden. Raya kat rumah sendiri berani la pakai. Senang nak cari port nyusu ;) Kalau ikutkan Raya Haji recycle baju lama2 je. Kebetulan ada baju extra tak pakai lagi kan. Baju Irfan pun beli before Raya Puasa aritu tapi tak pakai2 sampai ke sudah. Terus buat baju Raya Haji ;)



Budak kecik yang hari2 aku rasa nak gigit. Last2 dia yang gigit aku dulu...hahaha...


Layankan je la gambar Pak Lebai ni. Papa dia tengah rajin nak snap gambar...



Ngan cousin Irfan, Kak Ameera Najeehah.



Time ni Irfan dah resah gelisah dah sebab ngantuk. Kak Meera je maintain senyuman ayu dia =)


Ni la kerja Irfan kalau orang pegang dia. Memang tak senang hati dok lelama. Nak menggelongsor turun. Bila orang dirikan lompat tak mau berenti sampai naik lenguh jugak la tangan. Tapi tak kesah la. Yang penting dia happy =)




Gambar kitorang je la yang ada. Sebab petang baru sume adik beradik datang. Time tu baru meriah. Gambar makanan malas nak snap. Makan lagi penting...huhu...Standard ada nasi tomato, bihun sup, rendang, ketupat.



Pak Lebai suda tido. Orang bising pun tak ada effect. Lepas Zohor kitorang siap2 nak beraya kat SA pulak. Petang aku transform pakai baju kurung lama je. Entah tahun bila punya ntah. Kami beraya ke rumah makcik belah Myo ngan rumah PIL. Makan spagetti, lasagna, salad dan segala2 yang western la. Gitu la rumah family dekat2. Terkejar2. Dua2 belah kena pegi...Balik penat lembik sume ada.


Gitu la lebih kurang Raya Haji aritu. Kira sempurna jugak la sebab boleh beraya ngan hati yang lapang. Ngan ada Irfan Naufal penceria suasana. Dapat kumpul ramai2. Dah cukup sempurna dah untuk aku =)