nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Curi masa jap update blog. Hari ni 29 Februari tu. 4 tahun sekali kot baru jumpa. Teringat kawan time sekolah kat SMAP Labu dulu. Ada sorang kawan ni birthday dia hari ni. Dulu siap belanja burger sorang satu. Happy birthday to my fren Eza Shafira =)

Banyak sangat rasanya cerita yang makin basi ni. Terkejar2 siapkan keje. Sampai satu tahap tu rasa macam tak cukup nafas. Serius ni. So nak tepek la antara cerita2 basi yang sekian lama diperam. Ala2 teaser gitu...ahaks!

1st time kami bertiga sampai Melaka....


Wedding 3 pupu merangkap ex-schoolmate kat Melaka...


Wedding member UiTM kitorang, Paan...


Wedding officemate Meor, Nadia....


Sampai 3 wedding dah aku pegi tapi dok peram tak sempat nak update...huhu...Pasal birthday party Irfan pun tak habis update lagi kot T_T

Tuesday, February 28, 2012

Irfan's 1st Birthday Party - Part I

25/02/2012 - Sat

Alhamdulillah...Selesai sudah 1st birthday party Irfan Sabtu hari tu 25 Februari 2012. Walaupun belated tapi tetap meriah. Hari2 aku nyanyikan lagu besday kat budak kecik ni...hehe...Kitorang buat makan2 malam tu. So siang sibuk buat preparation je.


Papa melayan Irfan main2 dulu. Bila Irfan dah tido ngan papa sekali turun padang keletung keletang kat dapur :P


Budak tahan ngantuk. Mata sampai sembap2 dah. Last2 dia tido sampai la orang semua dah datang. Tu pun kejutkan jugak dia siap2kan tukar baju.


Tadaaa...Birthday boy dah siap. Tapi tetap tak nak pandang kamera...huhu...Sibuk dok tengok cousins dia dok lari sana sini.


Birthday boy harusla pakai baju baru. As usual boboy pakai simple2 aje. Baju Mak Tok Irfan kasi. Seluar pun dah lama beli tapi baru hari tu rasmi ;)


Panggil suruh pandang kamera pun memang dia buat tak dengar je time ni...huhu...Sibuk dok kejar belon ngan tengok orang lain. Pelik agaknya ramai sangat orang. Belon2 tu semua tak sempat nak gantung2 pun. Baru bawak turun budak2 dah amik buat main....Memang fully utilized betul :P


Before start makan2 ngan potong kek, ada buat tahlil ngan doa selamat. Kalau kumpul ramai2 camni memang biasanya tak kan lupa buat. Memang ayah kitorang akan conduct. Irfan je la yang tak reti dok diam kot time ni. Aku sambil baca doa pun mata kena jeling2 birthday boy tu. Kena ngekor je mana dia pegi =)




Budak2 ni kalau dah jumpa memang tak ingat makan minum. Main je sampai penat. Boys memang kat luar je banyak. Main bola.



Dah penat masuk dalam main belon...Main kejar2...


Sempat buat meeting lagi...hehe...



Before start makan amik gambar ramai2 dulu. Bukan senang nak kumpul gini sekali sekala. Tu pun 2 orang abang aku n family tak datang. So tak cukup 6 orang kiddos time ni.


Dah amik gambar tercicir sorang lagi birthday boy, Shamil Iman yang pakai kemeja merah tu. Yep kitorang buat double birthday celebration. Irfan 22 Feb n Shamil 26 Feb.

Banyak kali jugak la snap gambar ramai2 ni sebab ada je yang tak dok diam. Tu pun dalam pic ni si kecik, Ammar tu kena cover ngan belon...Irfan pun dah tak senang duduk lama2 sangat.


Hmmm nyamm nyammm....Sedap dia kunyah belon.





Stop kejap. Kerja tak siap lagi kot. Tapi gatal jugak nak update blog....huhu...Nanti sambung lagi. Banyak giler amik gambar. Tapi biasa la. Ada yang blur, ada yang tak nak pandang kamera. To be continued...

Friday, February 24, 2012

MPH 1 Utama Members Sale

19/02/2012 - Sun

Hari Ahad hari tu sempat pegi OU. Biasa la weekend. Cam tak senang hati je dok rumah lama2...hehe...Kitorang ada singgah kat MPH. Ada members sale. Lama dah kot tak beli buku kat MPH. Last beli buku untuk Meor. Buku Star Wars dia time baru2 kawen dulu which is dah setahun lebih dah pun.

Sori flyer ni dah kedut2. Target nak cari buku untuk Irfan. Some more birthday gifts perhaps? Emmm...tak pernah beli buku lagi kat Irfan so far. Yang ada pun yang soft book aje. Pastu yang comel2. Jadi bahan gigit dia je.


Sorry again gambar blur. Dah nak balik baru teringat nak amik gambar. Sebelum tu rambang mata. Semua rasa nak amik...haha... Kat tengah2 MPH tu memang ada section untuk buku yang ada less 70%. Price tag memang before price. So aku agak2 je la time amik tu.


Tapis2 mana yang patut then bayar. Semua buku Irfan je. Kitorang berdua tak beli pape. Beli pun tak ada masa nak baca kot. Buku adult pun banyak jugak. Campur je semua. Cam kat pasar malam. Pandai2 la korek nak cari buku yang best kan ;)

Sale ni start 17 Feb hari tu sampai 4 Mac ni. Banyak lagi tu buku. Selain dari section ni semua buku ada less RM15%. For members only. Non members beli min RM5 pun dah boleh dapat RM15% tu. Confirm la lebih RM5 kan kalau dah beli buku.


Ni hasil rembatan. Just for Irfan. Tu pun hasil pilih laju2 sebab Irfan dok pasang siren dalam MPH tu sebab ngantuk dah...huhu...Semua tu dapat less 70%. Even non members pun still boleh dapat less asalkan beli min 3 buah buku.

Dan buku2 tu adalah best dan sangat berbaloi. Maybe tak se'best' dan semurah time Big Bad Wolf sale dulu tu but at least murah la jugak kan. Nak buat apa. Memang tak sempat nak pegi sale hari tu. Ngan jauhnya lagi. Buku2 yang aku beli sume jenis yang keras punya so that tak ada la Irfan nak koyak2kan je.

Lepas tu beli yang jenis2 pop up ngan boleh feel n touch gitu. Last2 Mama ngan Papa Irfan yang lagi excited dok belek2 buku2 tu. Serius. Laptop yang beli hari tu pun aku je yang dok ulang2 main. Rasa cam cute je mende tu. Ada lagu2 lampu2 bagai...hahaha...Maklum la time kecik2 tak jumpa kan :P


Total damage tak sampai RM 100 pun. Kalau tak mau dekat RM 300 jugak kot. Kira ok la kan. Tu pun tak naik atas belek buku kids. Tapi kat atas less 15% aje la. Kalau spend RM 100 dapat jadi member FOC. Kalau idak kena bayar RM 20. Baucer buku 1 Malaysia not valid ye untuk sale ni. Eh...tak pun maybe untuk section yang less 70 % je kot. Kitorang yang spend tak sampai RM 100 ni tak dapat la jadi member T_T Sesape yang terasa nak beli buku murah datang la singgah ye. Sampai 4 Mac tu ha =)

Thursday, February 23, 2012

The Celebration

Semalam birthday Irfan tak celebrate pepe lagi pun. Simpan untuk Sabtu ni. Celebration birthday Mama Irfan pun memang sangat unexpected. Biasanya memang aku request kat Meor belikan kek. 1 slice je pun jadi la. So kali ni pun request lagi. Mintak tolong belikan makanan sedap2 sikit ke kan...huhu...

Sekali habis meeting turun bawah tengok2 bukan setakat ada makanan sedap. Ada kek uols. Bukan 1 slice pulak tu. I'm impressed! :P Korang baca la sendiri ye tulis apa atas kek tu. Memang very bad handwriting la orang yang buat kek tu. Nasib baik kek untuk birthday aku. Tak kesah pun. Tapi kalau time kek Irfan dapat yang camtu mau meroyan haku T_T


Sila abaikan keserabaianku itu. Before tu turun baru je habis meeting. Dah nak pukul 10 malam dah pun. Tengok2 ada kek terus nak tukar baju pakai tudung sume. Tu pun laju2 sebab dah malam sangat dah. Budak2 pun dah nak tido.


Budak kecik ni lagi la. Memang tiap kali before meeting kena tidokan dia dulu. Kalau tak memang dia tak kan biarkan mama dia meeting ngan aman...huhu...Sekali habis meeting pun dia tak bangun2 jugak. Maka mama nya yang kejam itu telah memaksa dia bangun jugak...hahaha...Tak best la kan Irfan tak ada sekali.


Ni je la anak sedara yang ada. Lagi 3 orang dah balik. Dorang dah siap bentang tilam dah nak tido. Tau2 kena makan kek :P


Ni budak mamai. Kesian dia. Mamai2 pastu kena makan kek jugak. Tapi biasanya around 10pm memang dia akan bangun balik main2 dulu. Then kul 12 or 1 pagi baru tido balik.


Hepi sesangat hari tu. Thanks Mr Hubby for the cake ;) Lama sungguh rasanya tak dapat kek sebiji gitu. Tambah2 bila dah tetua ni kan...hiks! Next year nak lagi tau *wink2*

Wednesday, February 22, 2012

Our Little Hero is 1 Year Old!

Hari ni 22.02.12. Happy Birthday to Irfan Naufal! Alhamdulillah hari ni Irfan dah genap setahun. Lepas ni kena tukar letak ticker 2 years old pulak ;) Celebrate birthday pegi KK Gombak Setia cucuk setahun...hehe...Lama dah cuti pegi KK. Bulan lepas patut kena pegi tapi ngelat. Malas sebab nak datang timbang je pun.


Hari ni pakaikan birthday boy baju baru yang dah lama giler beli nya. Last shopping baju Irfan bulan 8 last year kot which is dah 6 bulan dah. Jimat ok. Beli banyak2 time sale pastu dok dendiam :D

Hari ni Papa Irfan cuti. Mama Irfan pun patutnya cuti. Tapi dah tak boleh nak apply lagi since last week dah cuti 2 hari. Cam nampak sangat asik nak amik cuti je keje kan. Terpaksa la lari keluar kejap then balik rumah sambung buat kerja semula. So tak dapat la buat birthday party Irfan hari ni. Postpone ke weekend je la nampaknya ye sayang T_T


Datang kejap pegi timbang then kitorang pegi lepak warung makan2 nasi lemak ngan roti bom. Teringat dulu time preggy kalau datang buat checkup kat KK selalu singgah makan kat situ ngan ayah. Kalau check up Irfan tak singgah sebab dia kecik lagi. Now dah besar! So dengan senang hatinya boleh la nak santai2. Siap makan roti canai lagi dia ;)


Balik makan datang semula just tunggu 2 nombor je then turn kitorang. Terasa sangat heaven bawak Irfan ke KK bila dia dah besar ni. Nak timbang pun tak payah dah nak tanggal2 baju ngan pampers...hahaha...Tu pun nak heaven kan. Lagipun dia seronok tengok orang. Dulu time kecik2 ngamuk nak tido je. Tak pun nak nenen...huhu...


Time cucuk Irfan nangis beberapa saat then dah ok. Sian nengok time dia jerit tu...huhu...Yayyy!! Dah cucuk setahun. Jom balik! Balik biar Irfan drive pulak. Irfan kan dah besar!


Emm...apa ye progress 1 tahun? Still tak boleh jalan lagi. Meniti je dia. Memang suka sangat naik turun tangga ngan kerusi. Macam2 lagak ngeri dah dia cuba buat. Aku yang naik seram.


Bertenggek kat area tangga sambil posing2 memang dah jadi hobi. Kadang2 letak terus playpen kat depan tangga kasi block. Senang.


Ni 2 beranak yang camwhoring tapi tak ajak mama sekali...hiks!


Maka dengan ini genap la setahun aku menjadi mama kepada Irfan Naufal. Alhamdulillah masih lagi fully BF Irfan sampai sekarang. Akan diteruskan selagi termampu. Masih terbayang2 lagi di hari yang sama tahun lepas aku bertarung nyawa nak melahirkan budak kecik ni. Tepat jam 1 tengah hari lahir lah hero yang ditunggu2...

Aku sangat2 happy hari ni. Excited lebih dari birthday sendiri lagi kot. Rasa berbunga2 je...hahaha...Happy Birthday MEOR IRFAN NAUFAL! You are now officially 1 year old ;) Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya di dunia & akhirat. Amin...Mama and Papa love you soooooooo muchhhhh! Mmmmuahhhh!

Tuesday, February 21, 2012

Early Birthday Gifts

18/02/2012 - Sat

Ni bukan early birthday gifts for Cuna ye. For Irfan of course! Last Sat pegi Tesco shopping barang2 nak masak time birthday Irfan nanti. Macam la banyak sangat nak masak kan...hehe...Beli sekali barang2 for kiddos time birthday party nanti. Buat kecik2 aje.


Sambil cari barang2 tu sempat lagi amik toys untuk Irfan. Dah lama rasanya tak beli untuk dia. Last beli pun time Mattel Warehouse Sale hari tu. Dah naik bosan kot dia main. So Mama Irfan la dok sibuk nak beli baru lagi. Murah je. Tak la sentap sangat kot kalau Irfan nak main campak2. Oh memang keje fevret dia la tu. Test ketuk2, baling2.

Hasilnya Irfan main tak sampai 5 minit kot lepas tu sambung 'mengemas'. Mengemas lagi best kot. Memang tak kan bosan walaupun hari2 mengemas kat tempat yang sama and barang2 yang sama T_T

p/s: Tomorrow is the DAY!


Monday, February 20, 2012

Getting Younger!

Hari ni dah 20-02-2012. Macam tak percaya. Today is my birthday! Yes, I am getting younger at 28 years old. Bajet sweet 18 gitu...kihkihkih....Well, it's just a number by the way. Ayat penyedap hati la tu kan ;)

So that's means tinggal next year je lagi last nak celebrate birthday at 20's. Lepas tu dah tukar angka depan. Tu pun kalau panjang umur la kan. Insya-Allah. Yang penting sekarang bersyukur pada Nya masih lagi bernafas di bumi ni.


Actually mula2 plan nak apply cuti untuk hari ni. Saje la kan nak relax2 di hari jadi. Tapi dah amik cuti 2 hari last week. So lupakan je la ye T_T Malam pun tak boleh keluar sebab ada meeting. So bertabahla wahai hati.

Ingat lagi 20 haribulan jugak tahun lepas time ni aku tengah sarat mengandung. Siapa sangka 2 hari lepas birthday aku, Irfan pun lahir. Aku pun terkezut kot. Alhamdulillah sume selamat. Mana tau 20 haribulan tahun depan peristiwa yang sama akan berulang...huhu...

Selang sehari then esoknya dah birthday Irfan. Lagi looking forward for his birthday kot. Tak pun tumpang kemeriahan birthday dia je la nanti ;)

Doa sempena birthday tahun ni...Semoga Allah kurniakan aku kesihatan untuk aku terus taat kepada Nya, suami, kedua ibu bapa dan membesarkan anak kami. Semoga aku dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh semua ujian Nya...Amin...

Thursday, February 16, 2012

KLCC Lagi

29/01/2012 - Sun

Aktiviti hujung minggu kitorang kalau tak pegi kenduri ke mana lagi kalau bukan ke shopping complex. Kekadang tu sampai dah tak tau nak ke mana sebab balik2 pusing tempat yang sama jugak. Tetiba petang tu bosan2 terasa pulak nak makan lasagna Milano. Terus kitorang ke KLCC.



Dah round2 jap kat KLCC tu terus ke food court. Tak reti la nak window shopping kat KLCC ni. Selalu memang tak kan lama kalau datang KLCC. Pizza Milano nyer kat food court je.


1st time makan time datang join reunion unimates hari tu. Sesaje try. Boleh tahan la sedap. Siap boleh terbayang2 lagi pastu boleh tahan apa nya kan...hehehe...Order satu je. Kitorang share berdua. Makan main2 je. Bukan nak makan sampai kenyang pun.


Sempat beli kebab jugak kat Kyros kebab. Fevret aku ni. Teringat zaman sekolah dulu. Time outing weekend je memang wajib beli kebab ni. Time tu kat Terminal One Seremban kot. Kalau tak outing pun siap kirim kat member2 yang keluar. Kira macam kalau tak makan kebab tu cam tak terasa la weekend gitu...hahaha...Overrr! Kitorang tapau aje kebab tu. Sampai rumah baru makan.


Ni menu Irfan. Memang harus bawak bekal dia. Apam kaler2 tu breakfast punya tak habis. Bubur pun kasi jugak lepas tu. Irfan mana boleh tengok orang makan. Confirm nak join sekali. Kalau tak nanti dia pasang siren :P


Before balik singgah dulu kat taman. Jalan2 kejap. Dulu time kitorang berdua tak minat kot nak datang taman2 ni. Dah ada anak ni suka pulak pegi taman. Irfan pun suka je kalau ramai2 orang.


Dah ada rumput tu apa lagi. Sempat jugak Irfan bertatih2 ngan papa dia.



Sejak Meor dah kasi approval pakai tudung awning ni memang laju je aku beli. Tudung bawal cam dah dilupakan je...huhu...Senang kot pakai tudung ni. Tak tergugat sangat time Irfan melasak tu. Kalau dok atas riba ingat dia boleh duduk statik ke? Habis dia panjat, lompat, tarik segala. So kalau pakai tudung ni aku rileks je ;)


Amik2 gambar dulu. Kejap je then tetiba dah nak start hujan. Dengan tak bawak payung nya. Terus la jalan laju2 masuk KLCC balik nak pegi parking.


Balik rumah Irfan sambung main. Main bola. Memang peminat bola tau budak kecik ni. Time weekend main sorang2 je la. Time weekdays ada cousins meriah sket.


Kekadang dia buat gaya memang macam pro je....hahaha...Tak tahan tengok. Geram pun ada ngan budak kecik ni. Kalau berdiri kan dia laju la kaki tu nak menyepak bola. Kalau tak pegang pun pepandai la dia cari tempat nak berpaut. Sambil tu kaki tu sepak2 bola. Kekadang tu bukan setakat bola. Menda lain pun nak disepaknya. Jangan sepak orang dah la ye Irfan =)


Muka excited dapat main bola. Kalau kat TV tengok orang main bola pun boleh terlopong tengok...hehe...Sekarang Irfan suka sangat buat bunyi tiger...Bersungguh2 pulak tu buat bunyi sampai terbatuk2...hahaha....Tak tau la mana dia belajar buat camtu.


Hari ni boleh update blog ngan hati yang tenang. Hari ni update hari ni publish. Kalau tak 2 or 3 kali update jugak la baru publish sebab aku update sikit2 kalau free. Tu pun sebab hari ni system down.

Dah berapa minggu dok berjaga pagi siapkan keje. Semalam pun buat keje sambil jeling2 je Irfan dok sepah2kan barang...huhu....Keje IT memang tak kan boleh stop melainkan server down! Best jugak server down ni kan...hehe...Tapi kalau asik down je jenuh jugak. Sekali dia up maunya tak tido lansung nak siapkan keje T_T