nuffnang

Thursday, February 9, 2012

Akhirnya...

24/01/2012 - Tues

Akhirnya berjaya jugak bawak Irfan pegi Taman Layang2 kat Kepong tu. Since Irfan dalam perut lagi kot dah berangan2 nak bawak dia ke sini. Tangguh punya tangguh Irfan dah nak setahun baru la nak jejak kaki ke sini T_T


Sampai2 memang dia betul2 jejak kaki la kat taman ni. Saje kasi dia bertatih praktis2 dulu. Biasa praktis kat lantai umah je.



Aku tengok dari jauh aje. Kena jaga stroller :P Tak lama pun kitorang kat situ sebab datang pun dah petang sangat dah. Ngan jem lagi time nak sampai ke taman ni.


Irfan ngan baru bangun tidonya kitorang angkut jugak bawak ke taman. Mata pun cam berat je lagi nak bukak...huhu....


Sila abaikan Mama Irfan yang selekeh tu ye. Gosok tudung pun ikut sempat je. Tudung tak dapat approval Meor pun time nak beli....hehehe...Biasa kalau nak beli mesti tanya dia dulu dia berkenan ke tak. Sekali tudung ni aku main beli je dia tak berkenan pulak T_T Tapi dah beli kan...Pakai jugak la...


Before balik sempat beli aiskrim kon ngan satay ikan. Dah lama tak makan. Best jugak la jalan petang2 camtu sekali sekala. Tapi time sampai kereta mengah la jugak sebab dah lama gilos tak exercise :P Well, cuti CNY memang tabah la tak kua memana Isnin ngan Selasa tu. Tu yang petang Selasa tu beria nak ke taman. Sampai jugak akhirnya ;)


Update secara laju. Kang Meor sound asik dok update blog aje keje tak buat. Tengah buat keje la ni bang. Sambil tunggu system ni loading. System ni slow pulak kekadang tu. Tu yang sempat abiskan 1 entry ;)

p/s: Today is my younger bro's birthday. Happy Birthday to u!


No comments: