22/01/2012 - Sun
Baru nak hapdet aktiviti kitorang time cuti CNY aritu. Selain pegi kenduri kat Raub yang aku dah update before ni kitorang banyak dok umah je. Tapi sehari lepas kenduri tu kaki tetap gatal nak jalan2. Pakaikan Irfan baru lagi. Punya lama peram. Sedar2 cam dah agak kecik baju tu. Rasa hari tu beli cam besar sangat dah...huhu...
Kitorang ke OU lagi...Ada mission sket ;)
Amik gambar sampai bosan sebab makanan lambat sampai. Servis kat situ tersangatla lembappp ok. Dulu tak teruk gitu.
Aku order spagetti fevret. Tapi terus tak jadi fevret sebab hari tu boleh pulak spagetti dia cam something wrong. Cam tak masak betul kot. Memang out lah! Sentap sungguh! Esoknya terus aku balas dendam masak spagetti kat umah. Makan puas2 :D
Meor order ayam. Time ni nyesal jugak la sebab tak order ayam jugak. Abis ayam Meor aku pow :P
Macam2 choc candies ado....Ni kalau Irfan dah besar bawak masuk sini memang susah dah la nak keluar agaknya T_T
Jumpa topping Hersey's ni. Topping yang wajib letak kalau pegi Tutti Frutti ;)
Ceria je kedai ni. Cam kedai toys pulak aku tengok. Actually tak boleh amik gambar dalam ni. Siap tulis besar2 depan kedai tu. Tapi aku degil...hahaha....Tu pun tak amik gambar kat pokok dia yang meriah tu. End up memang tak ada apa2 hasil pun dari sini.
Keluar Candylicious baru cepat2 pegi cari barang aku. Pukul 5 lebih orang dah sibuk2 nak tutup kedai. Baru time tu teringat Chinese nak makan besar malam tu. Giler la kena shopping laju2. Sampai pintu kedai dah tutup pun kitorang dok dalam kedai lagi...huhu...Keluar kedai pukul 6 lebih memang mostly kedai dah tutup. Dah macam dekat pukul 10 malam dah. Silap timing laaa. Kalau tau awal2 postpone dulu esok2 je shopping kan. Anyway mission accomplished! ;)
No comments:
Post a Comment