29/01/2012 - Sun
Aktiviti hujung minggu kitorang kalau tak pegi kenduri ke mana lagi kalau bukan ke shopping complex. Kekadang tu sampai dah tak tau nak ke mana sebab balik2 pusing tempat yang sama jugak. Tetiba petang tu bosan2 terasa pulak nak makan lasagna Milano. Terus kitorang ke KLCC.
Dah round2 jap kat KLCC tu terus ke food court. Tak reti la nak window shopping kat KLCC ni. Selalu memang tak kan lama kalau datang KLCC. Pizza Milano nyer kat food court je.
1st time makan time datang join reunion unimates hari tu. Sesaje try. Boleh tahan la sedap. Siap boleh terbayang2 lagi pastu boleh tahan apa nya kan...hehehe...Order satu je. Kitorang share berdua. Makan main2 je. Bukan nak makan sampai kenyang pun.
Sempat beli kebab jugak kat Kyros kebab. Fevret aku ni. Teringat zaman sekolah dulu. Time outing weekend je memang wajib beli kebab ni. Time tu kat Terminal One Seremban kot. Kalau tak outing pun siap kirim kat member2 yang keluar. Kira macam kalau tak makan kebab tu cam tak terasa la weekend gitu...hahaha...Overrr! Kitorang tapau aje kebab tu. Sampai rumah baru makan.
Ni menu Irfan. Memang harus bawak bekal dia. Apam kaler2 tu breakfast punya tak habis. Bubur pun kasi jugak lepas tu. Irfan mana boleh tengok orang makan. Confirm nak join sekali. Kalau tak nanti dia pasang siren :P
Before balik singgah dulu kat taman. Jalan2 kejap. Dulu time kitorang berdua tak minat kot nak datang taman2 ni. Dah ada anak ni suka pulak pegi taman. Irfan pun suka je kalau ramai2 orang.
Dah ada rumput tu apa lagi. Sempat jugak Irfan bertatih2 ngan papa dia.
Sejak Meor dah kasi approval pakai tudung awning ni memang laju je aku beli. Tudung bawal cam dah dilupakan je...huhu...Senang kot pakai tudung ni. Tak tergugat sangat time Irfan melasak tu. Kalau dok atas riba ingat dia boleh duduk statik ke? Habis dia panjat, lompat, tarik segala. So kalau pakai tudung ni aku rileks je ;)
Amik2 gambar dulu. Kejap je then tetiba dah nak start hujan. Dengan tak bawak payung nya. Terus la jalan laju2 masuk KLCC balik nak pegi parking.
Balik rumah Irfan sambung main. Main bola. Memang peminat bola tau budak kecik ni. Time weekend main sorang2 je la. Time weekdays ada cousins meriah sket.
Kekadang dia buat gaya memang macam pro je....hahaha...Tak tahan tengok. Geram pun ada ngan budak kecik ni. Kalau berdiri kan dia laju la kaki tu nak menyepak bola. Kalau tak pegang pun pepandai la dia cari tempat nak berpaut. Sambil tu kaki tu sepak2 bola. Kekadang tu bukan setakat bola. Menda lain pun nak disepaknya. Jangan sepak orang dah la ye Irfan =)
Muka excited dapat main bola. Kalau kat TV tengok orang main bola pun boleh terlopong tengok...hehe...Sekarang Irfan suka sangat buat bunyi tiger...Bersungguh2 pulak tu buat bunyi sampai terbatuk2...hahaha....Tak tau la mana dia belajar buat camtu.
Hari ni boleh update blog ngan hati yang tenang. Hari ni update hari ni publish. Kalau tak 2 or 3 kali update jugak la baru publish sebab aku update sikit2 kalau free. Tu pun sebab hari ni system down.
Dah berapa minggu dok berjaga pagi siapkan keje. Semalam pun buat keje sambil jeling2 je Irfan dok sepah2kan barang...huhu....Keje IT memang tak kan boleh stop melainkan server down! Best jugak server down ni kan...hehe...Tapi kalau asik down je jenuh jugak. Sekali dia up maunya tak tido lansung nak siapkan keje T_T
No comments:
Post a Comment