26/01/2013 - Sat
Cuti 3 hari baru ni kitorang ke PD lagi. Sebab tu la beria update jugak cerita lama semalam. Nak compare keadaan pergi PD dulu dan kali ni. Rasa dah macam aktiviti tahunan pulak pergi PD. Straight tahun 2011, 2012 and 2013 pegi sana. Padahal dulu time duduk Seremban 3 tahun tak pernah pun nak singgah PD T_T
Memang sangat last minute punya plan. Esok nak pergi malam sebelum tu baru nak book bilik. Tu pun bernasib baik je dapat. Sebab banyak dah fully booked. Hasilnya dapat la book bilik dekat Cozzi Hotel ni dengan RM 190 1 malam. Dah pernah tido hotel ni 2 tahun lepas. Tak sampai RM 150 pun. Dah book time weekend and cuti panjang pulak tu. Maka dapatla rate sebegitu rupa.
Bilik tak ada la hebat mana. Remote TV and air cond pun tarak. So tak boleh malas2 kalau nak tukar channel TV. Kalau dah rasa agak2 sejuk tahap beku tu pandai2 la tutup suis air cond terus :P Kat luar tu ada balcony and kat bawah ada swimming pool. Tak sempat jejak pun. Pantai lagi best kot.
Dah sampai pantai. Jalan kaki aje sebab hotel memang dah dekat tepi pantai. So tak payah la susah2 nak naik kereta. Irfan kemain seronok dapat main pasir. Suka tengok dia bersungguh2 korek pasir tu. Hari tu time pegi Langkawi tak sempat bagi dia main pasir.
Teman seperjuangan Irfan, Ammar Yasir. Geng gaduh la ni. Pantang dok dekat sikit. Ammar ni tua 6 bulan. Dia ni ada je tak puas hati dengan Irfan...hahaha...Kadang2 Irfan pun sama suka cari pasal. Kakak aku n family pun datang cuti sini. Actually dorang dah plan awal2. Seminggu before tu dah book bilik. Tu yang aku pun tetiba bersemangat nak pegi PD ;)
Dah main pasir pegi berendam pulak. Irfan memula tu cam nak nangis. Dah lama sikit ok pulak. Terkejut agaknya dah lama tak berendam macam tu. Aku memula malas la nak join. Bukan tau berenang pun kan.
Tapi last2 tak tahan. Macam best je. Maka aku pun join la sekali 2 beranak tu. Best jugak rupanya. Kebetulan abang ipar tak nak mandi. So boleh la aku tinggalkan barang2 kat tepi tu tanpa rasa bersalah...hehe...Kalau tak confirm aku yang kena jadi tukang jaga barang.
Lepas mandi sambung main pasir lagi. Pasir kali ni kurang best sebab air tengah pasang. So memang pasir jadi lembik sesangat. Kaut2 masuk dalam baldi lepas tu terus lekat dalam tu...hahaha...Tak dapat la buat sand castle.
Abang ipar siap buat BBQ. Dia la yang membakar segala makanan. Ayam, sosej, daging burger, kebab ngan roti. Kitorang tukang makan je :D
Irfan punya la sibuk nak main pasir sampai ajak makan pun dah tak nak. Before balik berendam lagi sekali last. Aku pulak yang tak reti2 nak balik.
Nanti kita datang PD lagi ye Irfan. PD je yang paling dekat yang ada pantai. Tapi next time datang tak boleh datang weekend dah kot. Semput nak bayar mahal2. Kalau boleh nak la stay dekat hotel lain pulak. Balik2 hotel yang sama je.
Malamnya kitorang keluar makan tapi keluar lambat. 8.30 malam baru keluar. Pegi Nasreen Seafood. Sekali tengok orang penuh. Lepas tu masing2 dapat air je. Gelas memasing dah kosong tapi tak dapat makanan. Last2 kitorang stop dekat next kedai. Still ada tempat kosong. Sekali melangut dekat sejam lebih baru dapat makan...huhuh....Actually PD ni tempat persinggahan je. Esoknya kitorang pegi tempat lain pulak. Akak n family still stay dekat PD. Sambung update esok pulak kalau sempat =)