Kesian entry Singapore terperam sekian lama. Asal nak update ada je cerita lagi baru yang lagi menarik untuk diceritakan. So here we are. Update la jugak walaupun dah agak berzaman kitorang ke sana. A day after pegi USS kitorang jalan2 Singapore pulak. Alang2 dah dekat tu kan. Sebab lepas ni tak tau bila lagi boleh ke situ.
Kali ni bawak stroller. So memang Irfan boleh tido tanpa gangguan. Just agak leceh nak turun naik bas angkut stroller time dekat imigresen tu walaupun bukan aku yang kena angkut. Aku ngendong Irfan je la. Dah la sambil berlari2. Semput mak T_T
Kitorang join shuttle bus ke USS je sebab tak konfiden nak pegi sendiri. Padahal 1 bas tu semua nak ke USS. Kitorang je yang melencong ke lain. Sampai2 naik MRT je. Beli visitor pass SGD10 kot. Entah macam mana orang kaunter tu boleh silap haribulan sampai Irfan pun kena caj pass jugak. Apekah? Selama ni pegi memana semua free je untuk dia. Tetiba kena bayar. Nasib baik bila tanya orang kaunter belah lain dia cakap tak payah.
Marina Bay Sands dari kejauhan. Teringin nak pegi tapi serius tak terdaya. Dari stesen MRT kitorang nak berjalan ke Merlion Park pun rasa nak merangkak je. Penat round USS pun tak habis lagi. Tapi alang2 dah datang gigih jugak berjalan walaupun kaki rasa lembik :P
Setakat amik gambar pemandangan je. Time ni tak ada mood sudah. Nak posing pun malas. Dengan perut laparnya. Tau2 la tengah bandar Singapore tu. Macam susah sikit nak cari tempat makan yang halal. So bila lapar makan roti je la buat alas perut.
Ada Superman pulak amik gambar dekat belekang. Hari Jumaat pun ramai orang. So memang agak susah nak amik gambar dengan background yang clear dari termasuk pose2 orang lain.
Irfan asal suruh senyum pandang kamera as usual dia akan duduk mencangkung. Tu dula la. Sekarang memang anti kamera terus T_T
Amik gambar dari side lain pulak. Bukan ada apa pun dekat sini. Singa tu je la attraction nya. So amik la gambar yang sama sampai puas hati. Sebelah tu budak2 Indon yang sangat kecoh. Siap suruh tepi bila termasuk sekali dalam gambar dorang...haihhh...bikin panas betul!
Ini lagi satu orang yang bikin panas. Kitorang kan pakai timer je amik gambar. So kamera tu letak je atas stroller. Elok2 je nak snap tetiba ada sorang apek ni pandang kitorang then stop dekat situ. Hadoiii laaa. Tak tau la apa motif dia sebenarnya. Takkan la kitorang nak posing dekat situ macam orang gila tetiba kot. Tengah amik gambar pakai timer la oiii! Dushdush!
Tak pasti kenapa terjadi pose sebegitu...huhu...Dah lama sangat dah. Memang tak ingat in details :P
Yeahhh...After 5 years...I'm standing here in front of merlion statue. Before ni datang dengan ofismate atas urusan kerja. Seminggu duduk dekat Singapore but only on the last day baru datang ke sini. Tak sempat nak jalan2 ke mana sangat pun. Dah la time tu bulan puasa. Balik ofis pun dah petang. So memang tak banyak tempat boleh pegi. Tak sangka datang kali ni dah bertiga. 1st time for Irfan n papa dia.
Gambar pegi Singapore zaman bujang dulu tak tau dah simpan kat mana. Yang pasti ada upload dekat Friendster. Time tu la baru nak tau Friendster dah close account. So gambar dalam tu habis semua selamat kena delete T_T So tak ada la gambar kenangan dekat sana...
Belakang tu Esplanade. Pun memang dah terdaya nak pegi sebab kena naik tangga. Nak angkut stroller lagi. So amik gambar as a background je lah.
Dulu aku dah pegi Esplanade tu. So tak ada la ralat sangat bila tak dapat pegi kali ni. Tempat theatre je pun. Boleh la nak posing sana sini buat kenangan kalau pegi situ.
Kena split into 2 entries jugak ni sebab banyak gambar. Padahal bukan melawat banyak tempat pun. Penangan penat berjimba dekat USS punya pasal T_T
3 comments:
wah bestnya.......t boleh la pegi jugak...=D
teringin nak pegi singapore ni taw..
:)
kaau time ramai org susah lah nak backgrund tanpa prg kan..
smua nak bgambar kat situ..
hihi
nini: sila2 =)
mrs mikko: tu la psl. even ktorg g weekdays pn still ramai org. kalau weekend tu confirm penuh lg org dkt situ
Post a Comment