nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

PD 6 Months Ago

14/07/2012 - Sat

Hari ni nak update cerita pegi Teluk Kemang 5 bulan lepas. Tetiba rajin nak update. Time balik cuti hari tu tangguh2 sebab bz lepas tu banyak lagi cerita lain yang beratur nak diupdate. Last2 peramkan aje. As usual last minute plan. Pergi weekend last before start puasa last year. Harus la orang ramai macam ulat. Tapi hati tetap meronta2 nak pegi pantai...hehe...

Tido dekat Hotel Mesra ni aje. Hotel under koperasi apa tah. Tak ingat. 1 malam RM100 je. Hotel lain mostly dah fully booked. Kalau ada kosong pun mahalnya membuatkan boleh fikir 100x nak book ke tak. Last2 book je lah hotel ni.


1 bangunan ni semua ada. Klinik, pasaraya n kedai makan. Time pegi PD tahun sebelum tu, tahun 2011 la kan, pegi makan dekat kedai ni. Memang sedap la makanan dia. Puas hati makan. Tapi malam tu boleh pulak tutup. Ingatkan tak payah la keluar cari makan jauh2 dah.


Entry kali ni banyak gambar ye. Harap2 tak bosan. Malas nak tapis2 or split entry. Kang buat by part lambat pulak nak habis. Ada cerita lagi best nak update nih ;)


Macam biasa Irfan kalau sampai hotel ini la kerja dia. Cek telefon, TV n segala yang boleh dicek la.


Itu tanda dekat tengah bibir tak ingat kenapa. Yang pastinya jatuh la. Biasa la kan. Hero. Kejap2 ada je tanda T_T


Bilik ok la setakat nak tido 1 malam. At least ada remote TV n air cond. Ada hotel yang tak ada ok. Just not recommended la. Kebetulan kitorang dapat bilik yang mengadap jalan. Bila malam nak tido tu meroyan jugak la sebab kejap2 kang bunyi kereta jap2 lagi pulak bunyi motor racing...huhhhh...Sungguh menguji kesabaranku.



Sampai pun dah petang. Terus ke pantai. Agak tak best sebab hotel jauh sikit dari pantai. So kena naik kereta. Bila balik tu habis la kereta lembap dan berpasir.


2 beranak je mandi laut. Aku termenung sorang2 tepi pantai sebab kena jaga barang2. Lagipun kalau tinggal handphone nanti tak boleh amik2 gambar. Gambar2 mostly kiri kanan 2 beranak tu diapit oleh couple yang bercinta. Yang sepasang tu maybe baru kawen. Alahai main bola dalam air pun manja2 ok. Bernanah mata tengok...hahaha...


1st time Irfan dapat main pasir dengan sepuas2nya. Siap tak nak balik.


Memang buat hal sendiri je tak toleh kiri kanan dah. Time tu pasir pantai memang adalah sangat best. Memang sesuai nak buat sand castle. Lembap2 sikit.











Ok dah siapppp! Jom balik!


Malam kitorang keluar awal. Pukul 7 lebih dah sampai kedai. Orang tak ramai tempat pun banyak kosong lagi. Time ni Irfan kecik lagi. Nasi dia pun bawak bekal dari rumah. Sekarang keluar lenggang kangkung je :P


Tunjuk gigi. Sekarang ni gigi dia mahal. Payah betul nak suruh dia posing cenggini dah.



Makanan kami malam tu. Cukup meriah untuk 2 orang. Biasa kalau makan 3 jenis lauk je. Tapi ni sebab jalan2 special sikit la. Makanan sedap. Servis pun cepat. Maybe sebab kitorang sampai awal. Lepas tu kejap je dah penuh kedai.


Haihhh...mama saya ni. Asik nak bergambar je tau.


Dah sampai bilik. Tido lambat jugak last2 sebab Irfan susah nak tido even dah padam lampu. Jenuh mengulit.


Esoknya before balik singgah ke pantai lagi sekali. Nak bergambar pulak. Even dah tengah hari pun ramai je orang dekat pantai. Panas terik kot. Nak bukak mata pun tak bole.


Dapat la bergambar 3 beranak buat kenangan.


Lepas tu Irfan pun dah malas nak layan :D


Singgah jugak dekat gerai dekat tepi pantai tu. Cuci mata je. Ingat nak naik kereta kuda tapi yang ada untuk budak2 aje.


Itu lah kisahnya jalan2 dekat Teluk Kemang 5 bulan lepas. Best. Asal ada pantai je memang best. Weekend baru2 ni kitorang jalan2 lagi. Last minute plan jugak...huhu...Nasib baik menjadi. Nanti story mory kat sini ye =)

p/s: Should be 6 months ago patutnya bukan 5 months. Silap tengok date. Dah update :P

No comments: