nuffnang

Tuesday, January 8, 2013

No Weekend For A Month

24/12/2012 & 25/12/2012 - Sat & Sun

Weekend baru ni genap la sebulan weekend yang tak terasa macam weekend pun untuk kami berdua...huhu...Untuk aku dan Irfan la. Biasa weekend ada je agenda merayap keluar dari rumah. Tak dapat keluar jauh keluar dekat2 pun jadi lah menghilangkan rasa penat bekerja dan rasa terkurung dalam rumah. 

Tapi since 4 minggu lepas tiap2 hari Sabtu dan Ahad Papa Irfan memang tak nampak bayang pun kat rumah. Hari kerja tak payah cakap la. Balik pukul 9 malam pun dah kira ajaib. Biasa lagi lambat. Weekend lagi la berdouble triple balik lambat. Pukul 4 pagi baru balik. Punya la gigih bekerja kan. 

Bos pun sikit punya kejam. Agaknya dia ingat staf dia tak ada life sendiri kot. Hidup untuk kerja je. Tak payah peduli anak bini...huhuh...Gerammm nih. Udah la tak dapat claim OT. Allowance pun jangan mimpi la. Orang kerja shift lagi untung kot. At least dari malam sampai pagi kerja. Ni pagi sampai ke pagi esoknya pulak. Replacement leave pun so far tak pernah dapat. Giler tak kejam macam tu. Aku pulak yang rasa meroyan ok T_T Papa Irfan aku tengok kool mat kool jek. Biasa la kan. Nama pun pompuan. Emosi harus lebih :D

Ok enough cerita pasal meroyan. Hopefully tak berpanjangan la kan. Lagipun Papa Irfan tu bz sebab ofis dia nak pindah ke Cyber. Banyak nak kena setup. So boleh dimaafkan lagi. Kekadang je macam tak boleh terima kenyataan...hahaha... Sekarang dah lega Irfan dah baik dari demam. Alhamdulillah lega sesangat tengok dia dah aktif balik. Dah dekat seminggu demam. Melepet aje. Makan minum semua tak nak. Mana la tak risau. Tak pernah macam tu. Biasa demam2 pun still nak makan. At least nak minum susu. Penat melayan dia pun tak kesahla asalkan dia sihat. 

Alhamdulillah jugak sebab aku boleh work from home. Even sekarang tengah banyak kerja pun still boleh jaga Irfan lagi. Irfan tido je aku sambung buat kerja. Terpaksa la berjaga sampai ke pagi buta ngadap laptop. So tak ada istilah nak relax2 even boleh kerja dekat rumah. Ini lah realiti berkecimpung dalam bidang IT. Biasanya memang tak boleh lari la dengan situasi macam ni. Tak tau la orang IT lain macam mana sebab so far aku dah kerja dengan 5 company IT. Lebih kurang sama je. Time projek tengah genting memang kena stay back. Even time practical training pun pernah balik kerja pukul 3 pagi tau...huhu...

Still tak masuk lagi cerita asal. Asik melalut je ni apsal ntah...hahaha...Actually memang weekend dah 4 minggu straight tak keluar jalan2. Tapi sehari before Christmas hari tu aku amik cuti. Even minggu sebelumnya dah plan nak amik cuti sesama ngan Papa Irfan. Tapi dua2 hari cuti dia tak approve. Sudahnya aku suruh je dia main redah je cuti....hahaha...Pedulikkk. Kalau nak tunggu bos dia yang kejam itu memang sampai ke tahun depan pun tak dapat cuti kot.

Kitorang ke KLCC. Dah lama nak tengok movie Twilight. Tangguh punya tanggu sampai cerita tu dah basi dah pun. Semua tempat dah tak tayang except dekat KLCC. Kat KLCC kan biasanya tayang lama sikit. So pegi la jugak situ even dah tau parking fee dia punya melampau mahal. Pukul 1 lebih dah sampai. Movie start pukul 4.20. Kena datang awal sebab takut full pulak. Ingat dah tak ramai orang nak tengok hujung2 ni. Sekali penuh jugak la. 


So in between tu memang kitorang berjalan je la sampai lebam. Window shopping. Happy sungguh walaupun tak beli apa2 pun. Time ni dah 2 kali weekend tak keluar rumah. Rasa macam jakun pun ada dapat round KLCC. Siap jumpa abang n SIL sekali. Merasa la masuk outlet Kate Spade dengan SIL. Kalau tak ada geng tak berani la nak masuk outlet2 camtu :P

Actually kitorang tengok movie tu pakai voucher birthday JJ tu. Buy 1 free 1. So tiket beli RM 10 boleh dapat 2 terus. Memang best lah. Lepas tu balik2 nak bayar parking kena RM 18. Ha memang lagi best lah parking lagi mahal dari tiket wayang...hohoho...Anyway Movie Twilight Breaking Dawn Part 2 memang best. Kira kategori berbaloi pegi tonton =)

Owh, hari tu aku ber'bawal' kembali setelah sekian lama. Kesian tengok tudung2 bawal yang kena gantung buat tadah habuk tu...huhu...Tudung bawal ni ada je problem terpeleot sana sini. Tu yang lagi senang sarung tudung awning je sekarang. Dulu setahun boleh kira berapa kali je beli tudung. Sekarang ni kejap2 kang beli tudung. Sampai dah tak tau dah nak simpan mana :D


Esoknya cuti Christmas kitorang keluar lagi. Nasib baik la Papa Irfan tak kena kerja hari tu. Lega sesangat. Boleh la bawak Irfan jalan sekali. Kesian tengok dia kebosanan dok rumah. Sebab dah biasa keluar weekend. Hari biasa ok lagi sebab cousins dia ada. So tak ada la bosan sangat dok dumah. Aku lagi la tak tentu arah je rasa bila tak dapat keluar. Dah la hari2 kerja memang tak pegi ofis pun sekarang. Entah bila nak jenguk cubicle kat ofis pun tak tau la...hehe...


Aiskrim Baskin Robbins yang kitorang makan setahun sekali...hehe...Pakai voucher JJ jugek. RM 3 off je. Irfan tido. Jadi kitorang makan diam2 sudah. So far memang tak bagi dia makan aiskrim lagi. Tunggu dia besar sikit lagi kot.


Hari tu kitorang makan dekat food court JJ je. Biasa makan KFC or McD. Kedai2 lain tu ada la jugak singgah kadang2 sebab mahal. Sekarang dah boikot KFC McD segala so kita ke food court aje la. Sedap je bila dah lapar. Dekat tepi tu ada banyak mainan. Kasi Irfan main seround dua. Excited kemain dia sampai tak nak balik T_T



Dah genap sebulan bertapa dekat rumah time weekend maka nya selama tu jugak la tak balik rumah mertua dekat Shah Alam. Paling lama setakat ni tak balik sejak kawen ni. Kalau tak every 2 or 3 weeks mesti balik punya. Ada cuti public holidays pun cukup2 je nak spend time 3 beranak. Weekend depan ni pun nampak gaya nya macam tak ada harapan lagi nak ke mana2. Just wait and see. Who knows right? Miracle could just happen =)

p/s: Pagi tadi pukul 7 baru Papa Irfan balik lepas pegi ofis dari Ahad tak balik2. Ahad dah kerja sampai 6 pagi tapi terus tido rumah kawan sebab pagi tu nak kena kerja macam biasa. Nak balik rumah jauh pulak. Tadi pun tido tak sampai 3 jam bos asik dok call. Dah ler bos dia boleh balik awal senang lenang tido diulit mimpi. Staf2 dia yang tunggang langgang buat kerja macam robot. Kejamnya engkau wahai encik bos. Fuhhhh....Sabo2 T_T

10 comments:

..izza.. said...

huhu..setuju!!!!!!!
serik weh keje bidang IT ni esp kalo swasta..
xde life!
hidup mcm org gile..
hahahaha

familisihat said...

saya ingat suami sy je yg balik lewat hari2, suami cuna pon sama ye..bezanya suami saya dari tahun lepas stat lps raya mmg lps pukul 10 la balik..x pun smpi ke subuh..kita yg perempuan ni lebih kesian rasa mcm tenaga digunakan sepenuhnya utk kerja, bukan dpt claim ot pun huu..

Unknown said...

iza: huhu tu la kan. nk keje gomen takut kena buat programming pulak nnt. so stay je la ngn company swasta. ko doakan la ktorang berdua xjd gile ye. kesian irfan nnt T_T

Unknown said...

azy: kita senasib rupanya.huhu. ingat xde geng. hubby pn ada jgk blk lmbt thn lps. ada smpai pkl 5 or 8 pg. tp xslalu. kali ni je cm over bz. hubby azy pn keje IT ke?

familisihat said...

hubby saya account field..so hjg2 bln..hjg2 tahun paham sangat dah, sudahla sabtu yg kononnya keje sekerat hari pon lpas asar baru blik, ahad je la free nak jalan2..tp since dia sorang breadwinner fmily kami, kena sabar je la

Dnazz Mary Kay said...

alahai..sabarnya cuna nie..kalau iza dah jadi gordon dah,,apis keluar malam lama sikit jer iza dah tak senang duduk. kalau dia kena ot camtu, omakaaii tak tau nak cakap apae. cuna sabar banyak2 yer. insyaAllah, ada balasan dikemudiannya..mana tau hubby u dapat naik pangkat ker hehehe

..izza.. said...

keje cikgu pun bleh jd gile tau cunna..lagi2 kt skolah popular cam mrsm ni..hadoii..tp at least ko patut bersyukur sbb myo balik jugak hari2...kamal??? seminggu sekali pun dh kira ok..wahaha..sedey..wahaha..

cuna said...

azy:oh aah kn.keje akauntan mmg lg satu bidang yg agak stress. mcm SIL dulu pn keje akauntan. dkt bank plk tu. dh stress sgt trs stop keje buat bisnes sndiri je. aman damai =)

cuna said...

dnazz: tqvm iza utk kata2 smgt itu.huhu. mmg xblh nk buat apa dah skrg ni selain bersbr. nk kata dpt naik pgkt tu mcm jauh panggang dari api je. sbb hubby dh keje dkt situ 5 thn dh. nk dpt increment pn sket pya ssh. tp mana la tau kn ada rezeki nnt2 =)

cuna said...

iza: keje cikgu kalo soh aku mmg surrender la weh. aku ni nk ngajar org pn xreti. at least stress2 keje skrg pn aku tau buat.huhu.aku kalo xjmpa myo beberapa hari ok lg kot.tp maybe xsetabah ko lah. just kesian je kat dia keje trk sgt smpai xckp tdo. drive jauh plak tu. merisaukan sggh T_T