nuffnang

Friday, January 4, 2013

Trip to Langkawi: Part 3

10/12/2012 - Mon

Dah masuk tahun baru tapi cerita tahun lepas pun berderet tak hapdet lagi ni. Macam biasa. Bz dengan kerja office. Irfan pulak dah 4 hari demam. Melepet je. Semua tak nak. Tak terkejar nak buat semua. Papa Irfan pun bz dengan kerja. Tiap2 hari balik malam. Kekadang bawak ke pagi buta. Tak cukup hari kerja weekends pun kena kerja. So kena la bertabah buat semua kerja selagi termampu.

Boleh pulak bebel pasal lain. Nak sambung cerita Langkawi sebenarnya. Sambung tepek gambar pantai lagi. Sangat happy bila dapat pegi pantai. Rasa sungguhhh bahagia! Tenang je rasa. Banyak sungguh perasaan...haha...Time kitorang pegi pantai tu dah nak dekat tengah hari. Kalau petang memang best la kalau dapat bawak Irfan main pasir pantai.


Jet ski yang kitorang naik. Time ni baru habis. Sejam jugak la bergumbira di tengah lautan tu...huhu...Masa mula2 naik siap jerit2. Baru la feeling macam naik roller coaster gitu :D Ada yang RM 100 ada yang RM 120. Yang kitorang sewa tu RM 120. Boleh bawak laju sikit la. Teringin punya pasal tak kesah la bayar berapa pun. Tak tau la kot kalau tawar menawar boleh dapat murah lagi. Tak pernah survey pun before ni biasanya orang charge berapa.


Island hopping pun macam best je kan. Dulu time single mingle tak pernah terpikir pun nak buat mende2 camtu. Sekarang dah ada Irfan memang lupakan je la hasrat tu. Maybe tunggu dia besar sikit kot. Kang dia melasak dalam bot lepas tu tetiba nak turun memang jenuh la T_T


Satu2nya bukti yang ada. Berjaya sampai ke pantai! :D


Time kitorang pegi berjet ski di tengah lautan tu Irfan pegi UnderWaterWorld. Elok pulak bila sampai situ dia bangun.


Awal2 je dia tengok dengan penuh khusyuk. Dah half way tu dia dah mula nak buat hal sendiri. Lari sana lari sini. Bersilat bagai. Tiga orang dok kepong pun memang penat nak melayan.


3 orang handle Irfan. Atok bz amik gambar ikan...huhu...Rasa bersalah jugak sebenarnya sebab susahkan orang lain jagakan Irfan especially mak. Irfan memang sangat tak dok diam. Kalau kitorang tu lain la. Dah memang tanggungjawab. So kalau boleh memang nak ke mana2 kena bawak Irfan sekali.

  
Tq Mak Tok, Pak Su n Mak Su yang sudi jagakan Irfan selama sejam =)


Pemandangan yang cantik. Kitorang dah pegi sini 2 tahun lepas. Time tu Irfan dok dalam perot lagi. Kali ni Irfan dapat tengok sendiri tapi dengan Atok n Mak Tok dia.


Dah dalam kereta pun tak dok diam. Maklum la tak ada car seat. Sakan la dia.


On the way balik tu singgah makan laksa ngan cendol kat tepi airport dulu. Ni adik aku la yang tau mana port yang best. Kebetulan hari tu lori yang jual laksa best tu baru nak start meniaga la pulak. Tengah setting2. Baru nak susun meja. So kitorang pun singgah je la dekat lori lain. Dekat2 situ jugak.


Laksa yang memang marvellous! Memang kalau makan tak ingat nak toleh kiri kanan dah. Tapi aku kena toleh la sebab nak kena tengok Irfan kan ;P Memang kena la dengan tekak ni ;)


Lepas tu makan pulak dengan cendol. Perghhh! Memang terbaekkk! Saya suka saya sukaaaa!


Meor makan rojak. Ok la not bad. Tapi tetap tak boleh kalahkan pasembor dekat Padang Kota. Sedih sebab tak sempat singgah Penang...sob sobsss...Kalau singgah Penang selain melawat sedara mara kat sana apa yang best adalahhh makannnn! Banyak tempat makan best. Rindu nak makan pasembor, sotong kangkung, mee udang, nasi campur Sila, nasi briyani Kapitan wahhhh memang heaven! Family aku yang lain memang dah makan sakan la before sampai Langkawi. Kitorang je yang tak sempat join...huhu...Maybe next time...Insya-Allah =)


Before balik sempat menikmati pemandangan awan yang cantik ni =)




Lepas makan laksa singgah Amara Motel dulu amik barang2 mak n ayah. Then terus ke jeti. Dorang yang pegi boating balik tu nyempat lagi buat last minute shopping dekat Haji Ismail. Dah malam sebelumnya tak keluar sebab tengok bola. Pukul 2.30 dah berpusu2 naik feri. Pukul 3 jugak la baru gerak. 




Irfan dok sekejap je dengan kitorang. Lepas tu pass dia kat seat sebelah tingkap dengan cousins dia. Kemain seronok sampai dah tak ingat nak cari mama ngan papa dia. 2 kali pegi balik dapat seat tengah. Susah betul nak dapat seat tepi tingkap tau T_T




Time dah sampai tu memang agak mencabar jugak la nak amik beg masing2. Tapi guys je la yang kena berhempas pulas. Memang masing2 nak selamatkan barang memasing. Kang lambat amik ada yang tertindih dengan beg lain. Lagi parah kalau beg hilang. Dah la ada beg yang lebih kurang sama je.



Dah settle. Tunggu orang jemput nak amik kereta dekat tempat parking.


Papa Irfan boleh la dukung macam tu. Nak suruh mama dia memang seram la. Kalau dukung biasa2 tu memang meleding dia nak turun. Sudahnya kena la main kejar2 dengan Irfan celah2 orang ramai tu sementara papa dia nak pegi amik kereta.


Before gerak balik singgah makan laksa Kuala Perlis dulu. Sebab lepas tu masing2 nak singgah tempat lain. Ada yang singgah balik kampung on the way balik. Ada yang bermalam dekat Ipoh nak makan durian sambil rehat2. Kitorang, adik n parent balik terus. Kalau ikutkan hati nak aje aku bermalam dekat Penang. Tapi Papa Irfan tak nak singgah mana2 dah. So kempunan la nak makan makanan best dekat Penang T_T


Ini la laksanya. Tak ada la sedap sangat pun. Sedap lagi laksa dekat tepi airport tu. Sudahnya aku makan beberapa suap dah tak habis. Papa Irfan yang sambung. Sementara nak tunggu lalu RNR berkeroncong jugak la perut sebab tak lunch. Sekali dah sampai RNR tu dapat nasi goreng sejuk pun kemain berselera aku makan :D


Time benti makan laksa Irfan tengah tido. Punya la mengantuk. Padahal dari jeti ke kedai tu tak jauh mana pun. Elok je letak dalam car seat mata terus pejam. So kitorang gilir2 la makan. Sorang stay dalam kereta. Kesian pulak nak kacau dia tido. Tu ha kesan jatuh dekat kat Beras Terbakar. Siap bawak balik cop dari Langkawi T_T


Last2 dekat pukul 7 malam jugak la kitorang gerak. Papa Irfan drive straight sorang2 sampai ke KL. Dalam 2 lebih baru sampai rumah. Aku dah pancit. Time tu la terasa sakit2 badan. Esoknya lagi dasat. Sakit tengkuk, sakit peha, sakit betis, sakit pinggang, sakit punggung. Habis semua la sakit. Penangan naik jet ski. Sebab mende tu kan laju. Dengan ombak lagi. Terlompat2 atas jet ski tu. Tapi tetap best. Agak penat la percutian kali ni sebab dah la jauh lepas tu pergi kejap je. Penat atas jalan je orang cakap. Tapi tetap berbaloi2 sebab dapat naik jet ski. Seriously no regret at all =)

2 comments:

familisihat said...

alamak..kecur liur tengok laksa huu...ritu mencari laksa kedah x jumpa...

Unknown said...

azy: tu la azy. nk update entry tu pn dok terbyg2 dh. ssh nk cari laksa yg btl2 sdp esp yg byk isi ikan.