nuffnang

Monday, December 31, 2012

Trip to Langkawi: Part 2

10/12/2012 - Mon

Sambungan previous entry. Terjah2 pun dapat la jugak bilik kat de Baron Resort ni. 1 malam RM 140 not bad la untuk bilik yang luas sekali dengan breakfast. Ok lagi la kot sebab tu 2nd night tido dekat hotel. Kalau  macam family aku yang lain dah 2 malam tido dekat Penang n 1 malam dah dekat Langkawi. So memang akan terasa duit macam mengalir macam air jugak la kalau stay sini.




Pemandangan dari dalam bilik. Kitorang dok kat bangunan seberang jalan. Lobby kat bangunan lagi satu. Swimming pool pun dekat sana. So nak melawat swimming pool pun memang tak sempat sebab check in pun dah pukul 5 lebih lepas tu siap2 dan keluar. Balik dah malam terus tido je.


Irfan dah penat. Tido dari dalam kereta sambung pulak tido kat atas tilam empuk. 


Bilik boleh tahan besar la. Puas la Irfan nak main lari2. Rasa heaven sebab malam sebelum tu kan biliknya cenonet je. Sebelah tu bilik adik aku n wife dia. So apa2 bukak pintu je la kan. Irfan kemain suka lari keluar masuk bilik. Jangan kacau orang nak berhoneymoon la Irfan ;)


Kesimpulannya memang best la hotel ni. Sangat2 recommended. Puas hati even dapat stay kejap je pun dekat sini. Lepas dah check in tu siap2 solat then keluar balik nak cari tempat makan.


Dalam pukul 6 dah pegi cari tempat makan sebab malam tu dorang nak tengok bola Msia vs Thailand. Melepasla kitorang nak ke pantai petang tu T_T Kitorang makan dekat Bamboo Beach Restaurant kot namanya. Adik aku yang familiar. Dia memang asik dok ulang alik ke Langkawi je. Memang sedap la makanan dekat sini. Just agak lambat sikit service dia. Ramai orang reserve je aku tengok. Sampai2 makanan dah siap.


Suka kemain cousins Irfan bila jumpa Irfan. Irfan lagi la suka. Dilayan macam VIP. Pegi mana2 pun ada orang ngikut. Tu yang aku nak sangat pegi Langkawi ni sekali family. Kalau pegi bertiga je memang tak happening lansung.  Irfan pun mesti bosan sebab tak ada kawan.


Malamnya kitorang keluar pegi Haji Ismail. Bawak mak je. Yang lain semua nak tengok bola. Kitorang pegi kedai Haji Ismail yang jual coklat semata2. Memang rambang la mata ai. Semua rasa nak amik. Mula2 sikit je. Tapi dah mak tanya takkan banyak tu je beli datang jauh2. Terus tambah lagi...hahaha...

Lepas tu pegi kedai Haji Ismail yang jual pinngan mangkuk je. Nak beli pinggan mangkuk cantik2 rumah sendiri pun tak ada. Kalau beli pun dah tak ada tempat nak letak. So teman je la mak pilih2 mana yang cantik sambil cuci2 mata. Mak beli 1 set pinggan n 1 set gelas. Memang cantekkk!


Esoknya breakfast kat bawah tu je. Barang dah siap kemas. Habis makan settle apa yang patut then check out pukul 9 pagi...huhuh...Tak best betul kena check out awal2 ni. Kena check out siap2 sebab kitorang nak kena Pantai Cenang. Takut lambat sampai pulak nanti. So angkut je la siap2 semua barang dalam kereta.


Merasa la dok depan sekali time nak balik tu. Pegi amik parent dulu sebab kitorang gerak sekali 1 kereta. Kereta lagi satu nak pegi boating. Aku je yang teringin nak ke pantai. So adik, SIL n parent layan kan le laaa kan :P


Sampai Pantai Cenang adik drop kitorang berdua dekat tepi jalan. Irfan tinggal. Tengah tido. Our mission....Nak naik jet ski ngan parasuit!!! Ha dah lama mengidam nak naik nih. Before ni datang tengah pregnant 4 bulan kot. So pendamkan je la hasrat hati tu. Memang kempunan nak naik. Maklum la lepas kawen mana sempat nak jalan ke mana sangat. Tau2 je dah pregnant. So kira ni antara wishlist 2012 jugak la ;)


Tak ada gambar pun atas atas jet ski tu. Kamera tak bawak. Handphone pun bawak handpone lama je untuk calling2. Sejam jugak la kitorang berjet ski di lautan biru tu. Memang tersangat la bestttt! Tengok pemandangan yang cantik. Air yang biru kehijauan. Kalau kat PD tu air macam tak berapa cantik. Sini memang clean n clear. Dapat pulak rasa angin dekat tengah2 laut tu...Memang seriously terus hilang stress. Lupa kejap segala kerja n problem yang ada ;) Actually nak bawak Irfan naik pun ok tapi kena bawak slow n steady je la. Hari tu Meor bawak memang extreme punya. Siap amik lap bagai. Memang rasa nak terbang la :D


Patut lepas naik jet ski nak naik payung terjun pulak. Tapi elok je habis berjet ski orang tu cakap angin tak cukup kuat pulak. Kena tunggu petang. Memang tak dapat la kan sebab dah beli tiket balik 2.30 petang tu. So wishlist nak naik parasuit tak tercapai lagi. Carry forward next year la kot. Tak habis lagi cerita ni. Kena sambung Part 3 pulak nampak gayanya. Tahun depan la tu :P Happy New Year to ols!

4 comments:

familisihat said...

salam, sy pun pergi langkawi baru2 ni isnin-selasa..tp pegi dgn family je..hubby kt kl keje huu..adhoc punye plan..nasibla dpt semua mahal2 huu..dari kereta ke hotel..nantilah nk wat entri juga..cuna pegi bile?

adalova said...

Samala kita pi Langkawi main terjah je. Yg penting hajat aku dah tercapai - naik cable car. ^_^

Unknown said...

azy: w'salam. ramai btl buat lawatan ke langkawi hujung2 thn ni termasuk la kita kn ;) ingat nk jgk buat mcm azy tggl je hubby keje tapi rasa cm xmampu je nk handle irfan sorg yg lasak tu.huhu.

kitorang pegi sabtu-isnin. selasa tu yg ada cuti sultan s'gor tu. awl2 bln hari tu. biasala lmbt nk update :P

Unknown said...

Adda: tu la. just pegi hari lain2 je.aku xpnh naik lg cable car tu. tpaksa la lupakn dulu hasrat tu buat sementara waktu ni sbb tkt irfan melasak dlm tu pulak T_T