nuffnang

Friday, December 28, 2012

Trip to Langkawi: Part 1

08/12/2012 & 09/12/2012 - Sat & Sun

Entry yang postpone punya postpone baru ni la nak update. Unplanned vacation ke Pulau Langkawi. Actually it's a family trip. Kiranya nak makan angin lepas dah bertungkus lumus menjayakan kenduri kawen hari tu. Memang dah plan baik punyer 2 or 3 bulan before kenduri hari tu. Aku pulak apply je cuti siap2 walaupun dah tau harapan untuk pergi adalah tipis sebab Papa Irfan tak boleh cuti...huhu...

2 orang kakak aku n family masing2 n parent gerak sekali di hari yang sama Khamis tu. Dorang singgah Penang and stay 2 malam dekat situ before pegi Langkawi. Terus meronta2 rasanya hati nak join sekali. Sehari boleh tahan lagi. Hari Jumaat je dah tak boleh dok diam sebab terasa rumah macam sunyi sepi je. Irfan pun demam. Demam rindu agaknya dekat semua orang...huhu...Maka Sabtu tu decide nak pegi jugak walaupun dah tau buat penat badan je sebab hari Isnin tu dah kena balik. Sempat pegi BBW dulu Jumaat malam tu sebab esoknya pepagi dah nak keluar rumah.

Jalan punya jalan stop RNR sana sini last2 pukul 7 lebih baru sampai ke Kuala Perlis. Feri last adalah pukul 7 malam...wuwuwu...Tak sempat sampai jugak. Tu pun dah sampai Penang aku macam dah give up je nak teruskan perjalanan sebab dah kematu vontot dok dalam kereta. Padahal bukannya aku yang drive pun. Dah lama tak jalan jauh. Dulu pegi Langkawi stop kat Penang dulu. Papa Irfan pulak yang berkobar2 nak teruskan aje. Family aku petang Sabtu dah selamat sampai Langkawi lepas dah tido 2 malam dekat Penang. 


Makanya nak tak nak kena la jugak cari hotel untuk bermalam sementara nak tunggu naik feri esoknya. Main redah je la hotel mana2 pun. Tu pun nasib baik la ada bilik kosong. Ramai orang kot yang cari hotel time2 gitu. Dah nama pun cuti sekolah. Memang kat mana2 pun ramai orang kot. Kitorang tido di T Hotel.


Gini la lebih kurang biliknya. 1 malam RM 100. Kecik je biliknya. Boleh la setakat nak tido 1 malam. Sempit je. Bilik kat Tune Hotels yang lebih kurang sempit n lagi murah pun lagi best kot T_T


Irfan macam biasa memang banyak la kerja dia dah sampai tempat baru. Nak tido kan dia hadoyaiiii susah bebenor. Siap dia pegi pecahkan ashtray kat situ. Opkos la mama dia yang kena marah kan sebab papa dia kat toilet. Time tu dah pening2 lalat dah sebab pening+mengantuk tapi Irfan tak nak tido2 jugak. 


Esoknya lepas breakfast kat bawah tu kitorang terus ke jeti nak beli tiket. Breakfast memang hotel tu provide. Tapi bila dah sampai jeti tu tengok orang beratur punya la panjang. Kalau ku tahu lepas Subuh aku suruh Meor turun beli tiket sebab pukul 6 pagi kaunter tiket dah bukak. Just tak tau orang sikit punya ramai. Last2 aku bawak Irfan lepak2 bilik dulu. Lepas tu dapat la tiket pukul 1030 pagi. Awal lagi semua dah licin orang beli.

Dekat jeti orang adalah macam ulat. Rasa macam pelarian pun ada kat situ...huhu. Serius ramai giler. Last sekali pegi 2 tahun lepas pun tak ramai macam ni.


Dekat dalam feri memang tak sampai beberapa minit pun Irfan duduk diam.




Selain dari tu memang dia sibuk jerit2 lompat2 tak nak duduk T_T


Kitorang amik gambar berdua je la sebab Irfan memang tak minat nak join. Tengah seronok main2 dengan orang seat depan ngan belakang yang rajin nak melayan dia. Dah separuh jalan gitu bagi dia tengok kartun kat YouTube tau2 dah tertido =)


Dalam sejam dah sampai jeti Kuah. Tunggu adik, SIL n parent jemput sebab dorang dah sewa kereta hari sebelumnya. Orang dah jalan merata tapi kitorang baru sampai.


Naik Avanza. Lagi satu pun sewa MPV jugak. 2 family kakak. Tak ingat sudah kereta apa. Tapi Avanza ni pun memang ngam2 je la kitorang 6 orang duduk dalam tu termasuk Irfan. 1 hari RM 150. Tong2 je dengan adik.


Lepas amik je kitorang next mission adalah cari tempat makan. On the way tu lalu kat tempat minyak gamat ni. Asal datang je mesti singgah buat cukup syarat. Setakat beli sebotol ubat batuk ngan balm je pon...hahaha...


Tapi kat sini terlebih rajin amik gambar. Tepek je laaa....




Next pegi Beras Terbakar. Dah berzaman tak pegi. Last pegi masa kecik2 zaman sekolah rendah dulu kot. Dah SIL nak beli kain batik kat sini sambil2 tu tengok je la apa yang ada kan.


Beras terbakar dalam pinggan. Rasanya dulu tak ada pun.


Kalau tak ingat sejarah beras terbakar boleh la baca dekat situ. Kalau nampak la kan. Dorang bakar beras tu sebab tak nak orang Siam rampas.


Ada la nampak sikit2 kesan hitam dekat tanah tu. Kesan beras terbakar tu.


Letak Irfan dekat situ paksa dia amik gambar.Belakang tu rumah Ku Halim Ku Hassan. Beras tu kena bakar dekat halaman rumah dia la. Sekarang kaum kerabat dia la yang duduk. Cantik je rumahnya.


Tapi Irfan tetak tak heran nak bergambar. Sibuk nak main pasir. Maklum la dekat rumah tak pernah jumpa pasir :P


Pemandangan depan rumah tu. Lupa nak amik gambar. So kidnap la gambar ayah ni ;) Lepas amik2 gambar cam biasa harus la cari fridge magnet Langkawi. Dekat sini jugak Irfan dapat tanda. Dia pegi kejar kucing entah macam mana tersembam ke tanah. Habis la bibir ngan hidung luka. Nak kejar kucing Langkawi punya pasal T_T


Next kitorang pegi hotel nak check in. Motel actually. Amara Motel. Dekat sini ada drama sikit. Patut semua tido dekat sini malam sebelum tu. Entah macam mana even dah booking pun orang tu cakap bilik dah full. Padahal dah confirmkan before bertolak dari rumah. Then esoknya dia cakap boleh datang sebab dia dah reserve 4 bilik.

Sekali bila datang dia cakap ada 2 bilik je. Mengamuk la kakak aku sebab dia yang buat booking semua. Lepas tu dok argue la dengan orang kaunter tu. Ha nasib la korang. Akak aku tu dah la dua2 lawyer. Nasib tak saman je...huhu...Last2 dapat la 3 bilik je. Aku ngan adik aku kena la mengalah cari hotel lain.


Bajet2 lepas check in nak pegi Idaman Suri. Tapi dek lama benor drama dekat Amara tu terus jadi tak sempat. Next kitorang redah cari hotel lain. Yang 1st dah full. Nasib baik la yang 2nd tu ada bilik. Tapi mahal sikit la. Kalau motel RM 80 je. So kitorang stay la dekat de Baron Resort ni.


Terpaksa sambung next entry sebab dah terlebih panjang. Tu pun baru stay 1 malam je dekat Langkawi. Cuba 2 or 3 malam. Mau nya sebulan pun tak habis update sebab nak update 1 entry kemain bercinta :P

No comments: