18/11/2012 - Sun
Setelah sekian lama ku peram entry ni baru ni la nak publish. Banyak nau gambar. Aku pulak kalau nak update memang jenis nak update in details. Tak reti nak letak sepatah2 :P Well, kenduri ni dah berlalu sebulan yang lepas. Dah selamat dah pun. Pepagi tu dalam pukul 10 pagi semua dah siap2 ke dewan. Kitorang bertiga lambat sikit sebab tunggu mak cik dari Penang.
The boyz...Kali ni meriah lain macam sikit sebab semua pakai baju sama. Tak pernah2 kenduri family aku buat baju sepesen je semua. Biasa masing2 cari baju sendiri. Even sama warna pun tone pun memang caca marba...huhu...
Lauk2 semua dorang masak kat situ jugak.
Semua sedappp. Time kenduri aku tak tau la sedap ke tak dulu. Setakat makan beberapa suap je. Lepas tu lauk2 lebih semua orang caterer tapau bawak balik. Ada ke patottt???
Apa2 pun kita makan dulu sebab lepas tu memang dah tak ada masa nak duduk2 dah. Time ni Irfan tido dalam stroller. Tapi memang tak lama sebab bila orang dah bising2 bangun la dia. Terus tak tido sampai petang. Bila tak cukup tido macam biasa keluar la perangai luar biasa dia :P
Nur Safwah Maisarah, Dah macam pengantin aku tengok. Memula pegang ok je. Sekali time nak snap tu la dia menjerit. Ok fione baby Safwah tak suka ai T_T
Meja makan beradab...
Pelamin yang simple but sweet =)
Mak n kakak pengantin...hehe...Mak malu2 je nak amik gambar. Hari tu aku jadi PA mak. Tolong sambut sambil salam n senyum2 kat orang yang datang. Bagi door gift. Dan paling penting kaut sampul2 duit dari mak bila dah penuh poket...huhu...
Dengan kakak ipar. Family aku ni semua jenis malu2 je nak amik gambar. So aku pun secara automatiknya pun kena la jadi malu2 jugak...hehe...Even dok terpacak dekat pintu pun penat jugak sebab berdiri kat situ dengan mak straight dari pagi sampai ke petang. Orang lain ada la shift2 jugak. Lepas tu bila orang tetiba nak keluar secara berjemaah kelam kelibut jugak la nak bagi door gift. Takut ada yang termiss pulak.
Antara tetamu yang datang...
Letak gambar yang ada background muka aku je la kan...hahaha...Tak bergambar sangat pun hari tu. So ada gambar jadi background pun jadik la...hahaha...
Pengantin n rombongan sudah sampai...
Sangat sweet color baju pengantin. Baru perasan color peach sangat sweet....hehehe...Lepas tu mula la nak berangan2 nak buat kenduri lagi sekali lepas tu buat tema peach jugak...lalala...
Rombongan masuk dulu tapi pengantin kena jalan jauh sikit sampai ke belakang dewan.
Baru la ada feel jalan jauh2. Kang kalau masuk ikut pintu depan belum habis kompang, pengantin dah sampai pelamin kan.
Pasukan kompang. Macam dah jadi tradisi family kitorang mesti nak ada kompang2 ni. Kompang yang real. Baru la terasa kemeriahannya =)
Pengantin ikut pintu belakang. Bikin saspens orang dalam dewan je sebab tunggu2 tengok2 rombongan je yang masuk tapi pengantin hilang...hahaha...
Baju pengantin perempuan yang sangat cantekkk...Saya suka!Saya sukaaaaa! Baju aku dulu boleh pulak mak andam tu tak sempat nak siapkan. So macam cacat sikit. Ada ke patotttt???
Flower girls versi muslimah. Ayu je. Actually hari tu buat rehearsal ngan bebudak ni je. Biasala budak2 kan. Susah nak dijangka. So expect the unexpected ;)
Boys beratur je tepi red carpet. Plan asal suruh dorang selawat. Sekali ustaz yang conduct selawat tu pakai microphone memang tak dengar apa dah...huhu...So jadi bodyguard je la dorang kat situ.
Pengantin dok dekat pelamin setakat amik gambar je. Tak bersanding pun. Maybe sesetengah orang fikir asal ada pelamin je dipanggil bersanding. So tak nak buat pelamin. Macam buat pelamin tu kira berdosa. Kesian tau pengantin kalau time dia kawen lepas tu tak ada pelamin pulak tu T_T Tapi bagi yang memang pengantin sendiri yang tak nak tu lain cerita la kan...huhu...
Parents pengantin perempuan....
Parents pengantin lelaki...
Parents pasangan pengantin...
Gambar muka aku nyelit lagi...hehehe...Dah nak update blog baru reti nak cari gambar. Kalau tak lansung tak peduli nak suruh sape2 amikkan gambar. Mata nak kena fokus tengok orang keluar masuk =)
Habis Part I. Kena buat 2 entry sebab banyak sangat gambar. Gambar banyak bebel pun kena la banyak jugak seiring dengan gambar...hohoho...To be continued =)
No comments:
Post a Comment