nuffnang

Wednesday, December 26, 2012

22 Months

22/12/2012- Sat

Hari Sabtu hari tu Irfan dah genap 1 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan ye dah nak 2 tahun. Makin besar makin banyak cakap Irfan ni. Bersungguh2 cerita kadang2 tu. Ada yang boleh paham ada yang kitorang buat2 paham je...hehe...Paling riuh time baca buku. Macam2 nak cerita. 

Suka sangat cekak pinggang tau budak kecik ni. Tak tau la mana dia belajar buat macam tu. Sedar2 memang elok je dia parking tangan kat situ. Macam bos pun ada jugak bila dah buat macam tu. Bos kecikkk!


Papa Irfan siap belikan pencil color. Semangat betul dia conteng2. Sekarang Irfan dah beralih arah minat Upin Ipin pulak. Kalau tak apa2 pun Boboiboy je. Sekarang sikit2 nak suruh pasang Upin Ipin kat handphone tu. Kalau lambat loading ke apa siap lah. Confirm dia jerit. Nak pasang Boboiboy pun dia dah tak nak...huhu...Kalau dekat PC memang dia akan request nak tengok Madagascar. Entah berapa kali ulang pun tak tau. Kadang2 dengan kitorang sekali terjoin :P

Irfan memang suka baca buku. Tapi haruslah berteman. Tak kesah la sesiapa pun asalkan ada orang dengan dia. Sekarang dah susah nak nampak dia berjalan. Sebab most of the time dia nak berlari aje :P Lagi satu entah macam mana Irfan dah jadi peminat tegar Takoyaki. Kalau beli tu memang kena berebut la makan anak beranak...hehe...Pandai pulak tu mintak. Nak 'tu aki' (takoyaki version Irfan) ;)


Birthday party? Hurmmm...Rasanya buat macam hari tu jugak kot. Buat makan2 dengan family je. Lagipun kitorang tak duduk rumah sendiri. Macam segan pulak nak buat birthday party beria2 kat rumah mak T_T


Di hari yang sama petang tu lepas tidokan Irfan aku dapat berita yang kawan kitorang time study dekat UiTM dulu dah meninggal dunia akibat jangkitan paru2. Macam2 perasaan ada bila tau tu. Rasa tak percaya, sedih, berdebar, terkejut. Tapi semua tu dah ketentuan dari Nya. Allah lebih menyayangi arwah. Arwah memang seorang yang ceria, peramah. Sangat happy-go-lucky. Arwah terlantar di wad dalam seminggu sebelum masuk ICU sebab tak sedarkan diri. Esoknya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apa2 pun kita yang hidup ni tetap kena teruskan hidup tak kira apa pun cabaran dan dugaannya. Satu hari nanti kita pun akan tetap pulang kepada Nya. Cuma tak tau bila dan di mana. Al-Fatihah untuk arwah Azim. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah....

2 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Yeahhhh!!! Irfan dah besauuuu...

cuna husna said...

Shu: Kannn? Alhamdulillah. dh bsr tp bdn kecik je. saqlain lg mantap kot ;)