Hari ni date cantik lagi 20-12-2012. Tapi macam biasa bukan nak update pasal hari ni :P Sambungan dari previous entry. Lepas pengantin dah settle bergambar dengan family pengantin perempuan terus makan beradab.
Lepas tu potong2 kek. Alahaiiii romantiknyaaa...Best betul tengok orang kawen ni. Asik la dok berangan nak repeat lagi sekali saat indah 2 tahun lepas ;)
Abang Ngah n family...
Kak Jah n family...
Abang Din n family...
Kak Ji n family. Husband dia warded sehari sebelum kenduri ni. So berkurang la sorang ahli keluarga. Alhamdulillah sekarang dia dah sihat.
Abang Ju n family...
My small family =) Lepas tu kitorang stay je kat pelamin sebab nak amik gambar ramai2 pulak. Part ni memang challenging sket...hohoho...
Memang lama betul nak susun semua orang. Nak susun budak2 pun agak bercinta. Mak n ayah suruh panggil dorang bila semua dah ready je. Kalau tak tak ada orang nak standby kat pintu dewan.
Hamikkk...Semua in peach. Nasib laaa sama dengan pengantin. Aku ikut je majoriti. Hulur je duit. Tu yang raya haji hari tu recycle je baju lama. Dah berabis duit buat baju untuk kenduri ni. So raya haji tahun depan nampak gayanya recycle baju ni pulak la ye ;)
One big family in one big family event. Sangat rindu moment ni. Dah la ni kenduri kawen yang last. Nak kumpul ramai2 lagi entah bila. Kalau jumpa pun kadang2 tak berapa nak complete.
Budak2 memang penat bermain je dari pagi sampai ke petang. Seronok la jumpa geng. Dah macam team bola sepak dah...huhu...
Irfan lagi seronok berlari ke sana ke sini. Sampai kasut pun dah tak nak pakai. Kalau nak dukung tu bukan main lagi meleding nak turun. Mama dia pun lansung dah tak laku T_T
Ini budak kemain lagi sedap tido. Dah la macam pengantin dah. Gaun punya la meriah. Siap ada bunga besar lagi seketul atas kepala. So cute! Gerammm!
Saya sudah bangun. Sangat behave tau Safwah ni. Diam je. Tak ada la nak mengamuk2 sangat. Agak2nya kalau aku ada baby girl akan behave macam ni tak? ;)
Satu2nya member yang datang, Nurul. Nak ajak member ramai2 kang macam kenduri aku pulak kan. Kebetulan Nurul jadi pengapit aku time kawen dulu. Adik aku pulak jadi pengapit Papa Irfan. So tumpang la sekali jemput ex pengapit merangkap BFF...hehehe...
Tak ada beza sangat pun gambar atas dengan bawah. Tapi saje gatal nak tepek banyak2. Time Nurul datang baru la aku menghilang terus dari pintu dewan tu. Kesian Nurul makan sorang2 je. Lepas tu tak tau la sape yang take over jaga pintu tu...huhu...Dah petang orang pun dah tak ramai.
Time ni Irfan menggelupur nak turun. Memang tak suka betul nak dukung2. Dia nak pegi main tuang2 air dalam cawan kat meja buffet. Kalau dilarang dia pasang siren...huhu....Papa dia dok sibuk agih2kan kek pengantin di saat2 bantuan diperlukan T_T
Pengantin baru....Best kan jadi pengantin baru. Dulu masa dekat2 nak kawen ofismate tak habis2 suruh menikmati saat2 indah jadi pengantin baru. Aku pun confuse macam mana nak nikmati tu? Lepas dah habis kenduri tu baru paham...huhu...Lepas tu tiap kali attend wedding orang selalu berangan nak buat kenduri kawen lagi sekali :P
Bergambar dengan pengantin. Kelihatan begitu kerdil kitorang kat belakang tu...huhuhu...
Dah selamat dah adik aku ni jadi suami orang. Maka dah tak ada yang single mingle dah dalam family aku. Pengantin baru pun akan menempuh PJJ sebab sorang dekat Nilai sorang lagi dekat Kelantan. Jumpa weekend je. Tu pun tak berapa nak sempurna weekendnya sebab Kelantan kan cuti Jumaat n Ahad dah kerja. So Jumaat malam tu adik aku baru sampai KL esoknya dah nak kena hantar wife dia balik.
Bergambar dengan Nurul before balik. Tu pun dah masuk kereta dah babai pun tak habis borak lagi. Maklum la dah lama tak jumpa. Makin berseri2 Nurul sekarang =)
Kitorang teruskan buat kerja dekat dewan. Yang guys tolong angkut2 barang sebab kena clearkan dewan cepat. Kalau tak kena caj lebih kang...huhu...Memang sedap la sumbat barang dalam MPV. Kalau setakat kereta kitorang masuk bekas nasi ngan kek pengantin pun dah penuh kereta...hehe...Bonet dah ada stroller n seat belakang dah ada car seat Irfan :P Yang pompuan bungkuskan lauk2 yang lebih nak agih2kan kepada yang memerlukan. Banyak sangat lebih. Even dah agih2 kat orang lain pun untuk family kitorang still banyak lagi.
Dah sampai rumah angkut2 lagi. Door gift banyak lebih. So unpack la balik. Mana yang boleh dimakan kita makan...wehuuu...Yang boleh disimpan, simpan elok2 nanti boleh pakai time cukur jambul baby pengantin ;) Cam kitorang dulu pun ada lebih buat recycle time cukur jambul Irfan =)
Itu la kisahnya kenduri hari tu. Alhamdulillah dari awal proses merisik, bertunang, nikah n kenduri semua berjalan lancar. Tak macam time aku nak kawen dulu. Ada drama pulak kat tengah2. Even drama pun tak ada macam tu kot....huhu...Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang kelak merana jiwa T_T
Hari ni aku cuti. Kononnya plan nak cuti sesama ngan Papa Irfan. Sekali last minute dia tak boleh cuti pulak. Mati kutu aku weekend hari tu terperap kat rumah berdua je dengan Irfan. Papa dia ada training pulak. Weekend ni pun sama. Dah la orang tengah sale sana sini hujung2 tahun ni. Time ni jugak la aku kena bertapa dekat rumah. So even hari ni cuti pun tetap sama. Waaaa...kena bertahan sampai minggu depan. Dah lama tak tawaf shopping complex sampai lebam ni T_T
No comments:
Post a Comment