nuffnang

Wednesday, December 12, 2012

Big Bad Wolf Books Sale 2012

07/12/2012 - Fri

Hari ni date cantik 12.12.12. Nak tak nak gigih jugak update blog...hehe...Tapi bukan nak update pasal hari ni. Tapi pasal Jumaat lepas. Akhirnya berjaya pegi BigBadWolf sale dekat Mines Convention Centre (MIECC) on the 1st day. Jauh jugak la nak ke sana. Nasib baik memang bukak the whole day. So pukul 10 malam lepas kerja baru gerak ke sana. Sampai dalam pukul 11. Even dah malam pun still jem nak masuk ke area The Mines tu. 


Kereta apa tah ada kat lobby tu. Nak refer kat Papa Irfan dia kat ofis pulak. Malam2 memang tak ada apa la kat situ. Maybe time siang meriah dengan character superheroes kat luar tu. Tak tau la macam mana pulak la keadaannya time siang. Mesti lagi ramai manusia. Irfan letak dalam carrier je. Kalau bawak stroller takut leceh nak selit2 celah orang ramai. Dah la stroller Irfan besar gabak...huhu...


Floor plan. Kitorang terus tuju area children je. Memang main mission nak cari buku Irfan. 


Sekali dah sampai children section memang rambang mata uols! Banyak sangat buku best. Berpinar bijik mata nak tengok satu2. So mana yang sempat campak je la dalam shopping bag. Korang kalau nak senang bawak je troli kecik tu. Ada orang siap bawak luggage terus senang. Tarik je. Kalau tak kena la angkut dalam kotak yang dorang provide kat situ.


Kitorang pilih laju2 je buku2 kat situ. Agak2 dah penuh shopping bag pepandai la cari pintu keluar...huhu....Memang tak sampai sejam dah pegi bayar. Kena pantas dan tuntas sebab tak lama lepas tu Irfan dah tak selesa dok dalam carrier. Dah bagi dia keluar semua buku dia nak soh amik letak dalam beg. Tak amik kang dia pasang siren....hohoho...


Kalau ikutkan memang tak nak balik je. Nak je tawaf belek2 buku2 lain lagi. Tapi apakan daya. Bawak anak kecik tak boleh nak bersantai2 sangat. Lagipun esoknya kitorang nak cuti2 Malaysia. Nak kena balik packing barang lagi. Kesian kat Papa Irfan jugak sebab penat balik kerja datang sini esoknya nak kena drive lagi T_T


Dan inilah hasil rembatan untuk Irfan. Untuk kitorang tak ada pun. Rasa nak repeat datang sini lagi cari buku kitorang pulak. Kalau ada pun tak banyak boleh dibeli. Macam la banyak masa sangat nak baca. Diri sendiri pun kadang2 rasa tak terurus. Setakat selak2 boleh la. Tapi kalau dapat beli buku resipi macam menarik kan. Kot la tetiba datang aura rajin nak try resipi canggih manggih...haha...


Mostly memang beli buku yang hard cover. Dah tau Irfan macam mana. So nak selamat beli buku cenggini. Tu pun lama2 memang akan ada yang cacat jugak. Ni hasil shopping laju2. Kalau lama lagi tak tau la macam mana kan :P Memang banyak buku best. Ada buku2 yang ada animal sounds, lights, songs etc. Pop up books pun ada tapi tak sempat pulak nak cari. 

Ada sesat jugak beli encyclopedia Papa Irfan. Total damage tak sampai RM 200 pun. Memang berbaloi2! Mostly discount up to 75% - 95%. Siapa nak bagi kan discount banyak tu kalau kat luar. Buku2 Irfan yang kitorang amik harga range RM5-RM10. Macam mana la tak geram...huhu...


Irfan, baca buku rajin2 ye. Kalau tak baca nanti mama ngan papa menangis sama2 baca buku Irfan T_T Tapi sejak ada buku2 baru ni Irfan kemain rajin ngadap buku2 dia. Siap cerita sorang2. Kadang2 tarik kitorang join sekali...hehehe...Cute betul tau =) So korang kalau tak pegi lagi boleh la singgah nanti. Boleh klik sini kalau nak tengok list buku2 yang ada kat sana. So nanti tak ada la rambang mata sangat bila dah sampai ;)

8 comments:

ibuhebat said...

waaah.. besnyer! nak pergi jugak! kena bawak beg besar2 ni :)

cuna said...

ibuhebat: iye memang best!mmg xkn nyesal punya lah. kalo blh bwk beg yg plg besar yg ada. troli pn bole ;)

citrus said...

wah.. banyaknya buku irfan.. bolehla sara pinjam... :)

cuna... boleh ke bawa beg dlm tu? kena check bila nk keluar nnt?

walau dekat je ngan rumah mak.. hari2 lalu situ.. tp xsampai2 situ lg.. huhu

Dnazz said...

iza dah pergi semalam. Nanti i upload. gambar ada kat apis lagi..huhu

cuna said...

citrus: boleh2. ala xpyh pnjm2. dtg sini terus je baca sama2. bole cerita dlm bhs msg2;)

blh je bwk beg. mmg ramai org bwk beg.even kat situ pun ada tulis soh bwk beg sendiri. xde kena cek pape pun. ko g la nnt. 1 nafas pn dh blh smpai tu. dkt sgt dh. aku ni iye la jauh.huhu

cuna said...

Dnazz: yeke? cpt2 upload. nk tgk hasil rembatan iza pulak ni. mesti byk borong. rasa nk pegi lg skali. tp mcm jauh je.lps tu ssh nk cari parkingT_T

fawwaznuha said...

hi cuna,
syoknya dpt pegi bbwb fair..
thun leps pegi pon yg dh stok tak best, xdpt buku2 masakan yg dicari, buku untuk damia pon yg biasa2 je..tottal damage rm100 dpt 33 buku..tp smpi thun ni x habis baca huu..maunya kalau ajak dtg lg bising encik somi hehe..tp geram ni nak buku2 best utk damia..dia pon suka baca buku n marah2 kalau time dia nk baca buku x dilayan huu

cuna said...

azy: kitorang termiss thn lps. kira ni edisi bls dendam jgk la...hehe...nape azy x ajak je encik somi pegi? ckp la nk cari buku damia. kali ni buku lain pulak ;)