nuffnang

Thursday, October 14, 2010

Sesi Pemanasan Rumah

09/10/2010 - Sat

Sabtu last week kitorang ada buat makan2 kat rumah. Emm bukan la open house raya kot since raya pun dah habis kan. Actually nak buat last week tapi masing2 sibuk nak pergi open house lain yang berderet2. So buat je house warming for family both side.


Lepas zohor family aku dah start datang. Selama ni dorang tak pernah jejak kaki pun kat rumah kitorang except my parent n adik yang datang tolong time pindah. So time ni la masa yang sesuai untuk meng'explore' rumah. Hehehe. Macam la rumah besar sangat kan :P


Aku masak apa? Kat umah tu aku goreng ayam goreng berempah je. Yang lain semua masak kat rumah mak. Kat rumah aku banyak lagi yang tak lengkap. Periuk besar2....bahan2 masak segala sangat la limited. Tu pun siap angkut a few things dari umah mak :)


Menunya pun tak banyak. Ada rendang daging, roti jala, kari ayam, acar timun, ayam goreng berempah, nasi tomato n agar-agar. Cukup la setakat untuk makan2 family. Siap berlebih lagi. Air pass je kat Myo buat. Bandung soda ngan sirap cocktail :)





See....kecik aje kan umah kitorang. Nanti kalau dapat umah besar sikit boleh la ajak ramai sikit datang. Tengok la kalau ada rezeki lebih next year ingat nak cari umah besar sikit. Lagipun sekarang kitorang berdua je. Plus apartment yang sekarang ni tak ada lif. Nak bawak perut yang makin memboyot ni pun dah tak larat.


Dekat pukul 5 lebih sume dah beransur balik. Masing2 ada invitation pergi tempat lain. Ada open house raya yang still tak habis2....family day pun ada. Belah malam pulak family Myo datang. Memang tak ajak sekali takut nanti sempit. So dah set belah siang n malam. Lepas family Myo balik, abang aku pulak datang sebab tak sempat datang siang. Lepas tu aku kemas2 ala kadar dannnnnn terus pengsannn. So itu la sesi 'pemanasan rumah' kitorang (^_^) Esoknya ada mission lain pulak.


Perut aku memang tak ok2 lagi sampai sekarang. Tapi kena la bertahan. Orang pun dah tak percaya kot kalau aku cakap sakit lagi since dah lama sangat. So aku pretend la yang aku ni sihat sejahtera. Bukan semua orang boleh paham. So aku kena la amik langkah berjaga2 sebelum ada orang yang berniat buruk n cuba amik kesempatan nak tuduh yang bukan2. Kat ofis pun maintain jek. Padahal nak jalan pergi toilet pun rasa nak guling2 je pergi :P

1 comment:

aNa d'sKoDenG said...

wahh..makan2 lagik??
hahh..aku pon td edisi memenuhkan perut gak lg..krming gak..rezeki...aan wat h'wa