nuffnang

Friday, October 8, 2010

Trip to Penang : Part 2

Baru reti nak sambung cerita balik kampung hari tu. Lepas dah habis beraya kitorang gerak ke Penang. Dah lama giler tak naik feri. Time2 cuti raya lagi la ramai orang nak naik feri makan angin ngan family. Bersabar habis la nak tunggu turn naik feri tu.



Dulu aku dah pernah stay 3 tahun kat Penang time sekolah rendah. So tak heran sangat nak naik feri. Lagi malas ada la coz feri sangat lembap. Prefer naik jambatan aje ulang alik balik kampung tiap2 minggu kat Butterworth. Sekarang dah lama tak balik mau tak jakun. Excited terlampau :D


Naik plak ramai2 ngan family. Syokkk....Aku sampai2 je dalam feri tak sempat2 nak turun kete. Nak tengok laut.


Tapi kureng best sebab kereta kitorang kat belah atas. Kalau belah bawah siap boleh rasa tempias2 air lagi. Sejuk je. Geng2 laki boleh la nak turun bawah jalan2. Kitorang yang pompuan ni lepak atas je. Tambah2 aku yang tengah preggy ni. Sume kalau boleh tak bagi aku turun ikut tangga yang sempit tu. Huhuhu...

Gambar versi gelap....


Versi terang :)


Layan je tengok laut yang membiru. Orang dok borak2 pun aku dah tak dengar dah time ni.



Memang dah lama nak tengok laut. Rasa angin sejuk tiup2 kat muka. Perggghh....sangat nyaman....


Ngan SIL n mak cik....Time dalam feri ni aku bukannya sihat sangat. Tak larat nak berdiri lama2. Konon cakap kaki dah lenguh nak dok dalam kereta. Rupa2nya dah sampai dah pun. Punya la syok sampai tak sedar yang aku dah lama berdiri terpacak tengok laut :P



Sampai2 follow pak cik n mak cik pergi cari kedai makan. Kitorang pergi Penang semata2 nak makan kat Restoran Kapitan ni. Dorang cakap memang kedai ni famous ngan nasi briyani nya.





Claypot Chicken Briyani. Sedapppp tapi aku tak larat nak habiskan semua. Lepas habis makan je laju2 balik hotel. Penat. Malam ada mission nak makan kat tempat lain pulak...


Malamnya jalan2 cari makan lagi kat Kepala Batas. Pak cik n mak cik jugak yang bawak. Memang ramai orang sanggup datang jauh2 semata2 nak makan kat sini. Contohnya member2 abang aku. Orang panggil nasi sila. Dulu masa baru2 bukak orang datang makan bersila je kat atas lantai. Sekarang dah tak macam tu.
Kitorang makan lauk hidang. Lauk kampung biasa2 je tapi sedapnya tak yah cakap la. Memang marvellous! Confirm nak datang lagi. Kitorang makan bawal goreng, rendang daging, sambal sotong. sambal udang n ayam goreng. Biasa je kan? Just nikmat makan tu susah nak describe :D Memang puas hati...


Breakfast 2nd day kat Swiss Inn. Aku makan nasi lemak ngan bihun goreng. Sedap la jugak...


Lepas breakfast naik bilik kemas2 barang nak check out....

Before balik sempat duduk kat lobby kejap. Saje testing2 sebab macam kerusi pengantin :P


Lepas check out tak balik KL terus....Mission still not accomplished ;) Balik tu singgah beraya kat rumah kawan ayah but aku tido dalam kereta je sebab rasa macam nak pitam. Dari buat muka sakit depan orang baik la aku dok dalam kerete je kan. Next destination....next entry la pulak ye.

No comments: