nuffnang

Friday, October 22, 2010

Wedding Aizat

16/10/2010 - Sat

Weekend hari tu macam yang aku dah bagitau ada wedding cousin Myo, Aizat. Dorang buat kat banquet hall Intekma Resort. So Jumaat malam tu pergi Intekma tengok2 apa yang boleh ditolong. Kitorang sampai pun dah agak lambat sebab ada hal. Tapi sempat la jugak tolong2 masukkan doorgift dalam paperbag. Balik rumah pun dah pagi buta...


Esoknya pagi2 before pukul 10 dah keluar rumah menghala ke umah mertuaku kat Shah Alam. Nak gerak sama2 pergi Intekma. Kat sana dah ada sedara mara lain yang datang jauh nak konvoi sekali. So lepas dah kumpul2 semua kitorang pun berkonvoi la 4 bijik kereta. Awal2 tu relax2 je tak buat pape. Jalan2 tengok hall...amik gambar....Ni aku ngan adik Myo yg paling kecik, Usop.

Awal2 aku kebosanan tak tau nak buat apa. Myo sibuk ke hulu hilir mengangkut kotak2 doorgift. Hall dia boleh tahan jugak tapi still tak dapat nak menampung semua guest.


Pelamin adalah sangat cantik. Dulu teringin jugak nak letak kerusi camni kat pelamin. Tapi pikir2 balik kang aku plak yang tenggelam dalam kerusi yang besar tu :P So berangan je la kan....


Kek 5 tingkat lagi u....Hari tu belah perempuan 3 tingkat je. Ni belah laki plak yang lagi grand. Aku tak sempat pulak nak belek2 kek tu dari dekat. Tapi dari jauh memang nampak awesome!


Pose kat pintu gerbang. Theme color hari tu ialah gold. Tu je la baju kurung aku yang kena dengan theme. Dah lama tak pakai baju kurung kot. Pergi kerja pun macam malas sangat nak berbaju kurung. Time kenduri je baru sibuk2 nak cari baju kurung dalam almari ;)


Since kat hall tak boleh muat ramai orang, ada khemah extra kat area bawah kat tepi swimming pool. Siap ada heart gitu atas air. Soooo cute!!


So before orang start datang kitorang isi perut dulu. Aku makan alas perut je. Kang makan lebih2 ada yang nak buat aksi2 muntah kat kenduri orang....hehehe


Ni tempat aku hari tu. Jadi receptionist....ahaks...tak ada maknanya...aku berdiri terpacak kat depan tu standby nak bagi doorgift. Time orang nak balik je aku lari kejar2 bagi doorgift. Tu tak kira keluar masuk dewan lagi plus turun swimming pool bagi doorgift jugak. Semangat tetiba. Hilang terus sakit perut segala. Just sakit pinggang je time tu. FIL siap cakap "Risau je aku tengok orang perut buncit buat keje"....kihkihkih...cam lawak plak bila orang cakap aku buncit. Bukan senang nk dapat gelaran tu :P


Dalam pukul 1 camtu pengantin pun sampai. Sempat la jugak snap pic. Lepas tu terkejar2 orang yang nak balik. Risau jugak ada yang termiss tak dapat doorgift. Tak ada orang suruh pun aku bagi doorgift tu. Aku je yang pepandai sendiri. Dari aku melangut tak tentu pasal...baik la buat something kan...


Aku suka baju pengantin kali ni. Bukan la hari tu tak suka tapi kurang menyerlah.


Pengantin makan beradab...apa jadi before tu aku pun tak tau coz dok sibuk kat luar dewan...


Sesi potong kek....Aku tengok pun rasa berbunga2 jek....time ni tengah makan betul2 kat depan kek tu. Refill balik perut yang dah kosong :P


Dah potong kek...sesi suap menyuap plak...baru teringat aku tak pernah lagi letak gambar potong2 kek time kawen hari tu kat sini....coming soon la kot...banyak plak rasanya nak update.


Then amik gambar ramai2 ngan family belah ayah Myo. Aku pun dah tak tau nak pandang mana.


Kat entrance tu ada guest book. Pastu ada gambar2 time dorang tunang kot. Ada 2 balang sweets tapi awal balang tu dah licin :D Aku pun tak sempat nak kebas pape.


Pengantin dah nak balik baru la kitorang dapat nak amik gambar. Masing2 bz. Myo pun jumpa kejap2 je time kenduri tu pastu hilang. Sibuk angkut2 barang. Yang musykilnya aku pun boleh terbz sekali....kekeke....but seriously memang penat giler time ni. Nak berdiri pun rasa tak larat dah.


The galz ngan pengantin.


Masuk2 dewan baru ingat nak amik gambar kat pelamin sambil posing2 kat kerusi besar. Sekali kerusi dah kena alih daaa....Tinggal framenya aje. Frame pun frame laaa....Ngan adik2 Myo. Baby tu pinjam anak orang kejap.


Bergambar berdua tu sangat la harus walaupun tinggal frame je :P Baju aku tu dah macam langsir kat belakang dah. Memang ikut theme color betulll lahh...ni namanya balas dendam sebab aku sorang2 sesat tak ikut theme color time kenduri belah perempuan hari tu....huhuhu


Dah petang2 tu....kemas2 sikit pastu dah melepet...Sempat borak2 ngan atok Myo....Dah la raya hari tu tak balik Johor. So time tu baru la dapat borak2. Ni la 1st time kitorang jumpa balik pas kenduri kawen aku bulan 6 hari tu.


Balik2 rumah je dah pukul 7. Dah balik baru la terasa kepenatan yang teramat sangat. Lembik satu badan. Time tu la perut start sakit balik. Actually cousin aku pun kawen hari yang sama jugak kat Raub, Pahang but tak dapat la nak kerat dua badan ni kan. So pergi je la yang kat Shah Alam. Lagipun tak nak jadi isteri durhaka T_T

2 comments:

..izza.. said...

wedding aku x nk dtg ke?heheh

cuna said...

wedding ko bukan dh lepas ke?