Tu pun orang balik Perak dari KL boleh sampai dalam 3 jam je. Kitorang 5 jam baru sampai....Gitu la bawak orang sakit....huhuhu....Sikit2 nak kena stop kat RNR. Kalau balik ramai2 habis semua sampai lambat disebabkan aku kot. Tu pun kalau orang nak tunggu :P
Lepas maghrib baru habis beraya. Terus gerak pergi Sg. Petani sebab akak dah book kan bilik kat situ. Dulu time tok n wan ada boleh la tumpang bermalam. Sekarang dah lain. So book je bilik. Sampai terus dinner dulu kat kedai mamak then check in kat Swiss Inn. Parent n family abang dah sampai dulu.
Bilik dia luas giler okay. Kalah bilik time kitorang stay time pergi honeymoon dulu....bilik ni lagi mahal kot but beza sikit je pun
1 malam RM160....Ni kalau book sendiri mau aku pikir banyak kali. Since akak yang book kan....aku ikutkan je la...Bayar sendiri2 la kan....
Dari tingkap bilik boleh nampak swimming pool kat bawah. Sian Myo kempunan tak dapat testing swimming pool tu coz schedule kitorang memang padat. Eccehhh cam artis la konon....Sebab kitorang jalan ngan family so gerak pun kena la sama2 kan...Tak boleh nak sesuka hati sangat
Esoknya breakfast kat hotel....Lansung lupa nak amik gambar. Tapi makan biasa2 je. Nampak je sedap. Aku makan nasi ngan mi goreng. Tu je yang nampak macam boleh mengenyangkan.
Sebelum kuar....pose2 gedix dulu kat entrance hotel :P
Mula2 beraya kat rumah mak cik dekat Kepala Batas. Lama sungguh tak balik kampung. Ada la 3 tahun dah. Kali ni dapat pulak balik sekali ngan Myo 1st time.
Sampai2 makcik n pakcik tak ada kat rumah. So lepak2 kat luar. Sambil2 lepak of coz la nak amik gambar kan.
Tak tau la ni cubaan nak amik gambar pelita ke amik gambar aku :D
Tengok2 mak cik n pak cik siap belikan roti canai yang paling sedap pernah aku makan setakat ni. Memang dulu tiap kali balik Penang mesti nak cari roti canai tu. Padahal roti canai cicah ngan sardin je pun...Tengok tu. Myo selalu je nampak camera. Aku sibuk makan :D
Anak2 sedaraku yang suka ber'peace2'. Macam mak cik dorang jugak ;)
Before sambung beraya rumah 2nd amik gambar ramai2 dulu. Nak tunggu kitorang datang Penang lagi entah bila.
Next....beraya kat umah Mak Ngah.....mak cik jugak...Dah lama tak lalu sawah bendang. Sian kan aku ni. Tiap2 tahun beraya kat Gombak je. So tak ada la suasana kampung tu.
Kitorang datang je dah penuh rumah. Aku nyelit2 je tu ha...
Borak2....makan2 biskut raya...salam2 terus balik. Mission beraya tak habis lagi ni...
Next sambung beraya kat umah tok sedara. Makan dan makan lagi. Perut ni memang selalu lapar saje. Lagi satu sikit2 nak cari toilet. Time preggy ni memang tak boleh simpan lama2 :P Padahal minum air tak banyak mana pun.
Next...raya umah tok sedara yang lain pulak. Kali ni tak makan dah. Masing2 dah full tank kot.
Last sekali kitorang ziarah kubur wan n tok. Sebak je rasa bila teringat kenangan dulu2 time balik kampung. Biasanya wan la paling excited bila kitorang balik. Beli macam2 seafood pastu masak sedap2. Bawak pegi tempat makan yang best2. Tapi tu semua dah jadi sejarah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...
So habis la mission beraya kitorang. Dapat terjah 4 buah rumah. Tu pun dah petang baru habis. Sekarang nak sambung mission jalan2. Disebabkan aku rasa macam dah panjang sangat entry ni...kena la sambung Part 2.
Semalam time baring2 tiba2 perut aku rasa berdenyut2. Adakah baby telah memulakan 'flying kick' nya? Hari ni dah masuk 17 minggu dah. Perut dah start membuncit. Tapi still boleh lagi dicover dengan baju2 besar :P
No comments:
Post a Comment