nuffnang

Friday, October 28, 2011

Ole-ole dari Bandung

09/10/2011 - Sun

Ni cerita yang sangat sangat sangat basi dan basi. Dah berapa kali plan nak habiskan update tapi tersangkut2. Tapi nak cerita jugak sebab dah start separuh jalan :P Ahad hari tu excited bangun pepagi sebab nak amik parent aku kat LCCT. Hari tu tersilap tulis. Bukan kat KLIA pun. Ni 1st time aku sampai LCCT ok. Giler ketinggalan zaman. Jakun pun ada...hahaha...


Last aku naik flight time pegi Singapore. 3 tahun lepas kot. Tu pun naik kat KLIA. Kalau jemput2 orang pun sume kat KLIA. So memang sampai ke sudah tak jumpa jugak LCCT. Cam biasa Irfan kalau letak dalam kereta je tak lama lepas tu terus lelap. Angkat je letak dalam stroller mata bulat.


Time kitorang sampai, akak aku lagi 2 orang n family dah sampai jugak. Adik aku tumpang kitorang je. Meriah ok nak sambut parent balik =) Irfan pun seronok je cousins dia rajin nak melayan.


Dah macam budak besar dah gaya dia ha...


Kami yang kecik...huhu...Duduk pun share 1 kerusi ngan akak aku. Tu la lebihnya orang kecik. Other than that kena mengata ngan orang je la kan...huhuh...Aku dapat la relax kejap dah Irfan behave je dalam stroller. Tak yah nak risau2.


My handsome boy....Mmmmmmuahhhh...saaaaaayangggg budak kecik ni sesangat =)


Ni cousin Irfan, Ammar merangkap teman sepermainan time siang2...Kat umah panggil dia abang Ammar. Punya la penyayang abang Ammar ni. Sikit2 datang sayang adik Irfan dia. Sangat sopan santun. Irfan memang tak ada nak sopan santun dah. Laju je tangan dia tepuk2 lepuk2 abang Ammar dia kekadang tu...huhuhu...Seronok tengok dorang. Walaupun tak sama baya since Ammar lahir last year. But still boleh geng ngan Irfan. Yang lain2 dah besar2.


Time mak n ayah sampai je terus sambut sebab kitorang sampai awal. Memang dah standby kat luar tu. Saje datang ramai2. Meriah sikit. Lagipun hari tu time nak pegi tak sempat nak hantar since dorang pegi time hari kerja. Time ni aku pun tak ingat dah nape sume kerumun kat situ. Entah bila orang amik gambar pun tak perasan.



Balik tu singgah makan briyani gam kat Kajang. Memasing lapar. Balik tu plan ngan adik n akak aku nak pegi Big Bad Wolf book sale tu. Memang dah dekat sangat dah tempatnya. Time tu baru 2nd day start sale nyer. Tapi lepas makan tu tetiba rasa malas. Ngan tengah panas teriknya lagi. Kesian nak angkut Irfan time panas2 gitu. Takut orang crowded sangat. Lagipun nak tumpangkan mak kat kereta kitorang. Muat je kereta akak lagi sorang but nak kasi mak selesa sikit la kan. So kitorang balik je la terus. Adik n akak aku lagi sorang je yang meneruskan misi. Aku kirim je la kat akak aku tolong belikan buku pape yang sesuai untuk Irfan.


On the way balik tu singgah Tutti Frutti kat Ulu Klang sebab ada orang teringin nak makan yogurt. Bukan aku tau. Aku follow je ;) Tapi tengah panas2 tu memang sedap pekena yogurt. Lagipun tepi jalan je. Singgah je la kejap.


Ni 1st time pegi Tutti Frutti Ulu Klang. Gaya cam baru bukak jugak. Ehhh tapi ni dah lama tau pegi. Before yang kat Setapak tu lagi. Nampak cam tiap2 minggu je aku pegi sebab dah berzaman baru nak update T_T


Ni ole-ole dari Bandung. Tak ada la ole-ole sangat kot sebab ada yang aku kirim kat mak tolong belikan. Tu pun ada yang mak tak dapat cari. Aku pun memang tak ada la nak expect mak belikan sume yang mende yang aku kirim. Mana2 yang sempat je. Risau jugak kalau susahkan dorang.

So untuk aku mak belikan kain baju kurung siap ngan selendang sekali...huhu...Entah bila aku nak berselendang bagai pun aku tak tau la kan. Ada pesan kain baju kebaya jugak tapi mak tak reti nak pilih. Jeans pun pesan tapi cam tak sesuai pulak.

Myo dapat sehelai jeans Burberry ngan baju batik. Baju batik tu memang parent beli banyak2 bagi sorang satu. Tu pun entah bila nak pakai pun tak tau jugak...hehe...Untuk Myo pun aku ada pesan branded t-shirt but mak tak reti nak cari. Lagipun mak cam gerun tengok duit sana. Kan ribu riban. Sebenarnya kalau convert tak la mahal mana. Tapi bunyinya tu yang gerun...Lagipun memang leceh nak convert2 kalau tak biasa...huhuh...sian mak aku...


Irfan dapat 2 helai kemeja yang tak tau brand apa ngan t-shirt ngan seluar Bandung. Memula aku pesan baju branded. Kat sana kan banyak yang murah2. Tapi mak memang tak biasa shopping mende2 gitu. Anaknya ni je yang kaki shopping :P Tak kesah la mak. Tak beli pun tak apa. Lain kali kalau murah rezeki sampai la kitorang kat sana =) Ohhh...yang kecik tu keychain Bandung dapat sorang satu ;)


Ni pulak buku untuk Irfan yang akak aku belikan kat Big Bad Wolf. Jadi la dapat 2 ketul pun. Kalau kitorang pegi sendiri memang berjangkit2 jugak la nanti. Adik aku beli pun sampai 3 or 4 plastik jugak la. Macam dah nak bukak kedai aku tengok....huhu...


Fuhhh...penat nak abiskan entry ni. Panjang berjela ok. Ni pun update sikit2. Lega dapat habiskan entry basi ni. Esok dah weekend! Yahhhuuu....cuti lagi! Enjoy ur weekends =)

Tuesday, October 25, 2011

The Body Shop is On Sale!

22/10/2011 - Sat

Sabtu petang hari tu nyempat lagi kitorang keluar kejap pegi JJ Wangsa Maju. Kebetulan pulak hari tu besday Irfan 8 bulan...hehe...Tapi tak boleh merayap lama2 sebab kena tolong buat keje2 kat rumah since Ahad tu ada kenduri. Pegi JJ pun sebab kat situ ada Body Shop. Time to restock shower gel! Time pegi tu pun baru 1st day sale. Tu pun body scrub tinggal 2 aje. Hampa! Balik tu singgah pulak KL Festival City kat Setapak yang baru bukak 20hb Oct hari tu. Saje melawat tengok ada apa yang menarik alang2 dah dekat tu. Balas dendam sebab tak dapat pegi 1st day opening hari tu sebab Myo balik keje tengah malam buta...huhu...


Ingat nak cari wallet kat Parkson tapi hampa lagi sebab tak ada less pun. Tak best beli barang tak ada less ni. Tak ada kepuasan shopping lansung...hehe...


So kitorang jalan2 cuci mata je la. Depan kedai2 sume penuh bunga-bungaan sebab sume pun baru bukak kan. So masing2 rasmi kedai baru la. Berbunga2 je hati tengok sepanjang jalan penuh bunga :D


Hehehe...Budak kecik ni nak kena pegang kepala dia suruh tengok kamera. Sibuk toleh kiri kanan. Tengah seronok tengok tempat baru ;)


Masuk je kereta terus terlelap. Alang2 on the way balik tu kitorang lalu Tutti Frutti terus singgah. Pantang nampak Tutti Frutti ok :P KL Festival City tu pun sebelah tu je. Ni 2nd time singgah Tutti Frutti Setapak. 1st time masa tapau makanan kat Mali's Corner a few weeks ago kot.


Time Irfan tido boleh la kitorang menikmati yogurt kejap. Tu pun dalam kereta je la. Kalau angkut dia sekali confirm terjaga.


Penat korang tengok agaknya kan kitorang ni asik nak ber Tutti Frutti je. Hari Sabtu pulak tu. Patut pegi la Selasa kan baru dapat less Ladies Day tu. Tapi ntah la. Asal Selasa je tak rasa nak pegi Tutti Frutti. Asal nak pegi Tutti Frutti je mesti bukan hari Selasa...huhu...

Sebenarnya seronok makan sebab kitorang berdua sama2 giler Tutti Frutti. So cam enjoy sikit bila share the same interest ni. Bukan senang. Biasa taste aku ngan Myo lain2 je. Aku suka tengok drama, Myo suka tengok kartun. Aku suka baca blog, Myo suka baca komik. Aku suka shopping mekap, Myo suka shopping Gundam. Lain kan? So bila ada yang tersama tu excited dia terlebih sikit....hehehe...Tak kesah la keluar duit lebih sikit kekadang tu. Actually ada la jugak lagi yang kitorang share the same interest. Tapi sejak 2 menjak ni tu la yang paling obvious :P


Ni pulak hasil rembatan kat Body Shop. 1 shower gel, 1 foaming bath, 1 body scrub ngan 1 lip butter. 1st time beli lip butter TBS. Tu pun sebab ada 70% less. Saje la nak try. Selain mende2 ni banyak lagi mende yang less termasuk perfume ngan body butter. Tapi tak minat sangat. Yang lain2 banyak lagi yang on sale. Kalau setakat less 10% - 30% tu memang aku tak amik la. Just geram ngan body scrub je. Rasa nanti2 nak beli jugak la yang 20% less punya since yang 50 or 70% less cam dah tak nampak bayang T_T

Ni aku tepek harga kat bawah untuk future reference sendiri plus untuk orang2 yang ada same interest dengan diri ini ;)

Lip Butter Wild Cherry 70% - RM7.80 from RM26
Shower Gel Mango 50% - RM17.50 from RM35
Bath Bubbles Moringa 50% - RM19 from RM38
Body Scrub Cranberry 70% - RM20.97 from 69.90

Tu yang aku beli la kan. Yang aku tak beli memang tak sempat nak belek satu2 harga dia. Memang ekspres shopping je hari tu. Sale ni start 22 haribulan hari tu sampai 30 Oct ni.


Yahhhuuu...Esok cuti! Tak ada plan pape lagi. Tapi cam bosan je terperap kat rumah kan. Tak puas lagi jalan2 weekend hari tu. Selamat bercuti!

Sunday, October 23, 2011

Happy 8th Months Old Irfan!

22/10/2011 - Sat

Happy 8th months old birthday Irfan Naufal! Irfan dah genap 8 bulan semalam, 22 Oct 2011. Sempat capture ticker je tapi tak sempat nak update. Malas nak ngadap laptop di hujung minggu.



Semalam sempat bawak budak kecik ni jalan2 walaupun sekejap. Tak boleh menular lama2 coz Ahad nya ada kenduri. Hari ni la tu. Alhamdulillah dah selesai dah pun. Nanti2 la update kot.


Dah besar dah anak teruna ku ni....huhu...Seronok tengok dia membesar. To Irfan, mama saaaaayanggggg Irfan sangat2....Semoga Irfan akan jadi seorang anak yang soleh, taat pada mama&papa dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Thursday, October 20, 2011

3 In 1 Celebration

08/10/2011 - Sun

Sambung previous entry. Malas letak selonggok satu entry. Kang korang jugak yang malas nak baca kan...hahaha....Hari yang sama ngan pegi makan kat ice room tu malamnya kitorang pegi rumah Tok Dah, tok Myo kat Damansara. Ada buat makan2 sikit sempena besday Tok Dah, konvo MIL n anniversary PIL. Kitorang bawak kek aje since dorang plan nak bawak nasi ayam. Dorang yang plan2 bagai. Kitorang follow aje. Kalau mintak aku masak, aku masak. Tak request aku pun relax je la :P Beli kek pun kat kedai kek dekat2 ngan umah. Senang.


Combine celebration. Birthday Tok Dah, MIL abis master ngan anniversary PIL.


Irfan ngan atok dia. Kesian Irfan orang makan kek dia dapat tengok je...huhuhu...Tapi lagi kesian kalau kasi dia makan jugak. Still too early kot nak kasi dia makan mende2 gitu. Balik tu kasi bubur nasi je. Sedap je dia makan ;)


Amik gambar ramai2 before makan. Sila abaikan aku yang sememeh tu...huhu...Tu je la ceritanya. Gambar banyak tapi tak boleh nak tepek banyak2. Cerita pun tak dapat la details sangat. Kang ada je stalker tetiba nak cucuk jarum. Mula la nak tambah tokok cerita kan. I hate stalkers! Masih teringat2 apa yang orang2 tu dah buat kat aku. Memang tak kan lupa lah! Huhuhu....sori tetiba i teremo pulaks :P


So stop sampai sini dulu. Lately macam dah tak ada perasaan nak kerja. Nak benti dok umah je tak boleh. Nak cari kerja pulak malas nak pegi mengadap orang nak interview. Habis camne? Bertahan je la kot walaupun jiwa ni dah kacau bilau T_T

Wednesday, October 19, 2011

Ice Room @ Prima Gombak

08/10/2011 - Sat

Esoknya makan luar lagi. Rasa cam tak enjoy weekend kalau terperap kat rumah je. Lagi pun rasa cam lapang sikit fikiran sebab tak kerja weekend. Kitorang pegi Ice Room kat Prima Gombak. Dah lama teringin nak singgah tapi tak singgah2. Singgah tu pun sebab dah pernah try Ice Room kat Kota Damansara a few days before. Makan nasi goreng kampung. Tumpang rasa mango snow ice Kak Jo. Memang tak menghampakan lah. Tu la laju je ajak Myo try yang kat Gombak punya.


Myo order Assam Fish with rice. Time kat Damansara order ni siap dapat free sirap selasih lagi. Tapi tu weekdays la. Standard la kot kedai buat lunch promo time weekdays. Asam pedas tu siap letak dalam buluh lagi k. Bukan main lagi presentation nya. Rasa dia? Boleh laaa....not bad.


Aku order mi ni. Tak berapa nak ingat nama dia. Sze Schuan Spicy Noodle? Gitu kot nama dia lebih kurang...huhuhu...Sedap la jugak kalau makan ngan sambal dia. Tapi kena tapis kicapnya sebab masin gilos T_T


Dan yang paling penting harus la try ice cream dia kan. Kata makan kat Ice Room. Kitorang order perisa blue berry. Tak best sebab dia letak raisins. Terus out kat situ. Aku tak suka raisins kalau dah campur ngan mende lain. Lagipun tak best sangat compared tu yang kat Kota Damansara punya sebab portion dia sikit. Tak puas makan.


Again kitorang dating bertiga. Letak Irfan dendiam dalam stroller. Malas nak snap pic. Habis makan terus balik. Keluar makan je. Ni 2nd time aku pegi Ice Room. Tapi time update entry ni dah 4 kali pegi...hahaha...2 kali kat Damansara, 2 kali kat Gombak. Ohhh...makanan kat situ agak mahal jugak. Sepinggan range RM 8 - RM 10 gitu. Pada aku mahal la tu. Kalau pegi selalu sangat mau kopak wallet ku T_T

Tuesday, October 18, 2011

Dating Ngan Buah Hati

07/10/2011 - Fri

Last 2 weeks Khamis sampai Jumaat kami jadi penjaga rumah lagi sebab mak n ayah pegi Bandung. Actually adik aku yang nak belanja. Dia pun nak makan angin sekali. Tapi last2 dia tak boleh amik cuti. Baru start kerja as PTD. So serba serbi la baru. Baru nak sesuaikan diri ngan angin baru. Nak tak nak burn je la satu tiket. So mak n ayah pegi dating berdua je la.

Tiket tu dari last year lagi adik aku dah book. Siap ajak aku n Myo pegi time tu. Irfan dalam perut lagi. Time tu pikir cam susah je nak bawak Irfan yang kecik. Tak dapat bayangkan pun camne nak handle. So aku pasrah je la tak join book. Sekarang rasa nyesal jugak tak book. Sebab rasa cam ok je nak bawak Irfan jalan jauh. Maybe next time la kot.

Jumaat malam tu tekak entah nape ngada nak makan luar. Tambah2 bila ada orang cakap nak belanja Ayamas. Tak ingat dah kenapa dapat belanja tu. Last2 singgah Giant makan kat Chicken Rice Shop. Order 1 set plus nasi tambah je. Cam biasa makan gilir2. Sorang kena layan Irfan ketuk2 meja :P


Balik tu boleh pulak pampers Irfan bocor. Kelam kabut pegi toilet tukar pampers pulak. Terus bawak balik pakai pampers ngan baju sebab dalam handbag ada rompers je. Leceh nak tukar2 kalau tak ada tempat yang proper. Tak jumpa pulak changing room kat Giant tu. Balik tu kalau tak silap kat rumah aku makan lagi...hahaha...Selalu sangat lapar sekarang ni. Tengah2 malam pun kekadang tu dok dapur lagi makan nasi :P

Monday, October 17, 2011

Wedding Fad

01/10/2011- Sat

3 minggu lepas kami bertiga pegi kenduri member, Fad kat Seremban. 3 minggu lepas baru nak update. Nasib la. Banyak mende nak cerita tapi tak cukup masa. So makin bertambah2 la cerita basi dok dalam draft tunggu nak di'update'. Minggu tu aku kena kerja. Tapi half day je sebab nak kena attend kenduri ni. Memang dah berminggu2 plan nak pegi since dapat kad. So memang berusaha jugak la nak pegi. Buat kerja secepat yang boleh tapi last2 pukul 1 jugak la baru nak kua rumah.


Sampai2 dah dekat pukul 4. Dah lengang dah rumah pengantin. Kalau tak silap kitorang 3 beranak orang yang last sampai. Ada member lagi sorang yang kitorang kenal, Amir tengah makan ngan member2 dia. Tu je yang sempat jumpa. Pengantin of coz la jumpa kan. Yang lain dah balik T_T

Time nak amik lauk pun orang dah start nak kemas2 simpan dah. Lepas aku cedok terus clearkan...huhu...tak pernah aku datang kenduri sampai tahap camtu. Segan jugak datang lambat. Tapi nak buat camne kan. Dah keje. Tempat kenduri pun bukannya dekat ngan rumah. Nasib baik Irfan behave je time tu. Lansung tak berbunyi. Diam seribu bahasa. Padahal orang dok melalak karaoke kat depan meja. Lepas makan borak kejap then amik gambar. Meor la sakan borak. Aku melangut. Nak borak ngan pengantin pompuan cam segan2 sebab tak kenal...huhuh....Tegur2 sikit pastu dah ketandusan idea :P


Lepas je amik gambar sedar2 habis meja kerusi sume dorang dah angkut masuk lori...huhu...Tak sabar nampak nak tunggu kitorang blah. Sampaikan hadiah yang kitorang letak atas kerusi pun ghaib terus. Tak sempat nak hulur kat pengantin. Tak kesah la asalkan hadiah tu sampai ke tempat yang sepatutnya. Jangan masuk lori sekali dah la. Tapi yang tak bestnya paper bag yang aku sayang tu tak sempat nak selamatkan. Ingat nak buat letak hadiah je pastu time nak bagi nak keluarkan hadiahnya. Nak buat camno kan. Paper bag je pun kan. Tapi ada sentimental value tu...huhuhu....Even bunga telur yang kitorang letak atas meja kejap pun ghaib sekali T_T


Memang ni kenduri paling kelam kabut la aku rasa. Ehhh...bukan kenduri tu yang kelam kabut. Kitorang yang kelam kabut pegi kenduri. Very the last minute. Balik tu kepenatan. Sedih sebab tak dapat jumpa member2 lain. Bila lagi ni nak ada kenduri member lain? To Fad and Aimi, semoga berbahagia ke akhir hayat. Best nya la orang bebaru kawen ni ;)

Friday, October 14, 2011

Homestay @ Penang

Nak cerita sikit pasal homestay yang kitorang dok kat Penang hari tu. Tapi bukan exactly kat Penang la. Tempat tu kat area Tasek Gelugor, Butterworth. Still kena naik jambatan or feri kalau nak pegi Penang. Ni 1st time kot balik kampung dok homestay. Dulu2 balik kampung boleh la ramai2 dok umah Tok n Wan. Sekarang bila dorang dah tak ada kena la pepandai cari tempat nak bermalam. Biasa sewa bilik hotel je.

Memang luas la rumah ni. Setingkat tapi dah cukup luas dah. Hall pun besar. Cukup selesa la nak lepak ramai2 kat depan tu santai2. Ada 4 bilik 2 toilet. 2 bilik ada air cond. Kitorang dok bilik yang paling kecik je. Tak ada air cond pun. Master bed room kasi abang aku n family la dok coz anak dia 4 orang. So kasi priority kat dorang la kan.



Dapur pun of coz la ada. Setakat nak basuh pinggan mangkuk, masak air tu boleh la.


Ada kabinet jugak. Time ni kemas la sebab dah clear barang2 nak balik. Kalau tak penuh ngan barang2 Irfan je la. Ngan tin nestum nya, botol susu nya, flusk sume.


2nd and last nite kat situ merasa la kitorang tido kat master bed room coz abang aku n family dah gerak dulu sebab nak singgah Cameron. Best la sikit sebab ada toilet dalam tu. Luas pun luas.


Ni before nak balik. Kitorang balik last hari tu. Memang kena cek betul2 n clearkan pape yang patut. Parent n family abang lagi satu dah balik dulu pagi tu. Balik awal sebab naik flight. Datang before tu naik keretapi.


Time nak balik tu Irfan tengah sedap tido. Dah siap mandi makan sedap la dia tido. Boleh la kitorang kemas laju2. Ingat nak la amik gambar berdua ngan Myo. Tapi Myo cakap dah bertiga ni tak payah la amik gambar berdua dah. Tu yang letak jugak Irfan yang tengah tido tu atas sofa. Aku pasrah T_T


Ni pic before keluar pegi Padang Kota. Dah tunggang terbalik gambar. Malas dah nak susun. Dah la nak update asik tak sempat je. Basi sangat dah entry ni...huhu...


On the way balik tu Irfan ceria semacam je. Lepas baik demam la katakan. Lega aku tengok. Memang dah tak sampai hati tengok muka seposen dia. Sunyi je rasa hidup kalau dia tak gelak2 jerit kuat2 :P Sebab Irfan sangat behave sempat la kitorang singgah makan kat 2 RNR. Satu pencapaian yg bagus jugak la tu...huhuh...



Tapi yang teruknya time nak balik tu jem adalah melampau2. Tahap mengesot2 jugak la. Sempat la aku drive kejap sebab Myo dah ngantuk sangat. Time aku drive tu la jem makin teruk. Nak benti toilet pun cam pikir banyak kali sebab asal lalu je orang beratur sampai ke luar. Dah cam queue nak bayar time warehouse sale pulak kan.

Saje je nak cerita pasal homestay ni since hari tu aku dah terajin snap gambar. Kira berpuas hati la dok situ. Harga? 1 malam 250. So 2 malam 500. Kitorang dok 4 family. So bahagi2 je la. Sangat2 jimat dah di situ ;)

Wednesday, October 12, 2011

Jalan - jalan Cari Makan

17/09/2011 - Sat

Asik terbantut je nak update blog semalam. Asal bukak blog je team lead datang tanya kerja. Naik rimas pulak rasanya. Padahal boleh je chatting. Nak jugak jalan jauh2 sergah aku. Haihhh...Sambung balik cerita yang dah basi kat Penang hari tu. Lepas kenduri petang tu semua balik kepenatan walaupun datang kenduri bersantai2 je...huhu...Aku pun penat. Biasa la kan travel jauh. Tido pun tunggang terbalik jugak la. Ngan hari yang panasnya lagi. Memang balik tu mata layu nampak bantal jek...huhuhu....


Kitorang pegi Padang Kota. Kitorang tu kami bertiga ngan mak aku. Yang lain dah pecah2 pegi tempat lain. Family abang dah balik dulu sebab nak singgah Cameron, ayah pegi jumpa kawan, family abang lagi sorang pegi jumpa kawan jugak. Tinggal kitorang je. Tu pun memula mak aku tak nak follow sebab penat sangat. Tapi dah aku ajak beria2 last2 ikut jugak...Kejam tak aku? huhuh...Bukannya apa. Kitorang mana la nak tau jalan. Harapkan aku yang pernah dok Penang pun lagi la tak boleh. Aku bab2 ingat jalan ni memang fail T_T And of coz la rasa cam makin meriah kalau mak join sekali ;)


Sanggup ok penat2 tu pegi Padang Kota. Sampai2 dah malam. Jem tak ingat. Ingat naik jambatan cepat la sampai. Dah lama teringin nak makan sini. Last year pegi Penang tak sempat nak singgah makan. Lalu je. Dulu time dok Penang selalu jugak datang makan sini. Kitorang order sotong kangkung. Perghhh sedap gilerrr...Dah lama sangat tak makan. Makan ngan cendol. Sedap2. Dah la tengah lapar ni.


Tepi tu pasembor. Tu pun sedap. Pada aku yang suka makan ni sume pun sedap lah. Kitorang makan share2 je. Tapi aku rasa aku makan paling banyak kot...hahaha...


Lepas tu order kerang bakar pulak. Yang ni aku ngan Myo je makan sebab mak aku dah kenyang. Kureng sedap sebab dia bakar pakai arang. Tapi tetap ku telan :P


Actually kitorang time ni tengah tunggu ayah n abang aku nak join sekali. Dorang nak datang jugak since balik rumah pun memang dah tak boleh. Kunci rumah kitorang pegang. Mula2 nak makan alas2 perut je. Tunggu punya tunggu satu2 kitorang order. Terus makan sampai kenyang. Dah la time kenduri tak puas makan. Aku la yang paling over laparnya.


Irfan pulak makin lama makin layu. Before tu aktif sangat dah. Ketuk2 meja tak berenti. Papa dia dodoi2 sikit terus tido


Mak jugak yang tolong pegang kan since tak ada stroller. Kitorang sambung makan. Mak aku beria cakap nak pegang sebab dia dah kenyang. Kot2 orang cakap aku ni dera mak aku ke apa kan...huhu...


Time ayah n abang sampai kitorang dok makan lagi. Dorang singgah kat stall lain pulak. Lepas habis makan kitorang join kat stall lain tu. Order lagi...hahaha...Order mi udang share ngan Myo. Lupa nak snap pic. Padahal punya la cantek dia susun udang2 yang besar tu. Lepas tu aku tumpang lagi pasembor ngan laksa abang n ayah aku order. Kitorang order ABC. Nape ntah ngan aku hari tu. Nafsu makan macam apa je....huhu...


Ohhh lupa...Before balik sempat singgah beli jeruk buah dulu untuk buah tangan. Aku memang minat mende2 gini. Time preggy dulu lagi la. Jeruk kedondong ngan jeruk mangga memang fevret ;)


Balik kitorang decide nak naik feri je since malas nak menempuh jem plus jetty dah dekat ngan Padang Kota tu. Saje nak kasi Irfan merasa naik feri walaupun dia tak tau pape pun...hahaha...hari tu time Irfan dalam perut pun dah bawak naik feri jugak ;)



Habis dah cerita kat Penang. Malam tu still dok kat home stay lagi. Irfan even dah baik demam pun lagi dia tak nak tido. Berjaga kitorang malam tu. Time demam sedap pulak dia tido. Dah balik Penang tu la badan dia start naik merah2 tapi dah tak demam. The end.