nuffnang

Monday, April 30, 2012

Wedding Ayun

25/3/2012 - Sun

Wedding member time study kat UiTM, Ayun kat Bukit Bandaraya Shah Alam. Time kitorang sampai pengantin tengah bersanding. Lambat sikit sampai sebab paginya badan Irfan cam panas. Dah tengah hari tu tengok dia dah ok sikit terus pecut ke Shah Alam.


Sampai2 member2 lain semua dah habis makan. Sempat la jugak jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa since kenduri kawen aku dulu. Yang tak jumpa since habis belajar pun ada. Ckin, tumpang tepek gambar anak ko. Geram ok. Mata bolat ;)


Kek pengantin...


Bergambar dengan pengantin before balik. Tak sempat nak bergambar ngan pengantin kat pelamin coz pengantin dok kat meja makan beradab lagi.


Irfan kena lepuk ngan abang kat sebelah...hahaha...Tengah2 amik gambar pun 2 orang tu sibuk buat keje memasing :P Kengkawan ku yang ber'bawal' tu masih single mingle. Kalau aku single pun aku tak heran kot ngan tudung awning. Dah ada anak tudung awning je la yang menjadi pojaan hati ku :P Tetiba pulak masuk cerita pasal tudung ni pehal kan...huhu...Balik tu singgah rumah FIL dah alang2 jejak kaki ke Shah Alam tu kan...


Tamat sudah cerita2 di bulan Mac. Bulan April punya belum lagi. Esok dah nak masuk bulan Mei dah pun. Akan kembali bz semula entah sampai bulan berapa. Projek sudah mau start. Maka lepas2 ni makin bertindan2 lagi la cerita basi nampaknya T_T

p/s: Esok cuti lagi! Hoyeahhh! Semalam dah jalan sakan. Habis terbang duit ku menyopping. So esok kena cuti shopping la T_T

Friday, April 27, 2012

Housewarming @ Bangi

17/03/2012 - Sat

The following week lepas pindah barang, abang aku buat housewarming pulak. Buat doa selamat sekali. Ada la adik beradik ngan sedara mara lain datang. Ke Bangi lagi la kitorang bertiga. Irfan sampai2 mamai lagi :P


Ohhh macam biasa ni adalah backdated entry. Time ni Irfan dah boleh jalan tapi lagi banyak merangkak. Sekarang merangkak dah kurang. Semua kalau boleh nak buat sambil berjalan je sekarang =)


Makanan hari tu. Nasi ayam ngan mihun soto ngan kuih muih lain. Marvellous! Tapi makan sikit pun sebab tak sempat.




Budak kecik baju biru tu anak cousin aku. Muda sebulan je dari Irfan. Dah boleh jalan jugak. Tapi dok diam je. Kalau orang riba memang kat situ je la dia duduk. Tak ke mana dah. Mak ngan ayah dia makan pun tak payah tengok anak lansung. Memang statik kat situ. Agaknya sebab gegirl kan. So sopan santun gitu. Tak macam Irfan. Mak cik aku tengok Irfan pun dah pening kepala. Kejap2 kang hilang :P


Lepas makan2 celebrate birthday anak tuan rumah, Ahmad Adib n Alya Nabila.



Cheese cake....My fevret ni. Tapi tak sempat merasa pun sebab sibuk dok main kejar2 dengan Irfan. Dah balik baru teringat lupa nak makan...hahaha...


Before balik singgah playground dulu. Maklum la kat rumah parent tak ada playground yang dekat. Kalau naik kereta baiklah pegi shopping mall terus...hehehe....


Lepas datang housewarming tu memang kami dah tak ke Bangi. Agak jauh nak ke sana. Jem pulak tu. Abang n family pun dah jarang singgah. Kalau tak once a week confirm datang lepak2 kat umah parent. One of the reason kenapa mak tak bagi sesangat aku beli rumah kat Bangi T_T

p/s: Movie Avengers yang ditunggu2 dah keluar nampaknya. Tengok trailer pun tau best. Kitorang ni dah la peminat superheroes. Nak2 superheroes ada selonggok dalam satu movie. Nak tunggu tiket murah cam lambat lagi je. Mampukah ku bertahan T_T

Wednesday, April 25, 2012

I Am A Super Duper Busy Boy

10/03/2012 - Sat

Hari ni masuk ofis lepas dekat sebulan kot tak datang....huhu...Sesuka hati je. Tu pun sebab company buat lunch hari ni. Compulsory pulak tu. So sempena datang ofis hari ni nak tepek la gambar anak kesayangan banyak2. Rinduuuu...


Abis dahi pun dah berlekuk2 daaa...Hyper active sangat kan. Seminit pun tak dok diam. Even orang dah ngekor dia pun memang kadang2 unexpected jugak nak jatuh tu. So tak boleh nak salahkan sesape la kalau lepas kerja tengok kepala anak dah berbenjol2...huhu...























Gambar je banyak hari ni. Kat ofis tak boleh ngadap blog lelama ;)


Tuesday, April 24, 2012

Irfan's Progress @ 14 Months Old

Progress Irfan 1 tahun 2 bulan. Sekarang dah besar sikit update 2 bulan sekali je la progress dia kot =) Kelmarin, Irfan genap 14 bulan. Mesti ada je mende2 baru yang dia belajar. Let's check it out ;)

  • Suka keluar rumah - Memang pantang tengok orang nak keluar. Asal nampak sesape pakai cantik2. Lepas tu siap bawak kunci. Memang confirm dia nak ikut. Dia sampai dulu kat pintu kot. Kelam kabut jalan laju2 takut kena tinggal. Masalahnya siapa2 pun dia nak ikut. Tak kesah la mama dia kena tinggal pon T_T Yang paling best selagi dia tak dapat keluar memang nangis time2 tu jugak...huhu...
  • Pencinta kucing - Sehari kalau tak keluar tengok cat kat luar rumah memang tak sah kot. Elok pulak jiran sebelah rumah ni bela kucing. So memang ada je la kucing2 datang bertandang kat depan rumah. Kalau Irfan ngamuk2 lepas tu ajak tengok cat je confirm terus diam. Kalau bagi pegang2 cat lagi la dia suka. Habis ditonyoh2 nya badan cat tu sesedap rasa. Kang dah kena gigit tak tau la nak jadi pencinta cat lagi ke tak :P
  • Jalan - Jalan laju kemain sampai kekadang tu tak sempat nak brek...huhu...Laju2 pun kitorang still tak lepas dia jalan kat luar lagi. Setakat dalam rumah je la. Tu pun terhuyung hayang lagi cam orang mabuk. Elok2 jalan tetiba makin senget sampai nak terlanggar dinding dia jalan...Elok2 jalan straight tetiba buat u- turn mengejut...hahaha...Lagi satu Irfan kalau jalan memang tak peduli dah ada apa atas lantai. Main redah je. Kalau ada orang duduk ke baring ke dia lalu jugak situ. So memang selalu la dok tergolek sebab terpijak mainan budak2 yang sepah2 tu
  • Cakap - Memang riuh mulut cakap bahasa dia. Tapi dah keluar simple words dah sekarang. Pandai dah cakap nak, tu, dah....Kalau dukung dia sekejap2 kang cakap tu. Sambil angkat tangan tapi jari telunjuk hala ke bawah2....hehe...Abis semua mende dia nak tunjuk. Kadang2 naik confuse apa yang dia nak tunjuk. Tapi layankan je la. Nak pun sama. Semua dia nak tambah2 bila lalu meja makan. Kalau tak nak laju je geleng kepala.
  • Sayang - Dah pandai sayang mama dia. Before ni kalau nak sayang pun budak2 yang sebaya dia je. Orang besar tak mau sayang. Suruh sayang pun siap paling muka...Sampai hati tau...sobsobsob....Sekarang tidak lagi. Suruh sayang memang laju je. Tambah2 kalau ajak keluar or dapat upah susu ;)
  • Salam - Akhirnya dah pandai salam tanpa ada maksud tersirat...hahaha....Before ni suruh salam memang dia salam n cium tangan. Tapi sambil tu sambil jilat tangan orang yang dia salam :P Sekarang dah tak buat dah. Yang paling tak tahan bila salam tu siap bengkokkan kaki lagi...hehehe...Cutenyerrrr :P
Happy 14th Months old Irfan Naufal =)

p/s: Makin seronok tengok gelagat Irfan yang semakin membesar. Kalau tengah marah or sedih sampai dah tak boleh nak senyum pun boleh tersenyum tengok dia =)

Friday, April 20, 2012

Rumah Baru

10/03/2012 - Sat

Cantik tak rumah baru ni? Tapi tu cat kaler hijau pulak. Nanti nak tukar biru lah. Cantik sikit. Kereta pun tak nak kaler hitam. Nak biru jugak. Ha nak kena lepuk ke sesuka hati nak main tukar2? Memang berangan je la kan nak dok kat rumah baru. Ni rumah abang aku yang baru pindah ke Bangi. Tambah lagi sorang dok kat Bangi.


Time kitorang pegi tu memang abang n family baru je lepas angkut2 barang dari umah lama. Tak sempat nak tolong2 pagi tu sebab kitorang ke Mid Valley. Balik je terus pecut ke sini. Boleh la tolong apa2 yang patut. Aku tolong tengok Irfan pun dah cukup bagus :P


Irfan cam biasa memang famous amos la di kalangan cousins dia. Maklumlah yang paling kecik kan. Masing2 dok geram kat dia. Nikmatila kefemesan tu ye Irfan sebab jap2 lagi cousin baru Irfan nak keluar dah. Makin pudar la sinar kegemilangan Irfan time tu nanti....ahaks!


Parent, family akak n abang aku lagi sorang pun datang jugak hari tu. Yang lain2 ada hal masing2. Lepas tu makan2 sambil sembang2.


Budak kecik ni pun kena makan jugak.



Tapi nak dok dalam baby chair tu lama2 memang susah la kan. Biasa kalau keluar pun baby chair cam dah tak ada efek....huhu...


Irfan memang tak dok diam walaupun sekejap. Banyak sangat gambar yang atok dia tangkap time kat rumah ni. Nanti nak buat satu entry tepek gambar dia sorang je =)



Dah petang sikit kitorang round area perumahan tu. Lengang je lagi. Time kitorang datang tu tak ramai lagi yang dah pindah masuk. Abang aku antara yang terawal la kot. Dekat situ ada swimming pool. Cam community club punya la kan. Rasanya rumah2 sekarang dah banyak buat macam ni.



Playground harus lah ada. Tu yang kitorang datang jugak nak bawak Irfan main2.


Kat belakang tu kitorang sibuk dok bergambar...hehehe...Ayah memang rajin snap2 ni ;)








Macam2 gaya dah keluar nak suruh Irfan pandang kamera punya pasal :P



1st time bawak Irfan pegi playground. 1st time letakkan dia dalam gelongsor ni. Terus blur budak kecik tu...hehe...


Cousins dia la rajin nak melayan. Yang lawaknya lepas dah sampai bawah dia sibuk dok toleh ke belakang balik. Pelik agaknya dia turun dari mana...huhu...



Yang pastinya aku memang tak mampu lagi la nak beli rumah sendiri. Tak kesah la baru or lama...wuwuwu...Hari tu pegi pameran hartanah kat Mid Valley tengok rumah satu2 terus senak dada. Kalau area Klang Valley memang 300k+ to 400k+. Nak bawah 300k memang boleh dapat yang ceruk2 je la. Jauh dari bandar segala.


Hurmmm...Rasa better settle kan study loan ngan car loan dulu kot baru boleh pikir pasal rumah. Ni pun tengah gigih dok bayar study loan. Siap bayar lebih dari schedule nak kasi cepat habis. Geram pulak tengok kekadang tu bayar pun macam tak luak. Kemain lagi interest nyer. Car loan je bayar ikut schedule betul2. Yang tu semput sikit nak bayar lebih :P One of the main reason jugak tu kenapa aku tak boleh jadi fulltime housewife. Lepas tu nak kena beli rumah pulak. Memang sampai ke sudah pun jangan bermimpi la nak berhenti kerja T_T

p/s: Tumpang gembira ngan korang yang dah berjaya beli rumah sendiri. Maybe bukan rezeki kami lagi =)