nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Shopping on Mother's Day

13/05/2012 - Sun

Mothers' Day hari tu kitorang ke Mid Valley. Tak ada nak nak celebrate pape pun. Just nak ke Mom & Baby Expo kat situ. Ada a few things yang nak dicari untuk Irfan. Sambil2 tu boleh la jugak cuci mata kan ;) Kat dalam expo tu non ado nak amik2 gambar. Orang ramai ye. Nak cari parking pun jenuh bertawaf. Last2 aku keluar sorang2 dulu round tengok apa yang ada.

Habis beli barang macam biasa baru la perut nak terasa lapar. Cari2 tempat makan yang sesuai last2 decide nak makan kat Pizza Hut je. Rasa2nya tak pernah bawak Irfan makan Pizza Hut lagi.


Kids eat for free. Spagetti carbonara ngan air soya. Tu yang best. Tak payah susah2 pikir nak bagi Irfan makan apa. Kebetulan pulak hari tu memang kitorang tak bawak bekal nasi Irfan. Mama n papa pun apa lagi. Boleh la tumpang sekaki. Irfan pun bukan makan banyak mana pun ;)


Tak pernah2 order fries kat Pizza Hut tetiba je nak order extra. Biasa standard kalau order memang either pizza or spagetti aje. Saje standby kot2 Irfan ngamuk nak makan.


Akhirnya dapat makan spagetti meatball kat Pizza Hut setelah sekian lama. Spagetti paling sedap setakat ni yang aku pernah makan. Paling sedap lepas spagetti aku masak sendiri la tapi...hehe...


Malam kitorang ke Selayang celebrate Mother's Day ramai2 ngan adik beradik yang lain. Celebrate mak tapi abang yang belanja. Dah kenyang baru teringat nak amik gambar.


Sepanjang kat kedai makan Irfan memang sedap tido even orang dok bising kletung kletang pun tak bangun. Pecah rekod jugak la. Tak pernah dia tido kalau kitorang pegi makan. Kalau tido pun confirm dia akan bangun jugak lepas tu. Memasing kagum. Elok je keluar kedai dia bangun.


Yang bestnya bila pegi expo2 gini adalah bila dapat goodie bag (^__^)


Isi dalam goodie bag...Dapat lagi mende tepek kat cermin kereta. Dulu dah dapat. Maybe boleh tepek kat kereta baru pulak ke kan ;) Dapat sample diapers Baby Love Pants n Night Tape. Terus berkenan. Sample PetPet New Born. Nanti pass kan je la kat sesape yang baru dapat baby. Lagi dapat Kleenex hand sanitizing wipes n Active Guard shower gel. Dapat voucher kasut Modern Mum RM 50 jugak. Memang tak pakai la kot. Cuba dapat time tengah preggy dulu. Terus laju je pakai voucher tu ;)


Ni hasil rembatan kat Expo. Heinz Farley's Rusks. Buat stok. Mula2 tak bajet la nak beli banyak pun. Tapi dah beli 2 box dapat lagi 1 box besar free plus 2 box kecik. Maka terus tak pikir panjang :P Makanan in between je ni. Cousins Irfan pun ramai kat rumah. Makan sorang sikit habis la nanti.


Dapat 2 pasang baju tido Irfan. Baju2 lama dia ada yang dah start singkat n sendat. Dah susah nak cari baju saiz dia kat situ. Banyak yang kecik2 aje. Beli botol air yang ada straw sekali. Susah betul nak bagi Irfan minum pakai straw sebab nanti dia gigit2 je straw tu. Kena kasi praktis ni.


Round2 terlalu pulak booth Diapex ni. Beli la 1 pek try test sebab M78 RM 25 je. Lepas try rasa memang berbaloi2 beli. Rugi pulak tak beli lebih sebab kat luar harganya RM 35. Kira kualiti ok jugak la kalau nak dibandingkan ngan Whoopee. Cam serabut je nak pakai. Lepas tu asik bocor. Tak sangkat pulak Diapex ni ok sebab kitorang selalu gelakkan iklan Diapex kat TV tu...hehe...Iklan cam ntah pape bila ayah dia pegang pek diaper lain budak tu nangis...hahaha...


Tu je la hasil rembatan hari tu. Total damage tak sampai RM 100 pun. Tak macam mula2 pegi dulu. Beratus2 habis. Semua rasa nak beli. Maklum la...1st time kan. Banyak mende tak ada tak lengkap lagi. Sekarang Irfan dah besar sikit top up sket2 je la mana yang kurang =)

p/s: Ohhh ye...Start esok sampai Ahad ni ada Mother, Baby & Kids Expo kat PWTC. The biggest fair katanya. Kitorang tak pegi la since weekend ni dah pack dengan plan lain =)


Tuesday, May 29, 2012

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

12/05/2012 - Sat

Masih lagi cerita di hari yang sama. Sampai 3 kali update kan baru nak habis ;) Balik dari Lanchang tu dekat pukul 7 baru sampai rumah. Parent n abang se'family' dah santai2 siap. Memasing nak balik cepat sebab time kenduri tu memang dah panas terik. Nasib la time dah sampai Deerland tu dah mendung sikit. Malamnya kitorang keluar makan ramai2 kat Wira Seafood. Maklumla dah seharian tak lekat kat rumah. Memang tak ada apa nak makan kat rumah. Ngan badan rasa cam lunyai je. Nak masak memang kirim salam la kan :P


Cam biasa memang kitorang orang yang last la habiskan makanan. Sebab awal2 sibuk berdondang sayang ngan Irfan. Tu pun nasib la Atok Irfan sangat memahami pegi amik dia bawak jalan2...hehe...Tenkiu atok =)


Habis makan kitorang ke tempat tuisyen adik bujangku hantar barang. Bukan dia yang belajar sini tapi dia yang bukak tempat ni. Biasa la orang study bisnes. Selagi boleh macam2 bisnes pun jadi. Ni aku pun tak tau la bisnes dia yang ke berapa dah. Before ni pernah jual kasut crocs, jual jeans, jual anti virus, jual e-book, bagi motivation talk kat merata sekolah and baru2 ni dia keluarkan buku sendiri. Buku motivasi jugak. Pasal nak buat savings bagai. Aku ni je ha yang tak reti2...hikhikhik....

Lebih kurang gini la kat luar nya time siang. Malam memang tak nampak apa la. Malasla nak letak namanya kat dalam ni. Kang orang google tak pasal2 pulak keluar blog picisan ni :P Harus berjaga2 dengan si stalker durjana T_T


Ada 4 bilik kat dalam ni. Tak termasuk bilik solat ngan bilik air la kan. Kemain seronok Irfan lari keluar masuk dalam tu. Kejar mengejar la ngan dia dari hujung sini ke hujung sana.




Tengok tempat tuisyen gini teringat time dolu2 pegi tuisyen. Dah habis SPM pun mak hantar jugak pegi kelas komputer ngan menaip. Paling tak tahan time kelas menaip la. Belajar menaip pakai typewrite yang besar gabak tu. Jenuh nak mengetuk satu2 hurufnya sebab kena tekan kuat2. Kalau tak tak keluar pulak kat paper. Balik je habis merah2 jari. Yang paling tak boleh lupa bila tersalah taip cikgu tu boleh ketuk belakang jari ni ha dengan pembaris....huhhh....sabo je la.



Ni student kecik dah masuk kelas....



Lepas tu tak reti2 nak duduk...hikhik...


Dah berdiri atas kerusi meh kita panjat atas meja pulak...




Oooo...patut la tak duduk. Rupa2nya ada cikgu suruh berdiri atas kerusi....wuwuwu...

Tambah lagi 3 orang student. Yang ni dok diam. Bagus. Yang lagi sorang tadi dah tukar masuk kelas lain dah :P


Orang2 IT sibuk berdiskusi. Aku malas nak amik tau. Nama je orang IT. Tapi bab2 hardware ngan networking memang hampeh je T_T Baik aku main kejar2 ngan Irfan ;)



Habis kaunter pun dia nak panjat.


Mama Irfan dok sibuk main2 ekon. Cam best je kerja jaga kaunter. Rasa macam nak cari kerja yang relaks2 sikit. Even gaji sikit pun hati senang. Balik on time tak payah nak kerja sampai malam.


Kat tingkat almari ni pun budak kecik ni boleh buat tempat duduk. Elok2 berlari sana sini tetiba datang duduk ceruk tu. Lawak lawak...



Yuran tuisyen. Adik aku yang bukak pusat tuisyen. Tapi mak n ayah jugak yang dok ulang alik datang. Adik aku sibuk ngan permanent job dia la kat Seremban tu. Seminggu sekali baru balik rumah. Aku ada la datang sekali dua. Datang bawak Irfan memang tak jadi kerja sangat la. Datang hari tu pun setakat tolong sapu2 tangga aje.


Tak tau la bila bukaknya pusat tuisyen ni. Tak silap minggu ni la sebab time cuti sekolah. Kalau budak2 exam class time cuti sekolah mostly ke pusat tuisyen la. Kalau idak harus la coti2 Malaysia kan ;) Ni bisnes adik aku la. Kalau nak cerita sorang2 masing2 ada bisnes sendiri kot. Aku je yang tak reti2 nak berbisnes. Tolong bisnes orang ada la. Tolong beli :P

Thursday, May 24, 2012

Deerland Park

12/05/2012 - Sat

On the way balik dari kenduri kami melencong ke exit Lanchang menghala ke Kuala Gandah. Saje nak bawak Irfan jalan kat Deerland Park. Tempat Papa Irfan diserbu oleh rusa2 yang kelaparan. Rindu betul bila teringat saat2 tu. Maklum la time tu pun baru seminggu kawen kan...hiks! Kalau rajin boleh baca kat sini =)


Irfan memang tido nyenyak walaupun kereta dok lompat2 sebab jalan berlubang sana sini. Sampai2 kena kejut dia. Rugi kot datang jauh2 sekali sampai dia tak turun. So paksa jugak dia bangun...hehe...Dulu kitorang datang kalau tak silap nak masuk kasi je berapa2 ringgit derma kat entrance tu. Sekarang dah kena bayo. Siap dapat wrist band lagi.


Dengan mamai2 tu bawak Irfan tengok binatang2 yang ada. Masuk2 nampak la bird yang warna warni. Bird tu pulak mulut kemain riuh. Suka la Irfan. Terus segar bugar. Asik dok tunjuk bird even kitorang dah jalan ke depan.

Lepas tu sampai kat tempat rusa. Amik makanan rusa kat pondok tepi tu nak kasi rusa makan. Sekarang dorang dah tak kasi orang masuk bagi makan rusa kat dalam. Setakat kat luar pagar je. Dah habis bagi makan baru boleh masuk. So dah tak boleh tengok aksi sebegini dah ;)


Irfan mula2 malu2 kucing je ngan rusa2 tu...hikhik...


Mama Irfan duduk jauh2. Tukang amik gambar je.


Kemain lapar rusa2 kat situ. Papa Irfan siap cakap2 lagi ngan rusa2 tu. Suruh baca Bismillah la, suruh beratur makan ikut turn laaa...haha...


Habis 2 bakul kasi makan. Tu pun berebut2 lagi memasing nak makan. Irfan suka la sebab tak pernah jumpa rusa live lagi kan ;) Bising je mulut dia tengok rusa2 yang kebuluran tu :P


Kacau2 ostritch kat sebelah pulak. Garang tau ostritch ni. Usik sket kemain luas mulut dia nganga. Risau je kang dia ngap Irfan T_T


Oh yang ni memang Irfan tak boleh dekat la. Bukan setakat Irfan je. Mama Irfan pun memang lari jauh2. Amik gambar pun laju2. Last2 kepala ular tu kat bawah...huhu...


Cukup la sekali merasa ular dok berlingkar atas tengkuk aku time datang berdua dulu. Tak nakkk dah laaa...


Lepas tu bagi makan rabbit. Kacang panjang ngan carrot. Macam bahan2 nak masak sup Irfan kekadang tu ;) Memula sekor je yang datang. Yang lain jual mahal.


Lepas tu berdoyon tiba...keke....Berebut2. Orang lain lalu je tak ada nak singgah bagi makan. Kebosanan la agaknya dorang melangut kat situ.


Irfan excited sebab tak pernah jumpa rabbit jugak. Tangan tu laju je nak usik2 rabbit. Comel kan si arnab. Dulu kat kampung hari2 dapat tengok. Sereban arnab dok ada. Sekarang memang tak koser la kan nak bela.


Tu je la binatang2 yang ada. Kalau dulu ada beruang besar tapi dah kena rampas pulak. Kalau tak mesti Irfan lagi suka tengok bebear ;) Tak banyak mana binatangnya. Balik2 ayam ngan burung je la. Just color, saiz, jenis je lain2. Irfan suka la. Mama dia je yang kebosanan :P


Dah nak balik baru ada muka Mama Irfan. Sebenarnya ada maksud tersirat jugak datang sini. Nak makan laksa sedap kat gerai depan Deerland ni. Tapi boleh tutup pulak hari tu. Melepas sudah.


Sekali sekala datang Temerloh boleh la singgah. Bukan ada apa sangat pun. Nak bawak Irfan je. Tu pun tak sempat singgat kat Kuala Gandah sebab dah dekat pukul 5. Lain kali la ye Irfan kita tengok gajah pulak. Zoo Negara yang sekangkang kera dari rumah pun tak sampai2 lagi tapi tempat yang ceruk ni jugak yang nak pegi sesangat kan...huhu...

Wednesday, May 23, 2012

Wedding Fahmi & Dr. Ehsan

12/05/2012 - Sat

Last 2 weeks kami ke kenduri kat Temerloh. 2 orang cousins aku buat kenduri serentak. Abang n adik lelaki. Gerak dari Gombak 4 buah kereta konvoi. Bawak family masing2 la kan. Pukul 12 lebih kot baru sampai. Sempat la makan2 dulu before pengantin sampai.





Tak sedar pun bila pengantin sampai. Tau2 je dah ada kat meja makan beradab. Kitorang dok santai2 kat dalam sebab ada kipas. Masing2 dengan anak kecik kan. Mak bapak pun harus la tumpang sekaki. Kitorang dok suap Irfan sambil main kejar2 dalam tu je.


Beza masa amik gambar kat atas ngan bawah tak sampai berapa saat kot. Irfan dah sibuk buat kerja lain. Baru satu suap dah berlari sampai ke pintu depan. Selit2 celah orang kejap je hilang...huhu...


Pengantin potong kek...Yang pakai baju putih tu abang, Fahmi. Yang pakai baju gold tu adik, Ehsan. Dia ni baru2 jugak la jadi doktor. Doktor sakit puan. Nasibla ko keje kat Temerloh kan :P


Bergambar ngan pengantin before balik. Lawak tengok gambar ni. Sebenarnya abang n akak ipar aku tu nak bergambar ngan pengantin sekali ngan anak2 dia. Sekali kitorang masing2 letak anak kat depan tu lepas tu blah. Sekali tengok macam abang aku dah ada anak 10 daaaa :P



Sempat bergambar ngan sepasang pengantin je. Lagi sepasang tengah layan orang2 kat luar. Tukang ngamik gambar dok kat ceruk. Tak ada sape nak pandang. Tak tau nak pandang kamera mana sudahnya baik aku tutup mata je T_T


Irfan kena kepit ngan papa dia. Habis semua mende atas meja dia nak kaut.


Haihhh...bosannya la duduk setempat aje...


Tak nak dok diam kan. Meh kita buli dia :P


Lama jugak la kitorang lepak situ. Pukul 3 lebih jugak baru nak gerak balik. Masing2 straight balik rumah. Kitorang je melencong ke lain ;)

p/s: Semalam Irfan dah genap 15 bulan =)