nuffnang

Friday, July 27, 2012

Pecah Rekod!

22/07/2012 - Sun

Dah lama tak letak Irfan dalam carrier since dia dah boleh jalan ni. Biasanya either letak dalam stroller or dukung or lepaskan je dia jalan sendiri. Tapi hari tu keluar carrier je pilihan yang paling sesuai. Buat julung2 kalinya kitorang pegi shopping kat KL. KL yang memang tengah2 bandar KL. Akhirnya kitorang berjaya sampai ke Jalan TAR bertiga 2nd Ramadhan hari tu...huhu...


Aku memang dah sangat lama tak sampai sini. Ada la 2 tahun dah kot. Ehh ke 3 tahun. Last sekali datang ngan mak. Lepas tu nak shopping apa pun memang akan either dekat Damansara or Shah Alam. Pusing2 situ je. Itu pun hari tu nak sampai sesat barat jugak. Nak harapkan aku walaupun dah pernah datang situ pun memang tak boleh. Memang fail bab2 nak hafal jalan ni especially jalan kat KL. Meor pulak memang tak pernah sampai. Anak jati Shah Alam la katakan. Jalan kat Shah Alam memang segala ceruk la terer. Buat apa nak tau jalan KL kan. Pusing2 dekat sejam area KL tu last2 dapat parking. Menapak la kitorang nak cari kedai.

Mission adalah nak cari baju Melayu for Irfan, Papa Irfan n tudung untuk diri sendiri. Mission accomplished! Just nak cari tudung aku tu je yang mencabar sket. Bila aku suka design tu color tak matching. Bila color matching design pulak tak best...huhu...Last2 sebab dah penat sangat plus kesian kat Irfan amik je la apa yang ada. Tudung yang sangat simple. Tak ada nak gojes2 pun. Yang penting matching ngan baju ;)

Gitu la cerita pecah rekod hari tu. Macam tak percaya boleh sampai Jalan TAR...hahaha...1st time datang ngan Meor. Ngan Irfan pun lagi la 1st time. Kesian dia sebab panas kan. Tu pun ada time2 yang dia tak selesa dok dalam carrier kena jugak dukung kejap2. Nak tinggal Irfan kat mak kesian pulak nak susahkan mak. Nak tinggal Irfan pun kesian kat dia. Sekali esoknya dia demam. 2 or 3 hari jugak la. Tapi kitorang assume tu demam nak tumbuh gigi geraham kot sebab dah nampak putih2 kat gusi bawah dia.

Huhhh...Panjangnya entry ni. Rasa pelik sebab tak ada gambar. Lagi la nampak entry ni berjela. Memang tak sempat kot nak amik2 gambar tempat ramai orang gitu. Tapi best la dapat ke sana. Rambang jugak mata tengok tudung cantik2. Rasa nak je rembat banyak2. Maklum la. Selama ni asik dok beli thru online aje. Sekali tengok kat kedai lagi banyak pilihan plus murah. Tapi last2 amik sehelai je. Tak sempat nak melencong sangat sebab kejar masa. So kira dah agak complete la kot persiapan raya kitorang. Tak nak kelam kabut sangat cam last year. Lagi seminggu nak raya baru nak beli itu ini T_T

Thursday, July 26, 2012

1st Ramadhan

21/07/2012 - Sat

Alhamdulillah...Dah hari ke 6 kita berpuasa hari ni. Aku pulak baru nak update cerita 1 Ramadhan...hehe...Tetiba rasa banyak pulak mende nak kena pikir. Badan pulak asik rasa tak sedap. Sakit sana sini since last week.

Tapi Sabtu hari tu segar sikit je terus keluar ke Tesco nak cari barang2 keperluan rumah. Rasa dah lama je tak ke Tesco. Tesco Mutiara Damansara tu dok tengah renovate sana sini. Sekarang siap ada food court. Time2 orang tengah puasa ni la food court tu nak siap kan...huhu...


Shopping laju2 then terus balik. Sempat model sorang ni posing dulu :P Time ni barang2 dah masuk dalam kereta dah. Tapi nak kena singgah The Curve dulu tukar pampers budak kecik ni. Situ senang. Ada baby room.

Ohhh ye...Ini budak sudah 17 bulan Ahad hari tu. Sudah besar. Nanti time raya genap la umur dia 1 tahun 6 bulan. Tudung aku tu cam tudung askar kan. Beli online tu. Sebenarnya nak matching kan dengan color baju. Sekali dapat tengok sebijik cam corak baju askar T_T


On the way nak ke baby room tu terlalu pulak tempat kereta mainan ni. Dulu pernah singgah sekali nak bagi Irfan main tapi time tu kereta semua full. Meriah budak2 dok main. Kali ni tengok orang tak ramai sangat terus pegi bayar.


Macam biasa Irfan buat muka maintain je. Excited dalam hati ;)



Merata pusing. Risau je kot langgar orang or tiang mana2...huhu...


Harapkan Papa Irfan je la yang control. Tapi kalau dah kereta tu lalu belakang tiang tak nampak jugak kan. Aku yang seriau. Kat situ ada kereta yang budak boleh bawak sendiri n ada yang kena pakai remote control.




Dah habis main. 5 minit RM 3. 10 minit RM 5. Dah mamanya yang excited so amik RM 5 lah :P


Lepas tu jumpa pulak playground kat tepi baby room tu. Banyak pulak RNR before nak sampai baby room kan. Tukar pampers pun tak urgent. Just standby tukar siap2. So kasi main dulu 1 round kat sini.



Suka kemain dia. Nampak budak2 lain siap tegur2 lagi =) Dah tukar pampers pastu terus balik nak siap2 berbuka puasa pulak.


1st day puasa berbuka ramai2 ngan parent n adik beradik yang lain. Memang meriah!


Time tengah tulis entry ni hati tengah berbunga2 riang. Semalam pegi office dan hasilnya sangat la berbaloi2...hehe...Nanti la update. Selamat berbuka puasa semua =)

Thursday, July 19, 2012

Melawat Pusat Sains Negara

08/07/2012 - Sun

Last2 week kitorang ke Pusat Sains Negara. Asik ke shopping mall je kan. Since keluar pun dah agak lewat plan asal nak ke Zoo Negara kena la cancel coz dah panas terik. Ke PSN aje la senang. Dah sah2 hujan panas pun no hal since tempat bertutup kan.


Dah lama berangan nak bawak Irfan ke tempat2 camni. Just mula2 ingat nak la tunggu dia besar sikit. Ni tak tau apa lagi. Tapi disebabkan mama ngan papa dia dah tak sabar2 sangat, bawak je dulu 1st round. Kasi intro dulu. Jap2 lagi dah besar sikit bawak datang sini lagi...hehe...

Boleh pulak dekat2 nak sampai tu Irfan sedap tido. Sampai dah letak dalam stroller n bawak masuk dalam PSN tu ngan orang ramai yang bising2 kat situ pun dia tak bangun2 jugak. Kejut2 dia boleh sambung tido balik. Haihhh laaa...Kita nak kasi dia tengok apa ada kat situ T_T


Last2 angkat terus dukung dia. Kesian dia terkejut mula2 tu. Bangun2 tengok ada ikan besar atas kepala...hahaha...Lepas nampak ikan lepas tu terus fresh. Sibuk tunjuk sana sini =)


Dekat entrace pun dah penuh orang. Ikan pun banyak kat situ. Besar2 pulak tu. Kalau tak silap dulu pernah datang PSN ni buat lawatan sambil belajar. Ehhh...Ke tak pernah sampai lansung? Tak ingat daaa...Kesimpulannya memang lama sangat dah tak datang sini sampai dah tak ingat ada apa kat sini.





Papa Irfan la paling semangat. Habis semua mende di'test'nya. Aku ikut aje la. Tu pun kejap2 cari tempat nak duduk. Irfan pun behave je. Pelik agaknya tengok mende2 yang dia tak pernah jumpa. Something new for him =)


Ada kids place jugak kat sini. For kids below 4 kot. Mainan for babies pun ada dalam ni. Macam dalam nursery pun ada. Meriah je. Irfan pun seronok. Tapi bila disuruh pandang kamera terus buat muka seposen T_T







Dah puas round2 belah dalam kat tengah2 tu ada playground. Meriah la ngan budak2. Yang macam cage tu untuk budak2 besar la kan.


Untuk budak baya Irfan ada tempat main jugak. Untuk 4 years below. Bila dah lepaskan dia kat situ apa lagi. Sakan la dia berlari ke sana ke sini ;)



Giant piano. Irfan suka kemain main piano ni. Mana tak nya. Bila pijak ada bunyi n keluar lampu. Memang macam mainan dia la. Ada pulak geng kat sebelah.



Lama melepak kat sini. Seronok tengok Irfan excited je =) Asik la tersengih. Kalau tak bila nampak kitorang nak amik gambar je terus buat muka...huhu...


Bila tengok2 gambar baru perasan baju Irfan ni dah senteng. Kesian Irfan mama kasi pakai baju kecik lagi...huhu...So lepas ni kena asingkan simpan dalam kotak dah. Memang kejap sangat pakai baju budak2 kecik ni. Tu pun ada baju Irfan time baby aku dah pass kan kat orang.


Layan gambar je la ye. Kerja aku ngamik gambar je kat sini. Mana la nak minat bab2 sains ni. Nama je study amik Sains Komputer...huhu...Setakat tengok gitu je.


Dah habis tawaf floor bawah tu kitorang naik atas. Ada lago 1 section. Kat atas ni jugak ada Dinosaur Live. Tapi nak masuk sini kena beli tiket lain. Kitorang beli tiket paling murah je. 1 adult RM 6. Tu pun sebab beli dekat gate masuk n kat situ tak ada jual tiket untuk Dinosaur Live tu.

Dah nak balik tu baru tau ada jual tiket kat entrance tu sekali ngan entrance Dinosaur Live ni RM 15. So cam tak berbaloi la kalau kitorang nak beli lagi sebab tiket entrance tu sekali untuk semua. Mende ni ada sampai 31 July je. Kalau nak datang balik pun lambat lagi la kot.






Dah nak balik. Baru ada gambar bertiga. As usual Irfan sibuk dok pandang tempat lain T_T



Before balik sambung tengok ikan lagi. Hari pun dah petang. Muka pun dah berminyak2...haha...Habis nampak semua bila dah terkena flash. Tempat ni tutup pukul 7. Tapi pukul 5 kitorang dah nak balik. Tetiba perut terasa lapar. Moh kita pegi cari makan.


Dekat2 nak sampai OU Irfan tido balik lepas kena paksa bangun kat PSN tu...hehehe...Aman damai je tido sampai la kitorang dah nak habis makan.


Kitorang ke Kenny Rogers. Senang Irfan boleh tumpang makan sekali. Sekali dia tido pulak. Standard makan ayam je lat kat KRR ni baru puas hati. Ni pinggan Meor. Sidelines yang dia amik semua aku tak minat. Tumpang2 rasa je.


This is mine. My all time fav sidelines. Coleslaw ngan macaroni n cheese. Nasi tu amik jugak sebab tak tau nak amik apa lagi satu. Standby kot2 Irfan bangun nak makan. Sekali tunggu2 tak bangun2 jugak. Elok je tinggal beberapa ketul macaroni dia tersedar. Kesian dia dapat makan sikit je T_T


Hohhh...Panjang bebenor entry hari ni. 3 hari update baru ni nak publish. Nampaknya cerita makan angin kitorang weekend hari tu bawak ke minggu depan je la. Lusa dah nak puasa. Kot tak sempat nak update aku nak wish awal2 lah ye. Selamat berpuasa semua. Minta maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur kata yang mengguris jiwa sanubari sesiapa. Semoga kita mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di bulan mulia nanti =)

Tuesday, July 17, 2012

Chop N Steak Kg. Baru

06/07/2012 - Fri

Cerita makan2 last2 week. Tetiba tekak mengada nak makan western food. Bila nak makan western mesti terus teringat Chop N Steak kat Kg. Baru. Kat situ je la yang paling sedap pada aku. Memang puas hati. Tapi sebab jauh tak dapat la selalu sangat ke sana. Nasib baik Papa Irfan kasi green light nak pegi ;)

Irfan maintain je duduk dalam baby chair sampai balik. Bravo! Kalau tak memang dah meronta2 nak keluar dari situ sambil jerit2...haha...Nasib baik ada budak2 waiter kat tepi tu dok main2 ngan dia. Suka la budak kecik tu. Leka je dia.


My chicken chop. Datang sini memang harus la order yang ini. Bagi 2 pinggan pun boleh habis kot...hehe...


Chicken Gordon Bleu...Papa Irfan punya. Tapi memang biasanya aku akan kidnap jugak. Yang ni pun best. Tapi tak kan la tamak sangat sampai nak order 2 kan. So makan separuh2 gitu. So dapat la rasa dua2 ;)


Maccaroni with meatball untuk Irfan which is lepas tu mama ngan papa jugak yang tolong habiskan :))


Mango juice ni pun best. Air yang wajib order tiap kali datang sini.


Barli suam Irfan share ngan papa dia. Irfan kalau dah jumpa air barli memang tak pandang mende lain dah. Fevret dia la nih...


Tetiba nak up entry pasal makan. Padahal before ni pegi Chop N Steak tak pernah nak update kat blog pun. Biasanya tak koser sangat nak amik gambar satu2. Lagipun ulang2 makan yang tu jugak. But sementara tengah rajin ni update je la apa yang patut kan ;)

p/s: Semalam 1st time Papa Irfan tak tido umah. Balik kerja dah pukul 10 malam. Tup2 pukul 11 lebih dah kena pegi ofis balik. Sampai sekarang dah dekat pukul 12 tengah hari tak balik2. Dengan tak tido nya tak mandi nya. Gigih betul kerja. Padahal bukan dapat OT pun. Aku pun sama...huhu...Kalau tak dah lama kitorang kaya raya :P