Tak jadi pulak nak post teaser cuti2 tu hari ni. Semalam korek2 gamba lama dalam PC tapi tak jumpa pulak. Gerammm je tau...huhu...Dulu ada letak dalam Friendster tapi tengok2 Friendster dah tak wujud rupanya. So memang habis la segala gambar2 dalam tu pun ghaib sekali T_T
So sebab stress moh ler kita cerita pasal mende yang boleh hilangkan stress iaitu C.O.K.L.A.T. =) Tak ada orang nak kasi nyer. Kalau nak beli sendiri aje. Ni coklat yang akan dibeli kalau sampai Langkawi. Kalau tak kesampaian kirim kat orang je sudaaa...hehe...Hari tu adik ada kursus kat sana so laju je la kirim. Nasib baik dia pun tak kesah ;) Daim is a must! Kat sini mahal sangat. Sanggup tak makan terus kekadang tu. Daim kat sana baru RM 17 gitu. Kat sini ada la dalam RM 32. Jauh beza kan? Twix ngan Ferrero Rocher pun harusss beli. Andes tu baru2 nak kenal lepas rasa kakak aku beli sekali dulu. So lepas ni ngadap la coklat tu hari2 :D
Ni lagi satu coklat yang best. Cadbury Caramello. Kat sini susah nak cari. Kalau ada pun dalam RM 17 or RM 18 gitu. Kat Langkawi dalam RM 10 dah boleh dapat kot. Coklat + karamel = marvellous! =)
1. Korang adalah follower blog ni.
2. Korang pernah tinggalkan komen kat blog ni at least 2 kali sebelum ni.
3. Sila tinggalkan details seperti di bawah di ruang komen
Follower ID:
Email:
Itu je syarat2 nya. Sangat senangggg ni. Meh join meh. Sape cepat dia dapat ;) Sampai tengah malam ni je ok =)
Update: Sy sudah dapat winner ye korang. Sangat cepat dan tangkas. Congrats to Fiszah! =) Korang yang lain boleh cuba GA lain pulak bulan depan. Sape komen paling banyak dapat hadiah spesel. Tapi tak boleh la komen hai...babai. Tu memang tak aci la kan...hahaha...