Dah terasa suasana nak beraya hari ni. Kerja tak siap lagi. Team lead yang non Malay yang siap dah bercuti hari ni. Apa kes kan?
Tak tau lagi beraya kat mana esok. Bulih? Patut raya belah mertua tapi dorang nak balik Johor. Baru je tau. So sampai sekarang tak decide lagi T_T
Apa2 pun selamat manyambut Hari Raya Qurban buat semua. Yang nak balik kampung tu hati2 di jalan raya ye. Enjoy your raya peeps =)
nuffnang
Thursday, October 25, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Sushi Best @ Royal Sushi
06/10/2012 - Sat
Ingat nak habiskan entry last pasal USS. Tapi update sikit2 pun tak sempat jugak nak habiskan. So publish entry yang pendek2 aje lah ye ;) Nak share 1 tempat makan ni. Ni gara2 tengok JJCM hari tu. Tak ada la selalu sangat tengok. Tapi kalau dah tertengok and tempat tu macam familiar memang akan diredah lepas tu :P
Tapi kali ni kira macam terlebih gigih jugak la sebabnya kedai ni dekat area Pantai Dalam. Jauh jugak la nak ke sana dari rumah kitorang. Disebabkan kitorang berdua memang peminat sushi maka cari la jugak di kejauhan pun...hehe...Sesat barat jugak la. Harapkan aku memang surrender tak tau jalan. Kedai ni dekat area food court. Best jugak ada kedai camni sebab bukan senang nak cari kedai sushi halal. Sushi King hari tu pun ada dengar macam tak halal. Terus tak berani nak makan kat kedai2 lain dah except sushi kat JJ.
Actually banyak lagi menu lain yang menarik untuk di try. Tapi since kitorang datang awal banyak yang tak ada lagi. Teppanyaki pun ada kalau tak silap. Nak datang lagi tu memang tau tau la bila. Jauh bebenor. Dorang ni ada jugak buat delivery. Kepada peminat sushi boleh la check FB dorang survey2 apa yang patut. Search aje Royal Sushi. Ni address nya kot ada yang rajin nak try ;)
No. 16, Medan Selera Angkasapuri Lembah Pantai,
59000 KL
Monday, October 22, 2012
Irfan 1 Tahun 8 Bulan
Bz pulak hari ni. Tengah buat kerja tadi tetiba baru perasan hari ni Irfan dah masuk 1 tahun 8 bulan. Ingat kan esok...huhu...
Irfan demam panas dari semalam. Dah amik ubat kat klinik semalam jugak. Sangat kesian tengok dia T_T Cepat sembuh ye sayang. Mama love you =)
Friday, October 19, 2012
It's Bowling Time!
13/10/2012 - Sat
Cerita USS tak habis lagi ni. Iklan la kejap ;) Weekend hari tu akhirnya berjaya jugak pegi main bowling. Dah berzaman rasanya tak main bowling ok. Serius tak tipu. Ada la dalam 8 tahun dah tak main. Last sekali main time study dulu. Tu pun main ramai2 ngan member. Memang sangat happening lah. 1st time main terus dapat score paling tinggi...hahaha...Padahal main baling je ikut suka hati. Bernasib baik je tu :P
Ini adalah aktiviti kitorang sementara tunggu 2 orang VIP sampai...hehehe...Before tu dah siap tawaf Wangsa Walk tu sampai tak tau nak pegi mana dah. Last2 lepak dalam tempat bowling tu sambil tengok2 orang main. Ohhh...Irfan kena tinggal kejap. Takut kang dia pulak yang jadi pin boling kat situ T_T
VIP dah sampai...yeahhh...Nasib baik ada geng. Macam tak best pulak main berdua je ngan Meor. Kang lepas aku baling dia baling. Lepas dia aku balik. Macam bosan pulak. So lagi ramai lagi la happening kan. Tu pun dapat ajak 2 orang je sebab dorang tinggal dekat area2 tu jugak. Nak pegi jejauh memang tak boleh la. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan Irfan lelama kat rumah.
Sudah start! Yang kelakarnya kitorang main satu game je. Tapi dia punya lama dah macam main 2 game. Sebabnya lepas dah main sambung borak. Kadang dah sampai turn pun biar je dulu. Borak lagi baru sambung balik...hahaha...Dah lama tak jumpa banyak pulak cerita kan :P
Meh nak introduce sorang2 d player of the day =) Ikut turutan nama yang ada kat skrin hari tu...1st player Adda. Kesian Adda. Dah la tengah sakit pinggang. Sanggup susah2 datang join jugak main bowling. Siap kena jadi 1st player lagi...haha...Yang paling best 1st frame terus strike. Memang tak tahan ok! :D
2nd player, Dee. Winner of da day. Don't play2 ok ;)
3rd player, Papa Irfan takkan tak kenal kot...hehe...
Last but not least Mama Irfan yang baru nak start enjin main boling setelah sekian lama :P Memasing pun dah lama tak main. Tapi memang tak boleh kalahkan aku yang sangat berkurun lamanya tak pegang bola bowling.
Dan ini adalah score pada hari itu. Memang sangat best sekali sekala dapat lepaskan gian nak main bowling...huhu...Dapat la 2 kali strike. Masuk longkang tak payah cakap la kan. Baling ikut sesedap rasa je :D
Yang penting kita enjoy! Cuba tengok gambar dekat atas dengan yang ni. Kemain ceria lagi muka memasing lepas main tu kan. Memang sakan bergelak ketawa time main tu sampai sakit perut aku. Dah keluar tu rasa macam sakit mulut pulak sebab asik senyum n gelak sakan...hohoho...Bukan selalu kan. Sekali sekala je ok!
Next cari tempat makan. Kami ke Papa John's dekat JJ Wangsa Maju sebab tak tau nak makan apa dekat Wangsa Walk. Tu pun sebab Adda ngan Dee dah biasa ke sini. Adda siap ada membership card lagi ok ;) Kitorang berdua je baru nak jejak. Selama ni elok je ada set untuk lunch yang murah tiap2 hari. Sekali elok pulak minggu tu dia tukar. Promo tu valid untuk weekdays je T_T
Frens...TQ la korang ye sebab sudi join aku yang tetiba mengidam nak main bowling ni...hehehe...Next time boleh main lagi kalau free. Ingat, jangan praktis dulu before ajak main tau. Tak aci camtu :D
Ada gambar berdua...hikhik...Dah lama tak ada orang tolong amikkan gambar gini =)
Apa yang dimakan hari tu...Breadstick Adda punya.
Dee order Pizza Pocket. Aku panggil karipap gemoks!
Tapi gemoks bukan sebarang gemoks ok. Sangat sedappp sebab ada cheese. Aku ni memang pantang sket kalau cheese ni. Semua pun sedap. So harus la order kalau datang lagi lepas ni ;)
Papa Irfan order pizza yang aku tak tau la nama apa.
Aku order Spicy Chicken Skewers. Nampak macam simple je mende nya. Buat sendiri pun boleh kan. Tapi ayam tu sangat sedap ok. Teringat Tori Yaki yang orang jual kat Bazar Ramadhan hari tu.
Tapi sila la jangan percaya aku nak makan ayam tu je. Harus la tak kenyang. Order baked pasta sekali. Tu pun lepas dok belek menu ke depan ke belakang beberapa kali baru order. 1st time datang macam blur je nak order apa :P Pasta ni pun sedap. Biasanya semua pasta sedap je di tekak aku.
Balik rumah tu siap2 lepas tu keluar lagi. Saje nak bawak Irfan jalan2. Rasa bersalah pulak tinggalkan dia lepas tu tak bawak dia ke mana2. Time keluar pun dok teringat dia buat apa. Tengah main ke, tido ke, nanges ke, makan ke. Maklum la dah biasa bawak dia ke hulu ke hilir. Macam biasa mesti ada perasaan camtu.
Shopping barang dapur sikit kat Tesco. Tak suka sangat nak shopping hari Sabtu since no plastic bag bagai. Leceh pulak. Tu pun kebetulan teringat nak bawak shopping bag. Biasanya lupa...huhu....
Suka la tu dapat jalan ;)
Thursday, October 18, 2012
USS #6: Sci-Fi City
13/08/2012 - Thurs
Tak sempat nak update blog semalam. Tetiba kat rumah blackout terus huru-hara. Berkejaran ke ofis tapi bila dah dekat nak sampai mak cakap dah ada letrik balik. Terus patah balik...hahaha...Segan aih dah dekat pukul 11 pagi baru nak masuk ofis.
Actually kelmarin tu tersalah info daaa. So copy paste balik 2 gambar ni :P Roller coaster ni aku tak naik. Ni wajib naik kalau datang lagi sekali ;)
Dekat Sci-Fi City ada 3 attraction. 1st Battlestar Galactica and 2nd of coz Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle and 3rd Accelerator.
Tak sempat nak update blog semalam. Tetiba kat rumah blackout terus huru-hara. Berkejaran ke ofis tapi bila dah dekat nak sampai mak cakap dah ada letrik balik. Terus patah balik...hahaha...Segan aih dah dekat pukul 11 pagi baru nak masuk ofis.
Actually kelmarin tu tersalah info daaa. So copy paste balik 2 gambar ni :P Roller coaster ni aku tak naik. Ni wajib naik kalau datang lagi sekali ;)
Yang ni tak tau la nama apa.Yang ni la yang tersilap info hari tu. Menda ni adalah alien dalam cerita Battlestar Galactica. Biasanya nak update pasal USS kena refer Papa Irfan dulu. Hari tu dia balik lambat so tak sempat nak tanya. Tu yang main belasah je tu :D Mende ni nampak macam cute je. Tapi Irfan boleh jerit sebab takutkan dorang.
Ni Accelerator. Kitorang tak naik pun. Amik kat Google je nih. Tak sure kenapa. Boleh je bawak Irfan naik sekali mende ni. Maybe sebab dah malas kot. Next visit je lah.
Melawat Bumble Bee dulu =)
Elok2 tengah amik gambar kat situ tetiba ada sorang staf USS ni cakap kejap lagi Optimus Prime nak keluar. So we're 1st in the line. Memang tak lama lepas tu Optimus Prime kua dengan gagahnya :D
Terkesima kejap dapat tengok Optimus Prime depan mata walaupun dah tau ada orang kat dalam tu. Tapi memang semua orang kat situ pun "Whoaaaaa" =)
Kitorang orang yang 1st bergambar ngan Optimus Prime. Untuk session tu la kan. Memang kebetulan sesangat. Time ni boleh pulak kitorang terpijak kaki Optimus Prime tu. Ada jugak yang jatuh tersungkur kang :P
Lepas2 tu memang queue pun panjang. Kena la beratur di tengah panas tu ye. Nasib kitorang dah amik gambar dulu =)
Amik gambar dengan Evac pulak. Tapi ni patung aje. Tak ada pun dalam movie Transformers. Kalau naik Transformers the Ride tu Evac ni kononnya kita yang naik ride tu la. Robot yang baru join the team.
Staf kat situ soh letak Irfan sorang2 kat situ. Entah camne dia ok pulak. Kat Madagascar siap nanges bila kitorang dok jauh sket. Elok orang tu soh smile terus dia cangkuk kat situ T_T
Cangkung baik punyer! Adoi la Irfan...sape la yang ajar posing cenggitu...huhuhu...
Transformers The Ride...Memang excited sangat bila sampai sini. Tapi macam tak percaya jugak kalau tak dapat naik. Aku pandang Meor, Meor pandang aku. Macam tak boleh jadi je. Maka usaha menidurkan Irfan pun bermula...hahaha...
Kitorang duduk2 kat kerusi depan tu dengan harapan dapat tido kan Irfan. Ternampak pulak ada stall jual air kat situ. Memang menggoda sungguh la walaupun dah bawak bekal air dalam beg. Tetap teringin nak minum air gas yang berais tu di kala tekak tengah kering. Terus beli secawan. SGD 3.80 hokey secawan. Lepas tu mula la nak convert. Mahalnya la air yang kitorang minum tu T_T
So berjaya kah misi kitorang nak tidokan Irfan? Nantikan next entry pulak sebab dah masuk area New York lepas tu. Our last destination in USS ;)
Tuesday, October 16, 2012
USS #5: Ancient Egypt
13/08/2012 - Thurs
Dekat Ancient Egypt pun macam tak ada apa2 sangat. Yang Irfan boleh naik pun Treasure Hunters je. Tu pun kitorang malas nak naik sebab macam bosan je. Dok dalam jeep tu lepas tu jalan je ikut rail dia. Dah la slow. Lagipun nampak macam sebijik je macam yang kat Genting punya T_T
Kalau tak silap malam2 kat tasik belakang aku tu ada show. Siap ada bunga api kot. Confirm meriah tapi ada time weekend je la since weekdays pukul 7 dah tutup. So lepas ni kalau datang lagi wajib datang weekends walaupun orang confirm ramai giler n tiket pun kemain mahal T_T
Army of Anubis...Tengah seronok2 jalan kat USS tetiba mood terus spoil bila tengok mamat nih. Tapi sebab nak amik gambar kenangan gigih jugak amikkan gambar Irfan ngan papa dia lepas tu blah cepat2.
Macam poyo ok mamat nih. Bila tengah amik gambar dia takut2 kan orang. Siap buat bunyi2 lagi sambil kejar2 orang. Ramai la aku tengok orang bertempiaran lari. Nasib baik Irfan cool je tak nanges. Aku je yang panas tak tau kenapa. Padahal memang dah character dia nak kena buat camtu. Tapi aku tetap tak suka...hahaha...
Berdiri jauh2 sket then baru amik gambar 3 beranak :))
Selain Treasure Hunters ada lagi 1 ride kat sini. Revenge of the Mummy. Entrance dia kat 2 patung orang yang besar tu. Pun kitorang tak masuk. Time ni memang just amik gambar dan terus ke Sci-Fi City.
Monday, October 15, 2012
USS #4: The Lost World - Jurassic Park
13/08/2012 - Thurs
Sambung lagi cerita USS selagi termampu :P Habis je show Waterworld terus ke Jurassic Park. Tak sempat nak lepak2 sangat. Duduk pun kejap2.
Irfan pun memang dah tak lalu nak pandang kamera. Kitorang pun ada tempat macam dah malas2 je nak amik gambar. Nak amik satu2 memang jenuh jugak la sebab tengah panas terik.
Sila layan gambar seterusnya sebab tuan punya blog pun dah tak lalu nak update...hahaha...
Nothing much at Jurassic Park. Kitorang just pegi Dino-Soarin' ni je since Irfan boleh naik.
Best bila dapat terbang tinggi2. Tapi tak sebest kalau dapat naik roller coaster la kan ;)
Sebab dah terlampau excited soh Papa Irfan naik jugak bawak Irfan lagi sekali. Saje nak suruh merasa keseronokannya jugak :D
Lepas tu jalan, amik gambar, jalan lagi amik gambar...
Kat sini ada food court. Tapi tak masuk pun. Macam tak halal je area ni.
Tengah2 jalan tu ternampak ada lori lalu bawak dinosour ni. Bukan dinosour patung ni. Dinosaur robot. So ada la gerak2 sket.
Ha tetiba dia nganga mulut ko. Terkezut la Irfan. Pelik dia nengok. Nasib sempat amik gambar dah before tu.
Tengah2 jalan tu tetiba kat sebarang sana nampak la pulak si Shrek ngan Fiona ni. Nampak je Shrek tu terus Irfan meraung tak nak amik gambar. Shrek tu lagi dok kacau2 dia.
Irfan biasa ok je tengok maskot pelik2 ni. Tapi Shrek ni tetiba dia takut. Orang yang amik gambar tu punya la meriah dok agah2 Irfan soh pandang kamera tapi sampai ke sudah Irfan tak benti nanges T_T
Alang2 dah patah balik ke Far Far Away terus sambung amik gambar mana yang tercicir tu.
Nak jugak amik gambar lagi sekali kat sini. Terasa cantik betul pemandangan kat situ =)
So pada kitorang kat Jurassic park ni cam tak ada apa2 sangat sebab banyak yang tak boleh naik. Time tu pun malas nak gilir2 jaga Irfan. Antara yang kitorang miss adalah Jurassic Park Rapids Adventure ni. Tapi kalau tak bawak Irfan pun maybe kitorang tak kan naik.
Sebabnya nanti akan basah lenjun. Kitorang bawak je baju salin hari tu tapi lansung tak pakai.
Lagi satu adalah Canopy Flyer. Nampak macam sangat best dan happening je naik mende tu. Wajib naik kalau pegi lagi sekali =)
Last sekali Amber Rock Climb. Satu2nya tempat kat dalam USS ni yang lansung aku tak minat nak try....huhu...Dah la nak kena bayar extra fees pulak tu T_T
Next stop will be Ancient Egypt =)
Subscribe to:
Posts (Atom)