nuffnang

Wednesday, January 9, 2013

Ber'Shawl' di Tahun Baru

01/01/2013 - Tues

Cuti tahun baru pun akhirnya berjaya keluar. Suka suka! Tu pun keluar dah agak petang. Tak kesah la asalkan keluar. Harapkan public holiday je la. Kitorang ke OU lagi. Memang situ je la tempat jalan2 yang paling best dan agak dekat. Banyak kali datang pun tak pernah bosan. Actually time ni Irfan demam dah 3 hari. Tapi tak panas sangat. Aku rasa sebab dia bosan terperuk je kat rumah. Tu yang demam tu. Agaknya la. Pepandai je kan :P

Ohhh! Buat julung2 kalinya aku ber'shawl' setelah sekian lama. 1st time nih. Dulu pernah pakai sekali time pra graduation dinner. Tu 5 tahun lepas la. Tu pun orang yang tolong pakaikan. Shawl pun pinjam orang punya...hahaha...So tu tak dikira la kot. Kali ni pakai shawl sendiri and sendiri jugak yang pakai sampai berpeluh2 dok depan cermin :D


Dah lama teringin nak pakai shawl tapi memang fail la bab nak melilit2 ni. Dah tengok YouTube berapa ratus kali pun still tak paham2 jugak. Apa daa...So pendamkan je la hasrat nak ber'shawl' tu. Pakai tudung ekspres sudah. Kebetulan hujung tahun hari tu ayah pegi Kemboja entah macam mana boleh beli pashmina yang banyak as buah tangan untuk anak2 n menantu dia. So aku pun try la lilit2. Tak menjadi jugak. Papa Irfan pun ada bunyi2 jugak suruh pakai shawl.

So sempena tahun baru tu aku pun gigih la jugak lilit2. Tunjuk kat Papa Irfan dia kata ok aku pun pakai je la terus. Memang nampak 3S. Serabai, Serabut dan Sememeh...hahaha...1st time pakai memang rasa tak selesa sebab rasa macam ada mende melilit atas kepala...Macam2 cara lilitan dah aku tengok kat YouTube. Last2 aku tak ikut sangat pun sebab rasa pelik. Ni je la cara yang paling simple aku boleh buat. Hentam je la labu. Kesian aku kan. Orang lain dah berzaman dah bergaya dengan shawl dengan lilitan yang canggih manggih. Aku je yang ketinggalan zaman T_T Sekali sekalai pakai shawl ni macam best jugak. Tapi tudung ekspres tetap di hati lagi kot tak kesah la orang cakap nampak macam tua ke muka bulat ke apa ke. Aku suka je. Asalkan memudahkan hidup aku :P


Actually aku ada 1 pashmina yang dapat time kawen dulu. Tak ingat dah siapa bagi. Sampai sekarang tak pakai2. Nanti la nak try sementara tengah bersemangat nak ber'shawl' ni kan...hehe...Ada lagi 1 ni pashmina jumpa dalam almari kat rumah ni. Tak tau la siapa punya. Nampak macam menarik je. So nanti nak kasi try jugak :P Ha ada lagi satu rupanya. Halfmoon shawl yang kekononnya nak pakai time kenduri adik aku hari tu. Praktis punya praktis macam tak konfiden pulak nak pakai. Last2 pakai syria aje. Halfmoon tu pun kena kasi try jugak. Wahhh tak sedar koleksi shawl ku dah bertambah rupanya...hehe...

Dah habis round OU dari old wing ke new wing patah balik old wing then balik. Tak ada la singgah semua kedai pun. Aku berjaya mengawal diri dari shopping apa2 kat situ. Papa Irfan je yang shopping. Nasib baik dah nak balik tu Irfan tido. So aku dok diam2 tepi stroller jaga Irfan. Kasi chance Papa Irfan telek belek barang dia puas2.


Sebenarnya aku yang dah shopping banyak bulan lepas. Kan aku ada bising2 kat blog cakap stress kerja apa la. Iye la kerja sampai pagi buta hampir setiap hari. Bayangkan dekat sebelah anak tengah merengek2 mintak perhatian. Kat depan pulak team lead sibuk dok bagi email macam2 suruh push siapkan kerja ASAP. Kadang2 sampai satu tahap tak tau nak buat yang mana satu. Dua2 tanggungjawab. Papa Irfan pun bz balik lambat. Nak mintak tolong mak selalu sangat pun dah segan. Kalau boleh tak nak menyusahkan dorang. Sudahnya rasa nak menjerit je tapi tak boleh. So nangis dalam hati...wuwuwuw...

Tetiba keluar topik. So sebab stress yang terlampau. Keluar rumah pun tak lepas. Maka aku pun shopping la online dengan dasyatnya...hahaha...Beli sampai 4 helai blouse dengan skirt. Lepas tu siap order jam beli dekat UK. Kira online jugak la tapi mintak SIL yang order kan. Dia buat bisnes beli barang2 dari sana. Fuhhh...macam menggila je shopping. Tu pun dok ada 3 helai blouse lagi tak pakai. Harapkan keluar weekend je la nak pakai pun. Entah bila dapat pakai pun tak tau la.

Sport shoes and jeans baru. Aku rasa ni sport shoes yang paling macho la yang Papa Irfan pernah ada. I loike! Gambar kasut tak ada sebab hari2 dok pakai pegi ofis. Jeans je aku tak bagi pakai. Tunggu keluar jalan sama2 baru boleh rasmi...ahahahha...


Nampaknya aku kena terus maintain untuk tidak shopping bila keluar. Sebabnya semalam tadi tangan gatal pegi order lagi 2 helai blouse plus 3 helai tudung. Dushdushdushhhh...I just cannot help it! Boleh tak anggap tu sebagai reward untuk diri sendiri je? :P Btw before pegi OU kitorang sempat singgah ke satu butik tudung ni. Saje nak tengok2 apa yang menarik. Alang2 dah sampai aku pun rembat la sehelai shawl...hohoho...Yang tak tau nak pakai bila. Shawl yang plain. Earth color je pun. So that nanti senang nak matching dengan banyak baju. Nanti kalo dah terer ber'shawl' boleh la cari yang corak2 n berwarna warni pulak ye ;) Sori la banyak membebel sejak dua menjak ni. It's a theraphy for me actually ;)

p/s: Petang semalam Papa Irfan balik pukul 4 petang. Dah tak tahan mengantuk. Tapi sepanjang dia tido aku rasa ada lebih 10 kali kot orang kol. Kesian aku tengok dia kena jawab kol dalam keadaan mamai. Dua tiga kali jugak cakap lepas tu diam. Aku tanya la dah habis cakap ke belum. Lepas tu sambung cakap balik...hahaha...Kesian tapi nak gelakkan jugak. Sampai tertido time tengah cakap phone. Memang tak tau nak kata apa dah. Pukul 8 malam tadi dah pegi Cyber balik. Dapat tido pun tido yang tak berkualiti kot. 4 pagi baru balik. Dorang ni memang agaknya memang tak boleh tengok orang senang kan T_T

8 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Elok je Cuna pakai shawl tu.... nampak lain penampilan tu. kalau da biasa pakai shawl, nanti in few seconds dah siap lilit.

cuna said...

shu: hehe tq shu. xbrapa kms sbnrnya. xterer cm shu lg ;)

Hasnah said...

namapk kurang kemas cuna. cuba cuna try pki anak tudung syria tp x yah dah pki ank tudg putih kecik tue. pastu try bentukkan dlu muncung tudung then baru lilit.. =)

Nurul said...

dah terer dah tu pakai shawl. dah husna boleh tambah koleksi shawl :D

Unknown said...

asna: huhu.tu la.mmg bermslh sbnrnya dgn inner tu.ekceli tu inner soft awning.kna pakai ank tdg sbb kalo x nnt rmbt terburai kua.hoho.nk pakai inner syria xde kaler yg sesuai pulak. tu yg main redah je. nnt la nk pegi cari. tggu masa je nk kua ni. tp xtau bila T_T

cuna said...

Nurul: xde maknanya nk terer la nurul. ingat nk berguru ngn nurul dr aritu lg. tp cm ssh je nk jmpa. so try n error je lah :P

Fathaz Network said...

hai, bershawl pula huu..good try la cuna..pe salahnya kan..hidup ini kena mencuba..hehe..sy ni dh tinggal tudung awning2..sebab hubby bising mcm pelik lah pakai yg berawning, mcm indon..tu yg berpashmina...cuma sy suka x pakai inner senang nk buat bentuk..ikut je gaya sndri yg penting selesa...tp kdg2 pkai juga tdg awning nk g kedai dekat2 huu

p/s: syoknya dia shopping sakan ;)

cuna said...

azy: perasan jgk azy dh bershawl dkt entry baru. cantik je azy pakai.nmpk kms. tu la kn tetiba mcm sumting wrong pulak pakai tdg awning nih. tp xkn nk smpn trs kn. membazir pulak beli byk2 tp xpakai.huhu