nuffnang

Friday, May 28, 2010

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ni memang ari Jumaat....
And yes hari ni jugak Hari Wesak n most of us cuti...
Hari ni hari Jumaat last aku SINGLE...
Jumaat depan DOUBLE pulak :P Insya-Allah...
Jumaat depan dah nikah...lagi 6 hari je ni...
Sangat berdebar2 plus eh betul ke ni??
Weekend kali ni bukan untuk bersantai2 or bersuka ria...
Memang sangat havoc hectic coz ni weekend yang last....
Last untuk buat last min preparation...
Siapkan doorgift for 1000 orang....
Sakit badan pinggang sume weh...
Tapi tak boleh mengeluh....
Langsir hall dah siap pasang...
Petang tadi dah pegi fitting baju yang tak berapa nak siap...
Mak andam tu memang sangat merisaukan aku...
Entry ni tak de motif sangat....
Saje je nak pot pet pot pet di hari minggu :)
Sekian...

Wednesday, May 26, 2010

My Wedding Preparation: Part 2

Sambung balik story wedding preparation. Dah tinggal lagi 9 hari baru reti nak sambung cite. Bz plus rasa cam banyak mende nak update kat blog sampai tak tau nak update yang mana satu. Before aku lupa jom mari sambung part 2.

6) cadar --> done!

Agak awal jugak la dah beli cadar. Dalam bulan dec or jan aritu. Time tu kedai ni tengah buat clearance sale sebab nak pindah. So intai2 je la apa yang ada. Last2 beli situ terus tak de nak survey2 tempat lain dah. Actually aku berkenan cadar macam dalam gambar tu. Price tu before less tau.


But mak aku cakap kain dia organza so tak tahan lama. Senang terkoyak and if simpan lama2 benang2 tu akan tercabut sendiri. Lebih kurang gitu la kan. So reject. Last2 beli cadar lain. Dalam beg atas katil tu ha cadar yang aku beli.

So ni la color nya. Tunjuk sarung bantal sudah. Tak boleh lebih2. Korang bayangkan la biru ngan gold jadi apa. Aku ni tak de la teliti sangat bab2 color ni. Nasib je la matching tak matching pun. Malas nak pusing2 cari cadar biru. Cadar weekend ni baru nak pasang. So lepas pasang tak boleh la nak tido atas katil dah. Huhuhu

7) inai --> done!

Inai hari tu baru nak sibuk2 cari kat tenet. Kol orang tanya sana sini. Sume mahal2. Nak buat henna tangan ngan kaki siap ada pakej yang sampai RM250. Huhhh sangat la mahal nye. Teringin la jugak nak buat corak2 atas tangan tu kan. Once in a life time. Saje nak try. Tapi bila tengok harga...baik pakai sendiri je tak yah lukis2. But finally aku dapat jugak yang agak murah tapi tak murah mana la. Korang tengok je la hasilnya nanti okay ;)

8) langsir --> done!

Langsir pun dah siap awal. Dalam awal bulan 2 hari tu dah siap tempah jahit sume. Cari kat Nilai Square. Memang tempat langsir sesaje. Jalan dari hujung ke hujung baru la jumpa langsir idaman hati. Masuk kedai memang tak sempat nak snap pic dah coz sibuk kaji langsir mana yang ok. Berejam jugak la nak match2 kan. Dah la susah giler nak cari kaler biru.

Last2 tempah langsir hall, bedroom n backdrop sume kat situ. More to gold. Nasib la. Memang tak koser dah nak cari yang biru jugak. Ada 3 or 4 kali jugak la berulang ke Nilai 3 ni. Nasib la dok KL. Cuba dok kat Seremban ke Nilai ke....confirmmm every weekend nak singgah situ. Bila dah nak kawen baru la nak paham nape orang suka sangat pegi situ...Semalam baru pasang langsir kat bilik. Aura pengantin baru pun dah datang. Minggu ni lansung tak de mood nak buat keje. Mood wedding dah datang :P

9) door gift --> 80% done!

Door gift dah siap beli bulan 12 last year. 1st time pegi Nilai 3 memang beli door gift berkotak2. Then bulan 4 hari tu mak pegi Nilai 3 lagi n tambah lagi berkotak2. Huhuhu. Terharu pulak sebab kadang2 mak pegi beli barang aku tak ikut pun. Bila dah nak kawen makin terasa betapa besarnya pengorbanan mak kat aku. Bukan la selama ni tak menghargai pengorbanan dia melahirkan n membesarkan aku. Just macam senang tersentuh time2 gini. Teremo gitu.

Mak la yang paling bersusah payah prepare sume2 ni. Especially time aku sangat2 bz ngan keje ofis. Adik beradik lain pun sibuk ngan family masing2. Mak jugak la yang selalu ada ngan aku time aku hepi, sedih, putus asa, jatuh tersungkur sume and selalu bagi kata2 semangat kat aku time tak de sorang pun yang pedulikan aku. Ok sudahhh tetiba aku teremo lebih2. Dah menitik2 air mata nih. Huhuhu. Patut cite door gift ni. Door gift tu aku tunjuk dalam plastik je la ek. Tu pun tak siap packing lagi. Berusaha untuk try habiskan this weekend.


10) sirih junjung --> not done

Ni memang nak kena buat lambat2 sket n of coz la bukan aku yang buat. Sangat la tak kreatif nak design2 ni. Mak cik aku jugak yang pakar. Zus zas zus zasss siappp. Aku buat zus zas zus zasss hancur bunga2 sume. Tak sempat nak jadi bunga pahar pon. Kekeke

11) kursus kahwin --> done!

Malas nak cakap sebab dah berzaman aku pegi kursus kawen. Bulan 11 2008. Nasib baik la sijil tu tak de expired date. Bukan gedik2 nak amik awal. Memang time tu dah bajet2 dah nak kawen. But kita hanya merancang Tuhan yang menentukan...Hopefully kenduri aku nanti semuanya berjalan ngan lancar. Aminnn...

12) ujian HIV --> done!

Ni buat bulan 3 hari tu kat Pusat Kesihatan Tanglin kat area Bukit Aman. Hari yang kitorang sama2 amik half day. Before tu memang dah call 2 minggu awal buat appointment. Kalau tak buat memang balik camtu je. Depend on pusat kesihatan jugak la. Tapi aku dah kaji abis dah kat tenet. Tanglin ni je senang coz dekat ngan ofis Myo. Pastu before masuk lunch dulu kat gerai ikan bakar kat depan. Quite famous jugak la. Ramai orang n sangat sedap.

Nak tunggu klinik tu bukak pukul 2 pun dah beratur panjang kat luar. Dah masuk nak isi2 form lagi baru amik nombor. Tunggu turn lagi. Jangan tak bawak IC sudah. Ada orang tak bawak IC. Kena bebel ngan makcik kaunter. Hehehe. Lepas pegi kaunter baru pegi bilik doc kat blok lain. Cek darah n sesi kaunseling sekali. Doc tu siap soh baca cam katalog kat situ pasal HIV sebab pastu dia nak tanya. Sungguh2 je aku baca siap hafal2 kot2 lupa. Hahahah.

Cucuk tu pada aku agak sakit la kan sebab aku tak pernah derma darah. So tak tau la camne rasa kena amik darah. Cucuk kat lengan dah rasa banyak kali time warded dulu. Kat jari never. Aku relax2 je doc tu amik jari. Ingat tak cucuk lagi. Sekali erkkkk cam orang stapler jari aku je rasa. Aku bajet pakai jarum ke apa. Hehehe. Lepas tu 2 3 ari jugak la jari pedih2 manja :P Yang penting aku HIV negatif :)

Lepas tu pegi bilik doc lain plak. Next doc tu cam ala2 lecturer ah tanya soklan pasal HIV. Serius giler. Dia tanya camne nak maintain HIV negatif tu. Memang tak de dalam katalog yang aku baca ok. 2 kali jugak la aku tembak tak kena. Last2 aku jawab "Amalkan gaya hidup yang sihat" baru betul. Tetiba terasa cam tengah buat iklan kesihatan time tu. Kekeke. Aku dah bagi soklan bocor ni. Myo relax je dapat doc sporting. Siap bergurau senda lagi. Nyampah i tau

13) honeymoon --> done!

Honeymoon not done yet of coz. Korang ni punnnn...Bajet2 la kan. Hehehe. Preparation je done. Booking last month. Dekat je. Tak boleh nak pegi jauh2. Dah la time cuti sekolah. Sume rate pun melambung2. Flight pun tak sempat nak book time promo. Bukannya tak nak book awal2. Keadaan yang tak mengizinkan. So korang yang tau patut tak yah tanya nape aku buat keje last minute. U should know why. Kalau tak dari awal tahun hari tu aku dah book siap2. So kitorang book hotel je. Transport pun sendiri. Of coz la dalam Malaysia ni je kan. Nanti dah balik baru la aku cite kitorang pegi mana okay :)

To be continued...

Monday, May 24, 2010

Clinique Passport to Pretty

19/05/2010

Last week lepas pegi JCard sale tu penat2 pegi jugak kaunter Clinique nak redeem freebies yang harga nya RM3.50. Bukan freebies dah tu. But still ok la kan since it's from Clinique. I don't care. Worth RM100 tau. Just sms to that number pastu dia tolak RM3.50 from ur credit. Then flash the mobile voucher that u received at their counter. Got info from Lilian's blog ;)


Sekarang ni Clinique tengah buat road show Passport to Pretty. If beli Clinique cosmetics RM120 kot boleh dapat free makeover and a copy of ur photo. Of coz la i tak beli. Saat2 genting camni memang kena pikir sejuta kali if nak beli pun.

Before dapat 2-pc gifts tu BA dia consult la sket2. Aku pun dah tersangat penat nak dengar detail yang dia cakap. Penat shopping before tu. Cite shopping tak kua lagi. Nanti cite. Banyak je rasa nak cite. Wed preparation punya post pun tak sambung2 lagi ni. Wuiiii banyak2

Yehhuuu dapat lipstick Clinique. Long Last Lipstick in Pink Spice. My 1st lipstick from Clinique. But dah tercacat sket coz aku terpusing while lipstick tu tengah tutup. The color look nice to me. Simpan dulu sebab ada 3 lipstick tengah pakai :P

Clinique Turnaround Instant Facial Masque. Scrub + masque.
Still boleh redeem lagi ni. SMS:my111(space)passport2pretty. Send to 33365. Ni last la kot aku pegi redeem2. Tinggal lagi seminggu lebih je lagi niiiii...Nervous2

Sunday, May 23, 2010

Tak Berseri Ke?

21/05/2010

Last weekend, singgah Ains Beauty & Spa kat Taman Samudera lepas dapat soalan cepumas dari offismate. "Eh orang biasa nak kawen muka berseri-seri. Tengok Cuna tak berseri-seri pun". Ok fine memang aku dah tak peduli pun rupa aku ni since dah bz ngan keje kat ofis plus nak kemas2 umah lagi. Memang tengok diri sendiri pun rasa serabut. But soalan tu cam terngiang2 je kan kat telinga aku pastu :P

So ni 1st time aku pegi spa. Sebelum ni ada aku kesah? Huhuhu. Konon2 nak try facial kat situ. Buat la Normal Facial RM35. Ok la not bad. Tapi aku geli2 jugak bila dia sapu2 krim kat leher. Aku ni memang penggeli orang nye. Hehehe. Actually nak survey2 pakej yang buat mandi susu, lulur, scrub bagai tu. But lepas memikirkan 'kegelian' yang aku akan alami maka nya ku simpan je la hasrat murni tu.


Hasilnya aku pegi jenguk2 kat Body Shop apa yang aku boleh beli and then sental sendiri. Since Body Shop pun start sale Jumaat hari tu, balik je keje terus singgah. Actually time lunch hour dah singgah but tak reti nak beli apa. Advisor tak de. Petang advisor ada so agak senang nak membeli belah :P

Raspberry Body Scrub 200ml. My 1st body scrub. So hari ini dalam sejarah :D Actually nak beli Olive Body Scrub coz ada orang recommend. Tapi disc dalam 20% je kot. Baik la amik yang ni. RM59.90 pas disc 70% dah jadi RM18. Murah kan?


Next amik Spa Wisdom Dreamboat Milk Bath 250ml. Pakai je la sendiri kan cam ala2 mandi susu kat spa tu. Milk bath ni pun 1st time aku beli. Hari ini dalam sejarah jugak ;) RM59. After less 50% jadi la RM29.50. Boleh la mandi susu beberapa kali.

And the last one Cassis Rose Shower Gel 200ml. Yang ni saje beli nak try. Geram sebab dah murah. RM29.90 n after less 50% jadi la RM15. Sonok je beli time sale. Kalau tak memang aku kua masuk tak beli pape pun kat Body Shop. Huhuhu


Last year ada beli lip gloss n blusher brush Body Shop time sale jugak. But time tu memang tak pandang lansung segala body wash, scrub sume ni. But hari tu nampak lip gloss pink RM30 yang sangat cantikkk. Gerammmm. 2 or 3 kali amik pastu letak balik coz tetiba teringat lip gloss yang beli last year pun tak pakai lagi :P

So tu je la yang aku beli. Arini dah last sale Body Shop Ok fine aku tersilap. Sale sampai 13 June. Hehehe. Aku nak update semalam tapi cam biasa sangat bz pagi ke malam. Tak sempat nak try hasil tangkapan terkini ni lagi. Oh yang biru tu bath gloves. My advisor yang beria2 soh beli jugak. But less 10% je. Dalam 14.50. Tak nak sangat but seems it's in blue boleh la diterima.


Entah berkesan ke tak taktik ni. Kalau tak berseri jugak nasib la kan. Sebab memang banyak sangat mende nak kena pikir lately. Yang paling tak tahan time2 camni la keje kat ofis pun sama2 berebut nak soh aku buat. Sampai masuk dalam mimpi dah. Haihhhh...

Friday, May 21, 2010

Free Laneige Water Sleeping Pack_Ex

16/05/2010

Last weekend jalan2 singgah redeem sample Laneige, Water Sleepin Pack_EX. Saje nak try kot2 best. Tapi macam best coz SA tu cakap mask ni boleh pakai time tido. Tak de la nak kena pakai 10 or 15mins pastu kena cuci muka. Biasa mask camtu. But kadang2 aku tertido jugak dengan mask kat muka sampai pagi :P Patut tak boleh la kan.


Redemption period: 12th May - 31st May 2010. So if ade sesape nak try ada lagi la kot sampai next week. Can redeem at Laneige Parkson - Gurney Plaza, Pavilion, Sunway Pyramid. Got info from Jess's blog ;)


Kat dalam tu dia ade bagi 3 sachet. Mana tah lagi satu. Snap 2 je. Seminggu tu pakai 3 kali. Aku tak de masa lagi nak try. Biasa terus tertido coz penat sangat lately. Nak pakai cream malam pun kadang2 je. So korang jangan salahkan aku pulak kalo tak berseri time wedding nanti :P

Actually bukan saje2 kua jalan2 nak redeem Laneige ni. Before that kitorang dah berpusing merata cari umah. Susah okay nak cari umah sekarang. Ntah nape sume orang cam tak reti2 nak pindah :D Ohhh but now finally dah jumpa. Tak de la perfect sangat but I'm really really bz to think deeply bout that. For now janji ada sudaaa

Wednesday, May 19, 2010

Clinique Gift With Purchase

10/03/2010

Ni post yang dah berzaman dok dalam draft tapi tak publish2 lagi. 2 bulan lepas. Giler basi hokay. Al kisah nya aku pergi JCard Members' Day kat 1U. That time was the 3rd times i think datang sale ni. At 1st datang nak beli kasut Primavera yang aku dah lama aim. Tu pun dah 4 or 5 kali tengok belek kasut tu. Aku if nak beli pape memang kena pikir limaploh kali dulu before beli. Nak make sure tak kan menyesal di kemudian hari :D

Tapi kan before nak beli kasut tu, terlalu plak depan kaunter Clinique andddd ternampak free gifts display kat depan tu. 8-pc gift free with any Clinique purchase of RM330 or more in a single receipt. Mata pun dah jeling2 dah. Ternampak pulak Super City Block tu. Haihhh parah ni. Sale before ni pun Clinique ada buat Gift With Purchase (GWP) camni jugak. Tapi ntah nape that time rasa cam sedikit tergugat. Hahaha. Tapi tak singgah pun coz memang datang nak cari kasut. Dapat kasut lalu lagi kaunter Clinique. Rasa nak buat2 pitam depan tu kot2 dorang kesian bagi sunblock free satu. Kahkahkah


Then, pegi Mid Valley sebab nak settlekan RMK dulu tu. On the way balik still terbayang Clinique GWP tu. Hahaha gila bayang. Then tak puas hati singgah 1U balik. Tak kira nak jugak GWP tu. Lagi pun memang dah lama nak ada skincare Clinique but kena pendam kan saje coz skincare lain pun tak habis pakai lagi :P

Sila abaikan muka ku yang sememeh itu. Penat balik keje n ngamuk kat kaunter RMK pun tak abis lagi pastu datang terjah Clinique plak. Sebab before ni dah try sample 3 Steps tu, aku pun laju je cakap nak beli set yang tu. Tapi still tak cukup nak dapat kan free gifts tu. Then BA tu bawak kua eye cream All About Eyes. Nak amik sunblock pun dia dah include kan dalam gifts tu. So amik je la eye cream. My 1st eye cream.

So lepas bayar dapat la redeem voucher ni. RM30 ringgit je. JJ ni cam kedekut sket kot part2 voucher2 ni. Tapi aku still pengunjung setia JJ. At least sampai tahun depan. Tengah boikot Isetan ni. Lagipun JJ je senang cari kat area ofis.



And ni la Clinique yang aku idam2 kan selama ni. Clinique 3 Steps. Ada Liquid Facial Soap, Clarifying Lotion n Moisturizing Gel. The best part is....Myo gave all these to me as my belated birthday present. Yippieee!!! At 1st pinjam duit Myo dulu coz dia tolong bayarkan. Then otw balik baru dia cakap tu besday present. Sangat terkezut tak terkata time tu. Sukeee. I lap u lah Myo :D Kene la over2 sket kan since Myo tak penah kasi birthday present since couple dulu. Hati ini tegar okay

Another one is this eye cream yang memang tak plan pun nak beli. But since set 3steps tu tak sampai RM330 so kena la add n buy something else n the BA suggest soh amik yang ni. Eye cream ni je yang aku dah pakai so far. Yang lain dok diam2 dalam almari.

The most interesting part of coz these GWP. Memang rasa macam nak melompat2 kegembiraan je bila dapat ni (sekali lagi over di situ)

From L-R: Blusher brush, Makeup remover, Brightening City Block, Foaming Cleanser, Super Rescue Night Moisturizer, Moisture Surge, Fresh Bloom blusher in Peony and Colour Surge Eye Shadow Duo in Strawberry Fudge. So total 8 gifts (^_~)

Best coz finally dapat sun block tu even kecik je. At least boleh try dulu. Bertambah best bila dapat es, blusher ngan brush sekali. Cukup membuatkan aku tersenyum lebar. Ngeeee. Actually GWP yang aku dapat ni tak de la exactly yang macam dorang display. Dia bagi depends on type of skin :)

Actually not 8-pc coz dapat pouch ni sekali ;) Total 9-pc. Syiok!


Okay fine aku tipu. Myo penah bagi Mr Bebear ni time birthday aku. Ni birthday present 1st n last before dapat Clinique tu :P Tu pun aku dengan muka tak malu nya pegi kedai pastu tunjuk2 teddy bear ni. Tapi that time lain sebab tak surprise. Terkejut terkejut baru ada umphhh. I luv surprise :) On certain occasion jugak la kan. Tak kan sume mende pun nak surprise. Tapi cute la bebear ni. Maybe sebab pakai baju biru. Ohhh cute! Dah sama color ngan katil. Lalalala


Motif entry ni nak bagitau korang hari ni 19-20 May 2010 ada JCard Members' Day kat JJ 1U :D Kot2 ada yang nak Clinique GWP tu kan coz apa yang aku survey memang akan ada each time ada JCard Day ni. Ohhh entry ni la reason nye nape aku buat entry "Sedang Menghabiskan Skincare Samples" Part 1-Part 4 hari tu. Sebab nak pakai Clinique set ni la aku ken gigih habiskan sample2 yang ada. Tak sabar nak pakai Clinique. But sampai arini sample aku tak habis2 n set Clnique tu pun lansung tak usik2 lagi. Hehehe....

p/s: This entry was written before the tragedy happened. Currently I'm still in trauma mode....

I've Hit A Car

Yesterday was really a bad day for me. Actually not for the whole day. But that moment really spoil my whole day or maybe my entire life. Huhhh fine. Memang aku dah langgar kereta orang. For the 1st time in my life langgar kereta orang gedegang terosss. Bukan nak bangga dapat langgar kereta orang. But rasa macam terkesima sampai saat aku tulis post ni. Almost 8 years jugak la bawak kete n this my worst experience ever. Ok minus 3 years la coz time tu ada lesen but tak de kete :P

Actually we've an appointment with someone at 7pm. Need to fetch Myo before that. But then only around 630 baru aku kua ofis. Plus hujan plus traffic light rosak sana sini plus jem. Sampai lepas satu simpang ni aku drive macam biasa. Jarak ngan kereta depan pun agak2 boleh muat lagi satu kereta. Then that car naik bump. At that time aku dah siap tekan brek. Entah camne kereta cam tak nak berenti jugak. Rasa cam dah tekan brek sekuat hati. At last aku pejam mata je coz tau memang tak dapat brek jugak and GEDEGANGGG!!!Owh time ni aku rasa cam nak pengsan serta merta. Kuat ok bunyi nya. Rasa cam nak luruh jantung pun ada. Time tu orang depan tu dah kua kan tangan soh benti tepi. Ok fine...of coz la memang aku nak benti pun.

Time dah berenti baru aku pasan aku baru je melanggar sebuah kereta mahal. Huhuhu. Sekali kua la mamat ni pandang slack kat aku sambil belek2 bonet kereta dia. Time tu aku dah separuh pitam padam enjin gigih2 kua kereta. Prung prang prung prang jugak la. Siap kena lecture ngan mamat tu. Aku dah mintak maap seploh kali dah. Time nak brek pun memang agak jauh. Just brek tu serius cam tak makan :( Huwaaaaaaaaaaaa. Tapi sebab aku dah langgar tak boleh la nak cakap banyak. Mamat tu pun buat muka garang (ada ke orang nak senyum pas kereta die kena langgar? dusshhh!). Aku memang terasa kerdil giler time tu even aku sama tinggi je ngan dia :P Yela. Style mamat tu pun dah cam ala2 tokoh korporat yang berjaya.

Actually a day before ada tukar brake pad baru since ada mechanic ni cakap brake pad tu dah haus. Then after tukar, Myo dah rasa brek tu cam tak pick up sangat. Siap ada bau2 hangus. Jumpa mechanic tu balik dia cakap memang camtu. Kena tunggu 2 or 3 days baru brek boleh pick up macam biasa. Then aku dah bawak kereta tu from SA to Gombak, Gombak to Damansara memang tak de problem. And seriously time bawak petang semalam lansung tak ingat pasal mende tu :(

Tak sanggup nak ingat dah. Terngiang2 lagi ni bunyi dentuman tu. Nasib baik la kereta orang tu tak de pape. Nasib baik jugak la aku pun selamat. Alhamdulillah. Side signal kete aku je la dah terkulai layu. Ohhh adakah ini dugaan buatku sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Tetibe. Atau adakah ini tanda2 aku kena pencen bawak kereta? Hari ni tangan kanan aku dah rasa lenguh2 sket sebab tahan dari terkena stereng semalam. I'm in trauma rite now

p/s: Morale of the story....sila jangan tukar brake pad anda time kena balik keje lewat. Huhuhu. Memang tak de kena mengena lansung.

Friday, May 14, 2010

Loreal Warehouse Sale

08/05/2010

Last weekend, pagi2 kitorang dah kua pergi Loreal Warehouse Sale kat Grand Milennium Hotel dekat2 ngan Pavilion. Park kat Lot 10 pastu lari2 anak dengan Myo pegi hotel tu. Kena jugak ajak Myo. Tak de geng n tak tau nak ajak sape. Kalau pegi ramai2 boleh la gosip2 ke ape kan if bosan2 q panjang. Tapi aku ni memang buta jalan. Kalo Myo tak bawak memang confirm sesat :D

Sampai2 kat entrance hotel ni la pemandangannya. Orang dah beratur sepanjang staircase tu. So kitorang yang sampai lambat ni kena start beratur kat depan pintu hotel tu jadi penyambut tetamu. Hahahaha. Dekat bawah staircase tu pun dah ada 2 line. Dah datang penat2 tak kan nak patah balik kan. Buat muka cool je la :))

Hall nya kat level 2. If korang nampak kat level 2 orang tengah beratur jugak. So jauh giler okay perjalanan nak sampai atas tu. Tengok je pun dah rasa nak pitam. Hehehe. 1st time aku beratur atas staircase. Before this nak naik staircase pun malas2 je. Kalau datang sorang memang mati kutu jugak la kebosanan.

Dah sampai kat tengah2 staircase tu pun dah rasa bangga. Hahaha. Letih wooo. Dah la bangun2 terus datang. Dengan perut kosong tak breakfast kene beratur lagi. Boleh je kirim kat sape2 yang pegi. Tapi aku pun tak tau nak beli apa. Motif utama nye nak cari birthday gifts. So better pegi tengok sendiri.

Abis staircase nak pegi 1st floor je sambung next staircase plak. Separuh pitam. Hahaha. Kabur pemandangan ku. Dengan siap ada couple buat drama sandiwara peluk2 lagi. Sakit mata. Huhuhu

Budget bila dah sampai atas ada la lagi satu line. Sekali sampai2 tengok line berlingkar2 macam ular kena palu. Memang tabah abis la beratur. Ade la dalam 7 or 8 lingkaran kat atas tu. Perut pun dah krok krak krok krak.

Time kitorang sampai atas tu line kat bawah dah pendek sikit. Dalam kul 11 lebih. Kul 12 lebih kitorang kua memang dah tak de line lansung dah.

Dari jauh nampak la pintu masuk. Orang2 dalam tu tengah soping sakan menghabiskan barang2 yang best2. Kekeke. Orang kat luar tengok apa yang tinggal je la. Kena la susah2 sikit kan nak dapat barang murah. Kalau nak senang pegi kaunter je la. Bayar mahal. Tu je. No pain no gain ;)


Masuk je dalam memang cari barang cepat2. Nak snap gambar pun dah tak sempat. Depan2 tu dah nampak set perfume Lancome Magnifique, Hypnose, Miracle. Geram2. Tak boleh beli sebab memang plan nak cari adiah orang.

Pastu nampak mekap Lancome. Lipstick, lip gloss, eye shadow etc. Geram tengok eye shadow jugak tapi tak beli sebab kaler biru dah habes :( Purple ngan pink pun cantik tapi Myo tak kasi beli sebab kat rumah punye tak habis lagi. So aku sebagai bakal isteri yang mithali ni pun kena la ikut cakap bakal suami. Ahaks!

Lepas mekap Lancome je kiri kanan sume skincare Lancome n Biotherm. Sekali lagi jadi geram. Huh kena banyak2 bersabar coz dah nak kawen nih. Kang sume nak beli catering sape nak bayar??? sob sob sob...

Next Shu Uemura. Pun tak beli pape. Giler mengawal diri ngan penuh berhemah. Hahaha. Jalan lagi masuk section perfume lagi. Sume perfume best2. Giorgio Amani (GA) Attitude, Diamonds, Code, Ralph Lauren Romance, Polo, Diesel, Cacharel etc tak ingat.

Sebelah perfume ada Kiehl's, YSL pastu malas dah nak tengok. Kalau tengok lagi makan pasir kang. Hehehe. Motif utama memang nak beli hadiah. Tapi dah penat2 beratur kena la beli sumting jugak nak sedapkan hati.

So ni je la hasil tangkapan kitorang. Bukan 2 plastik tapi suku plastik pun tak sampai okay. Lenguh2 beratur beli banyak ni je? Berbaloi ke?? Nasib baik aku pikir jugak yang aku ni nak kawen tak lama lagi. So cam berjaya jugak la mengawal diri. Macam yang aku cakap aku nak beli something for frens. Memang pergi pun last minute punye plan. Tak sempat nak canang2 kat sesape. Tak tau nak expect apa yang menarik coz ni 1st time pegi. So next time aku bising2 kat sini ye if nak pegi lagi ;)

Beli Biotherm Facial Exfoliator 150ml Rm40 for Myo. Tak silap aku ni 1st skincare dia kot. Tengok je result nanti camne time kawen. Berseri ke tak muka Myo ;)

Perfume Emporio Armani Diamonds 50ml RM120 for Myo jugak. Bau best. Actually nak beli GA Code coz pernah try sample n bau memang best. Tapi Diamonds pun best. Kalau ikut kan hati nak je angkut dua2. Aku pulak yang geram. Hohoho. Last2 pejam mata amik Diamonds je la. Ni if kat kaunter mau RM200++.

Tadaaa... aku pun ada perfume. Muahahahaha (gelak vangga). Macam agak tak logik di situ if aku balik tak beli perfume for diri sendiri. Last2 rembat Cacharel Amor Amor sebotol. Hari ini dalam sejarah aku beli perfume besar gedabak 100ml. Aku biasa suka beli kecik2 30ml je coz boleh tukar2. Ni dah sebotol besar tahun bila nak abis daaa.

Perfume lain banyak yang set. Coz Amor Amor ni jual sebotol2 n bau dia pun cam bes + Nurul pun pernah pakai n cakap best....tak payah pikir banyak. Nape 100ml? Korang bayangkan la 50ml = RM100 n 100ml = RM120. So rugi la kan beli 50ml. Padahal tambah RM20 je dah dapat 50ml extra. Kukuh tak reason aku tu? Hohoho

Last but not least of coz lah eye shadow palette. Awal2 dah aim kaler biru. Nak beli palette Lancome but sold out. Sempat tengok tester je :( Nasib baik jumpa YSL punye. 5 colors RM50. Dah amik ni baru boleh balik ngan senang hati nya. Syoknya banyak kaler biru. Yehhuuu i like! So kira fair n square la kan. Myo dapat 2 mende aku pun dapat 2. Hoyeeea


Korang anggap je la ni keje gila aku before kawen. Terapi untuk ke'stress'an aku sejak dua menjak ni. Release tensen la kate kan. Hehehe. Owhh mende yang aku beli as birthday gifts tu tak boleh nak expose sekarang. Bagi la tuan punya badan tengok dulu ;)

Tuesday, May 11, 2010

My Wedding Preparation: Part 1

Warning: Gambar sekadar hiasan.

Kasi warning awal2 before korang buat pape spekulasi. Hehehe. Pics kat bawah ni ni aku amik time survey2 dulu. So sume tu tak beli pun. Saje letak sini. Barang2 yang dah dibeli tak boleh la nak expose2 sangat kan. Nanti tak saspens la uols! Bosan nak cite if tak de gambar ni. Tak kesah la related ke tak pic ngan cite janji ada pic.


So nak cite la kan pasal wedding preparation. Actually dah start sket2 since bln 12 last year. Then bulan 2 stop kejap sampai la bln 4 baru la aktif balik beli belah barang kawen.

1) photographer --> done!

Bulan 12 lagi dah book kat Adan Cameraworks. Cakap mulut je. Abang aku kan bos. So ngendeng2 la. Bayar tetap bayar okay but harga adik beradik la :P But dia antar staff dia je nanti. Skill dah berkarat kate nye. Dia banyak bagi talk je sekarang turunkan ilmu. So skill praktikal dah agak out.

Hari tu bertunang pun dia anta staff dia. Tapi tak de edit pape pun gambar tu. Tunang je pun kan. Tak yah lebih2. Simpan je skill edit tu for kawen :D So nanti korang boleh tengok hasilnya bila aku dah post wed pics kat blog ;) Video tak de kot coz lupa nak cakap awal2. Apekah?

Korang tengokkk. Time aku mintak, abang aku cakap skill berkarat. Biler selebriti mintak tetiba skill tu bersinar terang bling bling. Laju jek kannnn. Tak peeee....Tengok la satu hari nanti bila aku dah jadi artis. Hehehe. Perahh santannn!


2) makeup/mak andam --> done!

Mak andam pun dah book awal2. Bulan 12 hari tu. Amik mak andam yang sama time bertunang dulu. Naynis Andaman. Memang dah tak kuasa nak cari lain. Tu pun dah kua masuk 4 or 5 butik pengantin before tu. Tapi ada je yang tak kena. Last2 pegi tempat lama jugak. Even ada a few yang cakap mekap dia cam tak berapa ok n aku nampak macam garang time bertunang tu. Belasah je la.

3) pakej baju nikah/pengantin/pelamin --> done!

Amik pakej ngan mak andam yang sama. Time nikah baju kaler gold. Time kenduri belah aku kaler blue+white. Belah Myo purple. Pelamin ada belah aku je. So korang yang datang nanti make sure kita amik gamba sama2 kat atas pelamin tau. Hohoho. Catering je tak amik kat sini coz mahal nye memang mencekik darah. Senak je perut tengok.

So clearly pic kat bawah ni bukan baju yang aku sewa. Just in my dream lah kan nak pakai baju leret2. If buat kat dewan okay lagi pakai baju camni. Kalau buat kat umah tak pasal2 jadi DBKL hari tu sapu sampah free depan umah :))

4) bedroom set --> done!

Awal tahun hari tu dah beli. Dalam bulan 1. Cam over semangat. Aku memang jenis kena prepare awal2. Sebab kang dah last minute aku memang dah tak boleh pikir ngan waras. Hahaha. Bedroom set tu beli kat Selayang. Nama kedai pun dah tak ingat. Set tu sekali dengan katil, almari, dressing table+chair, side table n TV table. TV pun aku tak de pastu siap beli TV table dah :P Pastu ada la dapat free bantal tido 2 bijik n bantal peluk sebijik.

If korang perasan aku ada je snap pic ber'background'kan almari baru kat post2 before ni. Hikhikhik.Kasi tunjuk kepala katil sket je la eh kat korang. Dah puas aku guling2 atas katil ni. Budak2 pun dah main lompat2 loncat2 segala. Dah 5 bulan dah usia katil ni. Uhukhukhuk


5) kad jemputan --> done!

Kad jemputan dah siap awal bulan April hari tu. Memang tak de survey2 dah. Masuk kedai tu terus tempah. Giler pemalas. Yang tak best nya tak dapat favourite+theme color. Kaler cream tetiba. Ada design yang blue color but so not my taste. So cream pun cream la labu. Aku tak start pos lagi. Maybe this week pos 1st batch coz tunggu reply from kawan2. Coz ada yang diam sunyi sepi je. Diam tanda setuju kah?

Korang yang baca post ni ada lagi tak yang tak kasi address? Kalau sudi datang n tak bagi address lagi sila la berbuat demikian ye ;) Email me at cuna_02@yahoo.com. Everyone invited. Harap sangat korang dapat datang memeriahkan majlis aku yang tak seberapa nanti. Kalau korang datang baru la happening kan (^_~)

So aku tunjuk cover je la dulu. But for chinese frens aku dah provide kan kad lain coz kad ni ada doa. But still special cards chosen by me. Yang penting uols tak sesat sampai kenduri orang lain :)

Memang confirm kena sambung Part 2 coz aku tak cukup masa nak pot pet plus sangat penat membizi kan diri sendiri.

To be continued...