nuffnang

Tuesday, October 19, 2010

Honeystar @ Langkawi

16/09/2010 - Thu

Since tak ada sape yang teka betul kat entry ni....maka aku story je la kan. Kadang2 mood berblogging tu hilang ngan tetiba. Time preggy ni sindrom malas tu makin menular sebab asik nak melepet saje. Tu yang lambat je nak update.

Well, lepas dah check out kat Swiss Inn Sg Petani tu, kitorang terus gerak ke Kuala Perlis. Mau terjah Langkawi. Naik feri je kat situ je. Tinggal kete kat tempat parking and terus naik feri. Parking kat situ lebih kurang RM15 sehari kot. Dalam feri memang tak kuasa dah nak amik gambar sebab aku dah start mabuk2 cinta. Duduk pulak seat yang kat depan sekali. Ngadap dinding je la. So tak dapat la nak menikmati pemandangan luar.


Almost all the way pergi Langkawi tu aku pejam mata je. Risau jugak tetiba teruwek uwek dalam feri tu. At last sampai kat Jeti Kuah dalam lepas asar. Dalam mabuk mamai2 tu sempat la jugak amik gambar ngan muka yang serabai tu :P


Dah angkut2 barang tu nak kena cari kereta sewa dulu. Tunggu jumpa kereta sewa pun dah lama sebab nak survey betul2. Kot2 kena tipu ke. Macam biasa aku kalau pergi mana2 pun time preggy ni confirm nak cari kerusi dulu. Last2 tumpang duduk kat depan Baskin Robin. Sekali lagi muka aku yang tak semenggah tu dalam gambar. Boleh pulak sepanjang jalan dalam feri tu tetiba ngidam nak makan Twisties :P Sampai2 je terus cari kat jeti.


Last sekali lepas puas ayah n bro in law survey2, sewa la grand livina n MyVi SE sebijik. Kereta baru lagi tu. And ngan kuasa veto 3 orang budak kecik, secara automatiknya kitorang kena la naik MyVi saje. Awal2 dorang dah claim tu kereta bapak dorang baru beli. Siap jaga kunci lagi tak bagi orang pegang.

But before balik aku sempat la merasa drive kejap. Tu pun time semua hero2 pergi sembahyang Jumaat. Aku sempat la bawak budak2, mak n kakak dari kedai shopping pergi tempat makan. Syok jugak rupanya bawak Livina ni. Lepas tu sempat berangan Myo belikan sebijik kat aku....hikhikhik...


Ni la MyVi putih, kereta sewa lagi satu...Time ni baru sampai chalet kat Pantai Chenang. Akak aku memang dah book kan siap2. Main redah je book online. Kitorang tau duduk je :P Lagipun aku n Myo tak ada plan pun naik ikut mula2. Dah last minute tetiba rasa macam syok je sebab teringin nak pergi pantai. Lagipun since sakit dekat 2 bulan hari tu memang terperap kat rumah siang malam. Kalau keluar pun setakat nak pergi klinik or hospital je....


Kitorang stay kat sini...Malibest Resort. Best ker??? Boleh laaa. Yang paling penting kua chalet je terus nampak pantai. Memang heaven!! 1 malam RM120 kot. Aku nampak pantai je terus tetiba jadi segar bugar hilang segala mabuk2 :D


Akak book 3 bilik. So kitorang kua masuk survey nak dok bilik mana. Padahal semua bilik sama je....hahaha....


Ni pemandangan kat luar chalet parent aku. Bukak pintu bilik je dah nampak pantai. Syokkk...tapi since semua dah penat tak ada la nak lepak2 kat pantai lagi.


Lepas dah relax2 kejap keluar balik jalan2 cari makan....still kat Pantai Chenang sebab kat situ pun memang dah banyak kedai....pergi kat Restorang Hj. Jelani. Parent pun dah pernah makan sini. Siap pernah borak2 ngan bos kat situ lagi. So datang2 terus pilih lauk. Time ni semua tengah laparrrr....


Aku la yang paling lama terpacak kat depan tu. Semua rasa nak makan. Lain macam je lapar nya. So almost lauk pauk yang di'order' adalah hasil idea bernas dari aku...kihkihkih...Tempat makan ni pun mengadap pantai. Makanan pun sedap2. Memang recommended la coz besok nya kitorang makan kat Restoran Hj. Ramli. Rasa terus out. Tomyam pun tawar je...


Tak ingat sangat dah makan apa tapi yang penting ada ikan masak 3 rasa, sambal sotong, tom yam campur, sup campur, kailan ikan masin, gulai ketam n ikan pari bakar. Tu pun tak sempat2 dah nak amik gambar. Makan lagi penting. Kekeke....Ni kalau letak gambar confirm terus lapar nih...


Habis makan dah malam. So tak sempat nak pergi mana2 dah. Pagi2 esoknya get ready for shopping. Before tu amik gambar kat mana yang patut since nak check out sekali. Akak aku book semalaman je kat situ sebab lagi 1 malam kat resort lain. Saje nak tukar angin kata nya. But last minute aku ngan Myo tak join coz nak stay kat situ jugak. Tak puas lagi tengok pantai.


Before kua sempat bergambar sekali lalu kat tepi pantai. Tu pun cepat2 sebab nak kejar masa. Shopping lagi penting :D


Kat pantai pagi2 dah penuh orang. Even time subuh gelap2 pun orang dah turun jalan2 tepi pantai....


Me n hubby (^_^)

Aku, parent n adik....


Aku, parent n Myo...


Korang yang sama belajar kat UiTM sama ngan aku dulu ingat lagi tak baju Bug Debug tu? Entah bape tahun dah aku simpan baju tu diam2 tak pakai. Ni time preggy tetiba pakai balik. Cover perot :P


Hero remaja berposing kat pokok kelapa....pose tu kadang2 tak ingat kan. Kalah aku ni ha.....hikhikhik


Pose kenangan depan bilik parent aku. Nama bilik dah la Dayang Bunting. Patut kena dok bilik nih...hahaha...


Akak...akak aku pun kecik je tau. But don't play2. Kecik2 pun lawyer ni. Kalau berani meh la datang dekat ;)


Mak Mama buyung yang selalu tertinggal kat belakang coz jalan lambat sangat. Bawak perut macam dah 6 bulan. Padahal time ni baru je 3 bulan :P


Rumah atas pokok. Entah sape dok tak tau la. Tumpang amik gambar je. Kat situ ada a few rumah yang atas pokok tapi full kot.


Mula2 macam malas jek nak panjat naik amik gambar. Since semua dah pakat naik ramai2 aku pun cam terjeles jugak la. Naik jugak la hegeh2.



Habis je bergambar kitorang siap2 nak gerak ke Pekan Kuah. Shopping time!!! Tu next entry la cerita. Bergantung jugak pada tahap kerajinan aku ;) Ohhh bestnya pantai....rasa nak pergi pantai lagi!


So ni bukan la honeymoon kitorang. Boleh panggil honeystar gitu. More to family trip. Jalan2 relaxkan minda sambil shopping sambil balik kampung :) 2nd honeymoon still dalam perancangan (^_~)

2 comments:

dEe said...

aku ponn ade baju bug debug tu! tp tah kt mana tah..tetiba rindu plak.. haha. neway, beso sgt ke perot ko?

cuna said...

hehehe...aku pun x heran letak kat mane baju tu slame ni. dah preggy ni baru korek2 balik :P xbesa mane pun perut nih. pakai baju ketat2 baru nmpk. tp lg selesa pakai bj longgar :)