nuffnang

Tuesday, July 26, 2011

Irfan Cucuk 5 Bulan

Pagi tadi cam biasa aktiviti bulanan bawak Irfan pegi checkup 5 bulan. Kali ni kena cucuk lagi...huhuhu....Aku pulak yang cuak. 4 bulan aritu tak payah cucuk. Before pegi Irfan tengah tido. Angkat je masuk dalam kereta mata dia bulat sampai la masuk KK. Ni muka big boy lepas baru bangun tido. Rajin menyembang sambil hisap jari ;)


Ok ok papa pun kena masuk jugak. Nasib papa ada sekali tolong temankan. Kalau tak mati kutu mama nyer pegi sorang2...huhuhu...Kesian papa Irfan kena amik EL tak pasal2. Nak amik time off slip pun tak ada makna jugak. Memang last2 kira tu cuti jugak.


Tunggu punyer tunggu mata budak kecik ni pun makin layu. Actually tak ada la ramai sangat orang. Nurse2 kat situ je yang agak slow buat keje. Kejap2 kang ilang ntah ke mana. Dekat2 nak kena timbang Irfan terjaga balik. Dia bukan boleh tido lelap sangat kalau kat luar. Irfan dah 7.3kg sekarang. Bulan lepas 7 kg. Panjang dah 70 cm. Sementara tak boleh berdiri ni pakai panjang je la kan dah terbaring gitu. Kang dah boleh berdiri baru la boleh pakai tinggi pulak =)


Lepas dah timbang tu tunggu turn nak jumpa nurse Irfan tertido lagi. Agak2 dekat2 nak kena cucuk dia terjaga balik. First time since lahir mata dia bulat time nak kena cucuk. Time tu sibuk dok hisap jari. Sekali kena cucuk meraung terus...huhuhu...Sangat tragis hokey time tengok dia nanges tu.

Kalau tak before ni mana nak nanges sangat coz sedap tido. Nangis tak sampai berapa saat je pun pastu sambung tido balik. Tapi tadi sakan. Dapat je jari benti nangis jap. Pastu nangis sikit2 sepanjang jalan nak pegi kereta. Lari2 masuk kereta bagi susu terus diam. Kesian betul.

Next appointment cucuk 6 bulan terus lompat lepas raya coz sume dah full. Lepas tu benti cucuk sampai la umur setahun baru ada balik....Yahhhuuuu...Rasa nak skip je check up yang biasa2 tu. Penat dah bertapa kat KK tu T_T

2 comments:

Princess Cindellyna said...

Irfan makin hari makin hensemmm!~

cuna said...

Princess Cindellyna: tenkiu auntie farah...ada chance la irfan ngorat amani kalo gitu ;)