nuffnang

Friday, July 8, 2011

Stock Clearance Sales @ Bukit Jalil

03/07/2011 - Sun

Dah hari Jumaat baru dapat nak update blog. Sunyi sepi blog aku minggu ni. Tak suker. Bz sangat la pulak kan. Ngan keje ofis, keje umah, ngan Irfan. Keje ofis bawak ke malam. Myo pun sama2 lawan bz. Kekadang 10 lebih baru sampai umah. Aku pulak berjaga siapkan keje sampai 2 3 pagi. Ngan baby sitter Irfan buat hal lagi. Tu cerita lain la pulak kot. Tiap ari2 dapat tido 3 or 4 jam je T_T Cam biasa nak story mory pasal weekend aritu. Nak harapkan weekend je la ada cerita menarik sikit. Hari biasa balik2 rutin yang sama je T_T

Kami pegi ke Bukit Jalil! Ada clearance sales kat Dewan Sri Putra. Dekat2 ngan Stadium Bukit Jalil jugak. Aku pun tak sure sale ni under saper. Yang penting ada brand Anakku ngan Disney ;) Dah ada anak gini la. Mesti excited terlebih nak shopping untuk dia je.


Tempat ni best. Luas n tak panas sangat compared to other warehouse sales yang aku pernah pegi. Tak crowded sangat jugak sebab tempat dia yang lapang tu. So tak ada la sampai rasa berpeluh2 nak korek selongkar timbunan baju2 tu kan :P Pic kat bawah tu area baby.


Yang belah kiri tu cam ramai sikit. Kat area tu untuk kids n adults. Kat situ jalan laju2 je. Sempat la rembat baju Myo sehelai. Clearance sales ni memang bukan untuk baby je pun. Handbag pun ado tapi tak perasan brand apa. Jeans Diesel ngan B.U.M pun berlambak. Tapi aku tak sempat nak tengok. Baju2 adults pun not bad jugak. Paling lama of coz la kat area baju2 baby.

Juling mata aku nak pilih weh sebab banyak sangat. Bukan 1 or 2 longgok. Berlonggok2 sampai aku tak sempat nak belek kat sume longgokan baju2 tu sebab Irfan dah huk hek. Time aku dok pilih2 baju Myo cari port bawah air cond ngan Irfan. Anak aku tu kalau panas mula la resah gelisah. Dah la time tu dia tengah ngantuk. Memang time tido dia time siang2 gitu.


See...see...tak sempat nak bayor dia dah tertido dulu dalam carrier tu. Cam tak sampai hati la pulak nak meneruskan sesi shopping aku. Kesian nak biarkan Irfan tido gitu je. Mula2 tu memang penuh satu bakul baju aku amik. Mana nampak cantik sume aku campak je dalam bakul...hahaha...Tapi before bayar kena cek ngan lembaga penapisan dulu...hihihi...Tapis2 tak ada la banyak mana sangat pun yang kitorang beli....


Dah keluar dari dewan tu baru la tekak tu tetiba rasa haus semacam je. Nampak pulak ada booth A&W. Teringin nak minum root beer float. Sekali servis lembab giler la pulak kan. Ngan muka orang yang layan tu yang tak semenggah. Macam la aku ni datang nak mintak makanan free kat dia. Tapi sabar jugak tunggu kat situ. Dapat je float ngan burger terus pegi kereta. Makan dalam kereta je la. Sampai kat kereta tengok2 Irfan ceria bukan main. Membuatkan aku rasa cam nak masuk balik dalam dewan tu lagi je :P


Ni adalah hasil rembatan. Dapat 2 plastik kecik je. Tak tau la berbaloi ke tak pegi sebab datang jauh2 tapi beli sikit je. Memang banyak baju2 yang cantek2 n menarik tapi memang tak boleh nak stay lama2. So anggap je la pegi shopping sambil bawak Irfan makan angin dalam kereta kan =)


Beli baju jalan2 3 helai. Nanti pandai2 la aku matching kan ngan jeans ke apa. Baby boy senang je. Simple. Ada t-shirt ngan jeans dah hencem boleh jalan dah. Ni baru boy aku dah rambang mata nak shopping baju2 dia. Cuba kalau girl maunya 1 almari pun tak muat kang borong...hihihi....So time ber'baby' boy ni dapat la berjimat sikit kan. Boleh saving untuk baby girl pulak nanti2....Insya Allah kalau ada rezeki =)


4 pasang lagi baju pakai kat umah je. Hamik ko sume biru. Actually ada je kaler2 lain tapi aku nak biru jugak. Tak kira. Mama ngan papa Irfan memang peminat biru. So automatik Irfan pun kena la jadi peminat biru jugak kan....huhuhu...Rasa cam gila kuasa pulak kat situ =))

Baju2 ni banyak yang RM10. Ada yang RM5 but memang kena gigih la nak cari sebab baju ngan seluarnya asing2. Jenuh jugak la nak cari yang matching dalam timbunan baju2 tu. Kalau selongkar berdua ngan Myo ok lagi. Ni aku terkial sorang2. Ada romper tu aku beli kat JJ belas2 kat situ RM5 je hokey. Geram je. Cantik pulak tu.


On the way nak pegi bayar ternampak pulak section toys. Rembat 3 mende ni. 'Lion' Irfan yang beli time BabyLove warehouse sale kat rumah tu cam dah tak laku je. Awal2 tunjuk kat dia 'lion' tu time dia tengah nanges...diam la jugak dia. Pelik kot nengok menatang apa la depan dia tu. Now dah lelama asik dok tunjuk mende yang sama memang dah tak makan saman. So harus la beli yang baru. Senang...time2 emergency ada la mende nak bagi dia sengeh2 n gelak2 :D


Baju Diesel Myo....Sambil lalu je amik ni sebab murah. Baju aku tak sempat nak rembat sebab nak kena korek2 dalam timbunan tu. Tak sempat.


Sikit je kan baju2 yang aku beli. Kalau pegi kedai biasa beli banyak tu memang la dikira banyak. Tapi kalau beli time warehouse sale banyak ni memang ciput je. Patut borong berpuluh2 pasang baru la berbaloi buat stok ;)

Baju2 Irfan yang kitorang belikan tu pun bukan boleh pakai terus. Tu sume saiz 6-12mths. 12-18 mths pun ada. Banyak baju 3-6mths yang cantik2 tapi aku kena pejam mata je la sebab yang ada kat umah dah cukup. Bukannya boleh pakai lama pun kalau beli banyak2.

Kalau umah aku dekat ngan Bukit Jalil tu n kalau ikutkan naluri shopaholic aku ni maunya aku pegi lagi sekali weekend ni. Last day Ahad ni. Hurmmm...tapi control2. Aku ada mission impossible nih...haihhhh....Nanti2 la aku ngadu kat blog ni T_T

12 comments:

[DnaZz] said...

cuna, kl ade warehouse sales lagi, roger2 la iza kay. shout kat box jer..hehe

~YUN~ said...

yun suka tgk cuna shopping!update salu ye..hehe!

cuna said...

Dnazz: ok no problemo. sale yg kt bukit jalil tu pn still ada lg tu kalo iza nk g ;)

cuna said...

Yun: huhu...thx yun!ssh nk dpt curi masa nk update blog skrg ni yun. masa kejap2 yg ada pn smpt nk berBW je ;)

♥ Elin ♥ said...

kompemmmm baju si irfan penuh 1 almarriii..

Waniey said...

waniey pon g bukit jalil tu..mmg beshh,,rambang mata memilih baju..nasib asben yg tekun carikan..waniey da tak tentu arah da,sume nk round..hahhaa

cuna said...

Elin: hahaha...xsmpai 1 almari lg kot elin. so far baju2 irfan letak dlm plastic drawer je. tu pn blm penuh lg ;)

cuna said...

Waniey: tu la. sgt best kn. byk sgt yg cantek smpai xreti nk pilih kdg2 tu...huhuhu...last2 kena jgk cari sorg2 sbb hubby bz mujuk baby T_T

cerita said...

cuna, nanti kalau tau ada sale kat mana2..inform akak ek.. hehe, nak jugak shopping untuk imran .. mcm mana cuna boleh tau ada warehouse sale kat mana2 ek? ..jgn lupa inform akak tau.. -kak nurul-

fawwaznuha said...

buka blog cuna ada citer psl sales..hehe..terpengaruh jugak..smpat pegi ptg semalam..memang rambang mata..tp encik somi x bawa duit byk, beli cukup2 duit yg ada je huu..tp best dpt beli dress cantek hee..damia pon beli saiz 3-6months dah

cuna said...

kak nurul: insya Allah org akn inform kak nurul. kem salam kat imran encem ek ;)

cuna said...

fawwaznuha: hehehe...sori kalo bg bad influence kat azy. tp bes kn baju2 kat situ. tgk dress2 dia pn jd geram. cute2 je. tepek la kat blog hasil rembatan azy aritu ;)