nuffnang

Wednesday, July 13, 2011

Sephora + Uniqlo @ KLCC

02/07/2011 - Sat

Ni cerita weekend lepas2. Hari before pegi sales kat Bukit Jalil tu. Termendap lagi. Maklum la last week tersangat2 bz. So postpone dulu entry ni. Akhirnya kitorang sampai jugak kat KLCC hari tu. Berzaman dah kot aku tak pegi KLCC. Tak ingat since bila but time preggy pun memang tak datang situ lansung. Tak minat sangat jalan2 area KL ni. Sesak. Tapi kali ni memang nak pegi jugak. Pepagi dah siap2kan Irfan. Tapi pukul 11 lebih jugak baru nak kua :P


Cam biasa masuk je dalam kereta Irfan pun dah start ngantuk. Aku pulak sibuk nak amik gambar. Ok fine tudung burok!


Snap lagi sekali. Irfan pun malas je nak layan. Bagi susu terus tido


Sampai2 angkat letak dalam stroller terus bulat je mata. Suka betul dia kalau nak jalan2 kan ;)


Sampai pun Sephora. Ye...ni la mission aku ke KLCC. Nak melawat Sephora. Sesaper yang minat bab2 cosmetic skincare tu biasa la dengar Sephora ni. Before ni kalau nak beli pape kat Sephora pun thru online je la. Sekarang dah ada kat Malaysia. Satu kat KLCC satu lagi kat Pavilion. Baru je kot bukak awal bulan 5 ari tu. Macam2 branded cosmetics, skincare, bodycare la ada dalam tu. All under one roof gitu. Even Sephora punya product pun ada sekali.


Hari tu memang ada event kat situ. Tapi aku pun tak sure apa yang special sangat. Nak kata ada sale tak ada pulak. Just macam kalau beli barang ada la dapat free gift ke makeover gitu. Siap boleh amik gambar free lagi. Sempat la aku ngan Myo bergambar. Irfan, aunty Ayna dia tolong jagakan japs ;)


Aku tak beli pape pun kat sini. Sempat belek2 kejap je jamu mata. Memang tak rasa nak beli pape pun since baru beli mekap n perfume kat Sasa hari tu. Ohhh ada beli thru online jugak time pantang hari tu....hihihi...Lama giler dok peram cerita pasal tu tak publish2 lagi :P Bodycare pun dah rembat kat body shop. So kena la mengawal diri sendiri kan walaupun ada orang offer nak blanjer...huhuhu...

Kitorang tak lama pun dalam tu sebab kesian kat Irfan. Dalam tu dah la sejuk. Ngan bising orang dok pasang music lagi ngan cakap pakai microphone lagik. Padahal Irfan rileks je. Mama dia je yang risau lebey :P Tengok la nanti2 kalau rasa nak beli mekap or skincare boleh la datang sini lagi. Tu pun kalau ada less or promotion la kan. Memang so not me lah beli mende yang tak ada less nih n_n


Next destination...Uniqlo...Mula2 aku hampir2 tak dapat pegi Sephora kat KLCC ni sebab Myo nak pegi Pavilion cari baju kat Uniqlo. Tengok2 kat KLCC ni Uniqlo sebelah Sephora je....hihihi...Nasib baikkk...


Aku tak minat lansung nak nengok2 baju kat situ. Sekali tengok dah tau bukan taste aku. Tambah2 tengah nyusukan Irfan. Bukan sume baju aku boleh sarung. Myo je yang sakan cari baju dia. Dapat la baju yang dicari2 tu. Sementara tunggu tu aku melayan budak kecik ni. Layan sembang =)



Keluar je Uniqlo tu transfer Irfan dalam carrier dia. Luas sket pemandangan. Kali ni dah betul pasang dah. Hari tu silap tu yang Irfan cam tenggelam sikit. Sekarang dah pandai. Myo la yang dah pandai. Aku pandai tengok je =))


Kitorang sempat round2 kat Parkson kejap. Lepas tu on the way nak pegi kedai Celcom tengok2 Irfan tengah dok sedap tido dalam carrier dia. Patut ler diam jek. Agak2 baru nak transfer dia masuk dalam stroller terus dia ngamuk. Pantang betul orang kacau dia tido. Last2 dok dalam carrier jugak. Terus tak jadi sambung tido.

Kebetulan sebelah kedai Celcom tu ada Nando's. Kebetulan lagi perut time tu memang sangat2 minta diisi. Tapi standard la kalau kat KLCC time wiken gitu. Nak makan pun nak kena beratur dulu. Memang tak koser la kami nak beratur ngan anak kecik lagi. Terus chow balik.


Yeahhh...akhirnya berjaya jugak makan kat Nando's. Lepas keluar KLCC tu kitorang terus pegi OU. Memang tempat fevret betul la. Jalan pegi memana pun last2 OU jugak yang best. Kat situ singgah Nando's relax je tak payah beratur2. Ada je meja kosong.


Sampai2 Irfan dah start nak ngamuk. Memang dia tak suka kalau dok dalam stroller pastu statik kat situ. Kalau stroller tu gerak ok lagi dia. Papa dia amik letak kat riba terus diam. Bulat je mata tu kan. Papa Irfan kemain lagi nak sedondon ngan anak dia. Nampak Irfan pakai baju kaler maroon laju je capai baju kaler sama. Mama dia je kena pakai baju color default :P So tak dapat la jadi geng T_T

Suker sangat pic ni. My 2 heroes in maroon! Luv both of u to the max lah! Mmmuahhh! =)


Kami gilir2 makan. Refill air iced lemon tea ntah berapa kali ntah...hahaha....tak sedar diri betul. Since preggy sampai la dah beranak kecik ni memang aku cuba sedaya upaya tak minum teh. Tak elok untuk aku n Irfan. Kalau minum pun sikit2 je share2 ngan Myo...huhu...tapi hari tu serius tak sedar diri...keke...


Time nak tunggu bil tu Irfan dah start huk hek. Time2 tu la bil nak sampai lambat kan. Aku yang tak senang duduk. Cek2 rupanya ada hasil dalam negeri....heheheh....Irfan sempat buat kerja rupanya time kitorang makan. Maka ke changing room la kami...1st time jenjalan singgah changing room nk tukar pampers. Biasa dalam kereta je kitorang redah :P

Fuhhh...lega dah pakai pampers baru. Mata pun dah start layu...Malas dah nak pandang kamera budak kecik tu kan. Actually before tu dah pandang tapi gambar pulak blur. Lagi sekali snap dah tak pandang pulak...huhuhu


Ni bukti Irfan pandang kamera before tu...hehehe...


Mata makin lama makin kuyu sampai nak ngamuk pun dah tak larat :P


Tapi papa nya nak jugak singgah kat Tamiya ni dulu. Biasa la kedai alat mekap robot dia. Aku pun tak paham. Nanti Irfan paham la kots ;) So lepas tu kitorang balik terus. Macam biasa masuk je kereta Irfan pun sedap je tido sampai umah =)


Aku memang tak dapat pape pun kat Sephora tu. Tapi Myo dapat freebies from Lab Series. Sempat la dengar orang tu consult sket2 plus tepek2 produk dorang kat muka Myo. Dah isi2 form dapat la freebies 3 ketul. Tu pun Ayna yang bagitau dorang ada bagi freebies. Kalau tak memang kitorang pun tak kan tau punyer.


Pic ni pun sama. Kitorang memang tak tau pun boleh amik gambar kat situ. Dorang bukan nak bagitau pun. Dah Ayna beria soh kitorang pegi bergambar terus la pegi laju2. Ayna ngan bf dia tolong jaga kan Irfan. Patut kitorang bawak je Irfan amik gambar sekali kan...hurmmm...rugi2....


Ni hasil rembatan Myo kat Uniqlo. Baju One Piece ngan Gundam. Suka la tu dapat baju yang diidam2kan ;)


Aku tak kesah sangat tak beli pape pun sebab dapat magazine S Cawaii ngan mascara Maybelline Long Extreme Stiletto ni. FOC!! Ayna kasi...Thanks a lot dear! (^_~) Mascara tu memang free kalau beli mag S Cawaii ni. Tu pun if beli kat Konikuniya. Kat tempat lain tak tau la kan. Memang berbaloi2 dapat mascara free sebab kalau kat kedai mascara ni dalam RM 32.90 kot. Harga mag pulak RM6.90. S Cawaii ni fashion mag from Japan tapi dalam versi Melayu. Aku memang suka bab2 fesyen2 nih. Memang sangat kawaiiii =) Siap ada teknik2 nak apply mekap lagi ;)

Mascara ni kena simpan dulu sebab yang mascara Clinique free dulu pun tak habis lagi. Nak harapkan jalan2 hujung minggu je nak pakai kan. Pegi ofis confirm tak sempat nak calit punyer T_T


Time kat OU tu sempat lagi singgah myNews beli Cleo. Mag yang aku beli dari time single, dah kawen, dah preggy sampai la dah beranak sorang ni ;) Walaupun dah ada anak Cuna still Cuna yang dulu lagi ye kawan2...huhuhu...Mag Pa&Ma pun aku still beli lagi...just kekadang tu tak sume mende nak tepek kat blog. The truth is even dah ada anak pun aku still make it some space untuk diri sendiri. Ada lagi cerita lain. Ada orang dah jadi ibu hari2 dok cerita pasal BF. Macam la dia sorang dalam dunia ni yang BF anak kan. Pelik nape ada orang yang terlalu obses ni...haihhh....

Cleo beli pun dah jarang2. Beli pun saje suka tengok up to date fashion dalam tu walaupun aku ni memang tak reti nak berfesyen2 sangat. Lagi satu kat dalam tu selalu ada latest cosmetics ngan skincare product siap ngan price lagi. So bila ada less or promotion memang aku akan tau punyer la. Tak boleh nak kelentong2 :P


Weekend baru ni pun ada keluar tapi tanpa dirancang. Main redah je. Pic pun tak ada sangat. Nanti la tunggu aku up entry pasal contest dulu baru cerita pasal tu. Until then bubbye! =)

8 comments:

mIZz *.* aYNa said...

hehehe, kak ayna la bukan aunty ayna, hehehe =P irfan kan good boy, kem cium dgn dia ek =)

cuna said...

Ayna: no no no...aunty ayna k. irfan xknl who is kak ayna...hahaha...dh cium dia 4 u dh ;)

Harim Hamdan said...

ayna such a sweetie..dengan I pun dia bagi free :P

muahh muahh!

♥ Elin ♥ said...

fuuuhh panjang lebar cuna nyer n3...tp bab shoping elin mmg khatam baca nih...hihih

nasip lah irfan x melalakk kat tempat org ramai..gud boy!

Nurul Husna said...

rambut irfan kt sini mcm trojannnn! cute gile!!!! ^_^

cuna said...

Harim: tu la kan? sweet sgt2. rasa nak cubit2 je auntie ayna ni tau. gerammmm...hehehe

cuna said...

Elin: hehe...terpnjg pulak. tu yg lmbt publish tu. dok update sket2. nway thx elin coz gigih baca smpai abs ;)

irfan ikut mood dia je. but so far dia mmg suka jenjalan. kalo dia dh start nk ngamuk kene la la mama n papanya bertindak ngan pantas dan tangkas :D

cuna said...

Nurul: hahaha...rambut Irfan mmg tumbuh kat tgh2 tu je. tmpt lain sume degil xmo tmbh2. nk kena botakkn lg skali kot baru nak tmbh sume tmpt