nuffnang

Thursday, July 21, 2011

Transformers 3 + Moo Cow + Stage Cosmetics

16/07/2011 - Sat

Sabtu hari tu akhirnya berjaya jugak tengok Transformers 3. Giler haper tak tengok kan. Dari yang 1st aritu dah layan. Ralat jugak la kalau termiss yang baru ni walaupun heroin dia tak best lansung....hahaha...Serius tak best. Lansung tak ganaz. Megan Fox jugak yang sesuai kot...huhuhu...Dah macam aku pulak yang director. Suka hati dorang la kan nak soh sape jadi heroin T_T


Kira ok la at least dapat jugak tengok. Overall memang best. Bukan sebab hero bukan sebab heroin. Sebab robot2 itu. Bila transform je tak berkelip2 mata aku nengok :D Kalau nak ikutkan hati memang nak tengok lagi sekali. Nak tengok CD tak best. Sound effect tak sama. Memang feel pun dah lain. Kitorang sejak dah ada anak ni tengok wayang asik amik yang twin seats je. Maklum la dah jarang2 pegi. So sekali sekala tu nak la selesa2 sikit. Rehat2 kan badan n kepala otak yang dah penat tu kan.

Balik tu laju2 singgah A&W. Tapau je. Anak kat umah weh. Memang la ada orang jaga tapi rasa cam tak best tinggal kat orang lama2 sangat. Cukup2 la time weekdays orang jaga. Aku upah orang datang jaga ikut hari je. Cam ari Sabtu tu soh dia datang jugak sebab kitorang nak pegi dating berdua. Nak tinggal kat mak aku tu memang la boleh. Tapi nanti akan keluar ngan perasaan bersalah....huhuhu...


On the way nak balik tu ternampak booth eh ke stall jual frozen yogurt. Moo Cow namanya. Kalau tak silap baru je bukak kat Wangsa Walk tu. Kat Mid Valley pun ada. Siap penuh ngan bunga2. Camera man dok snap2 sana sini. Jangan muka kitorang kua kat memana sudah. Tak rela la glemer2 ni...hikhikhik


Ala2 Tutti Frutti jugak. Tapi ada 3 perisa je yogurt nyer. Ori, pink guava ngan lagi satu memang lansung aku lupa dah nama dia. Yang ori RM9.90 je plus 1 topping. Kitorang letak oreo je. Nak tambah lagi topping lain tambah lagi RM1. Tak cam Tutti Frutti ikut berat kan. Tapi Tutti Frutti best sebab ada perisa vanilla. Fevret aku tu ;)


Balik tu kitorang relax2 kejap lepas tu keluar lagi. Kali ni bawak Irfan sekali. Kesian kan budak busyuk ni kena tinggal. Merajuk pulak kang. Kitorang pegi Mid Valley. Saje round2. Dulu time Irfan 2 bulan gitu tak berani nak bawak dia keluar sangat. Too fragile kot. Kesian nak bawak keluar. Dah 3mths+ baru la rancak usung dia sana sini. Tak payah praktis2 pun. Budak kecik biasanya memang suka jalan2. Sekarang bawak jalan pun tak ada la keluar pagi malam baru nak balik. Bajet2 jugak la. Baby lagi kan. Dia pun penat jugak walaupun orang dukung or dok dalam stroller je ;)


Kat Mid kitorang round2 je. Ada singgah outlet Stage Cosmetics lepas baca entry Harim pasal dorang tengah buat sale. Belek2 aku beli 2 mende je. Tapi memang sale giler2 la sekarang. Tapi tapi lagi tak ada orang pun datang serbu ramai2 sebab orang cam tak tau. Dia buat sale diam2. Tulis pun kecik2 je kat pintu masuk tu. Kitorang kat Mid tak lama pun. Before Maghrib dah sampai umah. Tak sampai 3 jam keluar


Ni hasil rembatan kat Stage. Korang yang tak pernah dengar Stage ni outlet dia cam ala2 outlet MAC. Mekap2 dia pun mahal boleh tahan jugak la. Tak sure nape dorang buat sale giler2. Maybe nak rebranding or nak tutup kedai. Tak penting pun. Yang penting aku dapat merasa pakai barang mahal ngan harga yang murah ;)


Beli 2 batang lip liner je pun. RM 12 je untuk 2 tu ok. Best giler! Ni 1st time aku beli lip liner. Before ni rasa cam tak berbaloi je nak beli kalau sebatang tu belas2 or puluh2 ringgit. Time murah2 ni la nak beli mende2 gini. Sale kat Elianto pun tak boleh dapat murah camni tau. Aku siap survey kat Elianto dulu before tu :P Banyak lagi mende best tapi time tu aku rasa nak mende ni je.

Nak beli liquid eye liner hitam tapi dah habis pulak. Orang lain awal2 dah rembat. Mende2 cam lipstick, lip gloss, concealer, foundation sume buy 2 for RM20. RM10 je satu! Tak ke best tu? Mekap yang quite branded pulak tu. Best untuk orang yang giler mekap cam aku la kots :P Tapi satu je la. Manufacturing date (MFG Date) dia mostly Aug 2008. Agak lama dah. Tu la yang sakan nak clearkan stok lama tu kot. Tapi kalau pakai terus sempat la tahan sampai next year.


So sesaper yang nak restock collection mekap rerajin la singgah outlet Stage ye. Ada kat Mid Valley, Pavillion ngan Tropicana City Mall. Yang sesaje nak try n error blaja2 mekap pun boleh belek2 sebab tak la rugi sangat beli mekap memahal pastu terbiar lelama tak pakai kan. Dah panjang pulak aku bebel. Bila cerita pasal mekap mula la nak over excited....hahaha....Tu baru 1st visit. Kang bila aku up entry lagi satu confirmmm korang akan geleng2kan kepala punyer :P

p/s: This week cam bz la pulak. Nak update blog pun asik sekerat jalan. Abis basi cerita haku T_T

2 comments:

♥ Elin ♥ said...

stage!!

ok elin pun suke kumpul eye shadow stage...hahhahah best!! tp foundation stage x best mcm hampehh!!

cuna said...

Elin: es kat situ pn 2 for RM20. tp xblh tgk tkt kang terbeli pulak :P foundation die x best? xpnh try pn. maybe depends kt org jgk sbb ada org ckp best =)