nuffnang

Thursday, October 6, 2011

Wedding Shikin @ Kepala Batas

17/09/2011 - Sat

Sambung balik cerita kat Penang. Esoknya pepagi lagi dah bangun siap2kan Irfan, bagi makan sume. Time ni Irfan still demam lagi. So lap2 kan ngan air asam jawa je. Dia pun cam lemah2 lagi. Senyum pun tawar je. Dah breakfast baru la kitorang pulak yang siap.


Cousin aku nikah kat masjid. Tapi kitorang tak sempat pegi pun. Pukul 10 tu dok sibuk lagi siap2 kat rumah. Mak n ayah je yang pegi.


Time kitorang sampai memang dorang dah selesai akad nikah. Baru je abis tahlil n doa selamat kat rumah. Pengantin pun tak sampai lagi. Dekat pukul 11 dah start panas. Irfan cam biasa dalam kereta tido je. Dah sampai mamai2 lagi. Ada akak ipar aku tolong pegangkan. Aku entah sibuk dok korek apa dalam handbag. Maklum la handbag sekarang dah macam poket doraemon. Segala mak nenek barang ada dalam tu. Sekali nak cari barang jenuh selongkar...hahaha...


Papa Irfan sibuk godek handphone baru. Ohhh nasib baik ada handphone baru tu tau. Senang sikit kitorang cari jalan pegi home stay hari tu. Tak ada la sesat barat ;)


Irfan toleh sana sini tengah amik mood...


Mengenang nasib...


Pic2 ni atok Irfan yang rajin snap. Mama dia buat dunno je. Lepas tu habis kenduri baru menggagau bila sedar2 tak ada gambar Irfan pun dalam handphone...huhu...


Serius buat muka seposen tau budak kecik ni. Memang kesian sangat2 tengok dia gitu. Kalau tak dia la yang menceriakan suasana...


Lepas dah toleh sana sini baru la nak start senyum2 sikit. Senang la hati sume orang dapat tengok Irfan senyum sebab hari before tu memang dapat tengok muka kesian dia je T_T


Kitorang adik beradik dok dalam rumah je. Maklum la masing2 ngan anak kecik. Kat luar time tu memang tengah panas terik. Irfan lagi la tak boleh dok luar. Mau demam dia datang balik. So mama ngan papa dia apa lagi kan. Bersantai2 je la kat dalam jaga anak teruna kitorang ;)


Ada keluar kejap2 amik air n time pengantin sampai.


Memang orang tak putus2 datang.


Kitorang buat port kat dalam rumah. Cari kipas :P


Pengantin sampai dalam pukul 11 lebih kot. Siap naik kereta antik lagi. Kaler biru pulak tu. Nak je aku pinjam kejap kasi bawak 1 round...hehe...


Pengantin baru sampai. Time nikah dah pakai siap2 baju kawen. Lepas tu terus datang. Senang.


Bilik pengantin. Purple theme. Nice and simple.


Port Irfan. Depan kipas. Tu pun panas lagi.


Hantaran kedua2 belah pihak.


Recycle balik tudung raya. Actually tudung tu memang beli sebab nak matching kan ngan baju yang aku pakai tu. Tu la 1st baju raya yang aku beli hari tu tapi tak pakai time raya. Tak berani pakai sebab baju kurung moden. Susah nak nyusu. Time ni gigih jugak pakai sebab kenduri kat rumah cousin je. Lagipun bajet home stay tak la jauh sangat kalau nak balik nyusu ;)

Bajet nak beli sepasang je baju raya hari tu. Sekali beli baju ni baru perasan tak sesuai nak pakai balik kampung. Kampung belah Myo pulak tu kan...huhu...Lepas tu pegi expo beli la nursing kurung. Baju paling selamat. Dan2 nak raya tu tak jumpa pulak baju Irfan yang matching ngan baju aku. Jumpa color lain. Terus pegi beli lagi sepasang baju kurung aku kasi matching :P End up ada 3 pasang baju raya.


Ehhh...4 sebenarnya sebab awal2 puasa ada hantar kain tempah jahit. Dekat nak raya siap. Kain hantaran yang baru nak hantar jahit...huhu...Maklum la tahun lepas raya morning sickness melampau. Tak sempat nak pikir pasal mende2 gitu. But again tak pakai jugak sebab buat baju kurung moden. Nak buat kebaya orang tu cakap kain tu tak sesuai buat kebaya pulak. So tak pasal2 4 pasang baju raya hari tu. Sepasang tak pakai lagi. Tetiba cerita pasal baju raya pulak kan :P

Sambung balik cerita kenduri. Last2 memang aku kasi susu time kenduri tu jugak. Irfan dah lapar sesangat. Baru hari tu dia cam nak minum susu. Kalau tak memang susu pun tak laku...huhuh...

Lepas dah nyusu mata pun layu. Dah penat main lompat2 sume plus panas. Nasib baik time ni tak demam dah. Tapi kitorang tanggalkan jugak baju seluar sume. Pakaikan dia pampers je. Masuk buai terus tido tak peduli orang lalu lalang bising ke apa dah.


Dah nak petang baru la kitorang keluar makan. Makanan simple tapi sedap giler. Dah abis makan baru la nak nyesal tak amik banyak2 T_T


Lepas tu sambung lepak kat dalam balik tunggu nak amik gambar ngan pengantin.


Kitorang masuk je dah penuh bilik. Nak amik gambar pun tak nampak semua. Kena amik 3 kali shot sebab pakai kamera kecik je. Photographer pengantin dapat la amik full kan. Sila abaikan muka ku yang lemau itu ;)



Habis sudah cerita kenduri. Tapi cerita kat Penang tak habis lagi. Kitorang tido semalaman lagi kat home stay tu. Lepas tu ada aktiviti makan2 lagi. Entah nak update bila pulak la tu :P

3 comments:

Hasnah said...

hahah geram jer tgk muke seposen irfan tue tau! haha =D

[DnaZz] said...

ala, tengok irfan mesti ingat iki..huhu

cuna said...

asna: haha. buat muka seposen pn ada org geram :P