nuffnang

Friday, December 23, 2011

Makan - makan @ Scrummy

04/12/2011 - Sun

Hari ni nak sambung update cerita basi weekend 3 minggu lepas. Since Sabtu tu dah pegi kenduri, Ahad nya panjang la langkah nak merayap pulak. Meor nak ke PC Fair. Actually nak tinggalkan je kitorang 2 beranak kat rumah. Tapi tak sanggup kot aku bertapa je kat rumah di hujung minggu. Nak jugak ikut walaupun sebenarnya aku tak berminat pun nak pegi PC Fair tu. Kesian jugak kat Irfan sebab pegi tempat sesak2. Tapi kalau tak ikut bila lagi nak spend time together2 kan ;)

On the way nak ke KLCC tu singgah makan kat Scrummy, Jalan Ipoh dulu alang2 dah lalu. Dah lama dah rasa nak pegi sejak tengok JJCM kat TV3 tu. Akhirnya sampai jugak. Padahal tak ada la jauh mana pun dari rumah. Ni tempat ke 3 la yang masuk JJCM and kitorang pegi terjah. Before ni dah pegi Rodeo Steakhaus ngan House of Nasi Kerabu. Yang dekat2 ngan umah boleh la sampai.


Time kitorang datang tak ramai orang pun. Lengang je. Dah nak balik baru kedai tu meriah sikit ngan orang.


Memang selesa la makan kat sini. Kedai pun cantik. Tambah2 kalau ada anak kecik. Pape pun keselesaan tu memang penting. Kalau dulu berdua makan mana2 pun tak kesah asalkan halal, sedap, murah.


Theme color kat Scrummy ni pun pink. Sape2 yang peminat pink suka la lepak sini kot. Menu dia banyak yang ala2 western. Macam2 jenis pasta ada.


Ehem...ehemmm...Iklan muka tuan tanah jap :P


Meor order ni....Spagetti bolognaise with chicken fingers kot. Lupa dah nama dia. Nama pun cerita 3 minggu lepas baru nak update kan...hehe...


Aku order Chicken Cordon Bleu....Sama je sesape order pun sebab lepas tu kitorang tukar2 jugak. Dapat la merasa makanan lain2 kan. Dua2 foods yang kitorang order tu sedap tapi portion dia alahaiiii cenonet je tak padan ngan harga. Cam celah gigi jugak la. Biasala makan kedai gini. Nak expect camne lagi. Nak murah makan tepi jalan la kan T_T So kira ok la kot setakat nak makan main2 or alas2 perut. Kitorang ni jenis makan banyak kot. Tak boleh selalu sangat la berabis duit pegi makan kat tempat2 mahal.

Tetiba teringin nak makan Cordon Bleu kat kedai kapal Chop n Steak kat Kg baru. Memang terbaekkk la. Last skali makan time tengah preggy dulu...


Budak kecik ni nak makan apa? Dok intai2 je la mama ngan papa dia yang tengah sedap makan. Time tu tak bawak turun bubur dia pulak. Biskut satu pun tak bawak. So cuit2 je la fries kasi dia makan. Tu pun lambat suap dia terus pasang siren....huhu...


Dah habis makan kitorang cepat2 gerak. Anak bujang dah mula kebosanan lelama dok situ.


Baru cerita pasal makan dah panjang berjela. Belum masuk cerita pegi PC Fair lagi. Ingat nak sekali harung je. Tapi kang korang bosan pulak kan baca entry cam essay ni...huhuhu...So to be continued lah ye =)

1 comment:

dEe said...

dkt ngn opis aku. ^^