nuffnang

Thursday, March 29, 2012

Miss C As My Birthday Pressie

08/03/2012 - Thurs

Last2 entry aku cerita pegi ofis nak ngamik Miss C ni actually ;) Finally, dapat jugak beli sebijik. Tu pun dah dekat 5 tahun kerja baru dapat beli ngan hasil titik peluh sendiri...huhu...Tapi tak ada la sampai kumpul duit dari dulu kot. Dulu awal2 kerja kumpul duit beli kereta. Dah beli kereta kumpul duit nak kawen pulak. Dah kawen kumpul duit untuk anak. Sekarang kumpul duit nak beli rumah pulak. Tapi nyelit jugak beli Miss C...hehe...Saje gedik2 panggil Miss C :P


Since last year lagi dah aim. Siap letak pic dalam laptop ni lagi. Simple design je. Design lama pulak tu. Tapi dalam banyak2 design, yang ni je la yang paling berkenan. Agak outdated jugak la. Coach pun every 2 weeks kot keluarkan design baru. Dalam gambar still wrap in plastic. Dah rasmi dah hari tu. Nanti kalau ada gambar kebetulan pakai Miss C boleh la aku tepek kat sini buat kenangan =)

Aku ni memang giler handbag. Sama la jugak macam giler mekap, perfumes, kasut segala. Sila refer profile ye. Tak larat la nak explain tiap2 entry...huhu...Tapi lately macam dah kurangkan beli kasut ngan handbag. Mekap pun tengah slowly kurangkan ni.

Handbag last sekali beli raya last year kot. Beli Miss C ni pun sebab tak tahan tengah on sales. Kebetulan ada member kepada member office ada kat US. So tumpang la order sekali. Order seminggu before birthday aku hari tu. Elok2 time birthday 20 Feb tu buat full payment. 2 minggu lepas tu sampai ke ofis. 2 hari lepas tu baru aku pegi amik. So secara rasminya dapat Miss C 8 Mac 2012 ;)

Sekali sekala kan nak gatal try pakai Miss C. Bukan mintak duit orang lain pun. Dah biasa nak pape pun usaha sendiri. Nak tunggu orang bagi pun sape la nak bagi kan. Puas hati dapat beli jugak akhirnya =) Hadiah hari jadi dari diri sendiri untuk diri sendiri. Hadiah untuk penat lelah berkerja sepanjang tahun lepas dah tahun ni juga ;)

Wednesday, March 28, 2012

Klebang Original Coconut Shake

05/02/2012 - Sun

Ni la tempat yang kitorang singgah before balik. Klebang Original Coconut Shake. Kat tepi jalan je. Actually bila dah sampai Melaka terus teringat kat coconut shake yang femes ni. Tapi tak tau mana nak cari. Lagipun masa limited sangat nak round2 Melaka. Sekali on the way nak pergi Masjid Tanah tu dah nampak signboard Pantai Klebang. Terus muka melekap kat tingkap standby kot2 ternampak stall yang dicari2 itu...hahaha...


Tapi kitorang tak singgah terus sebab time tu orang beratur panjang giler. Kitorang pulak nak berkejar nak pegi kenduri. So decide singgah lepas kenduri je la even kena patah balik lepas tu. Dah lepas kenduri lagi la panjang Q nya kot. Dah petang2 orang lagi la ramai lalu lalang situ. Dah jauh2 datang singgah la jugak.


Itu pun Meor gigih beratur sorang2. Nasib la Irfan tidur je. Kalau tak maunya dia tak senang duduk tunggu lama2. Serius lama giler beraturnya. Kalau aku kena beratur memang dah give up kot. Panjang bebenor. Terharu sungguh Meor sanggup belikan jugak T_T


Serius Q dia panjang giler. Kat stall ni boleh tapau je. Kat belah dalam boleh lepak2 makan sekali. Tak tau la dalam ramai orang jugak ke tak. Sudahnya kitorang buang masa kat situ je.


Tadaaa...coconut shake special...Ni kitorang singgah kat kedai before tu lagi dari Masjid Tanah. Sini tak adala ramai sangat orang. Tapi saje nak try jugak. Ok la sebab dia campur aiskrim ngan cocktail sekali. Beli 1 je rasa...


Ni baru Klebang Original Coconut Shake...Beli 3 cawan. 1 for me and 1 for Meor. 1 lagi untuk mak n ayah. Share aje sebab mak n ayah tak suka minum sejuk2...Memang terbaik la coconut shake dia. Minum time tengah panas2 tu memang heavennn...Sejuk terus tekak.


Tu je la kisah cuti2 Melaka kitorang. Short trip aje. Tu pun update sampai dekat 2 minggu pun tak habis2 jugak...haha...Basi sangat dah. But better late than never kan ;) Esok nak reveal barang yang aku amik kat office hari tu. One of my wish list =)

p/s: Kitorang amik cuti Khamis and Jumaat ni. Kerja aku pun dah settle. So boleh la bercuti bersantai lapangkan kepala otak ni. Hopefully menjadi la plannya nanti =)

Monday, March 26, 2012

Hadiah 1 Tahun 1 Bulan 1 Hari

23/03/2012 - Fri

Jumaat lepas berjaya jugak belikan mainan untuk Irfan kat Mattel Warehouse Sales. Pukul 10 lebih dah pegi. Sampai2 orang dah beratur sampai ke luar. Dapat masuk je tengok orang penuh macam ulat. Macam terkejut tengok orang ramai sangat sebab last year pegi aman damai je. Boleh golek2 lagi dalam tu kalau nak. Ni sampai lantai nak pijak pun dah tak nampak kot. Dengan orang tolak kiri kanan depan belakang. Tapi dah masuk pasrah je la T_T

End up beli activity table ni je. Ramai sangat orang sampai nak beli pun rasa dah tak ada mood. Kalau boleh nak keluar cepat je. Tu pun beratur nak bayar pun berzaman tunggu. Dengan orang yang buat muka selamba potong Q lagi. Memang boleh hangin satu badan...huhu...


Macam banyak lagi mende yang menarik untuk dibeli. Tapi rasa macam barang2 this year mahal je harganya. Tak macam last year. Banyak barang below RM 50. Pastu barang yang RM 40 - RM 50 macam tak berbaloi je nak beli sebab tak padan ngan saiz and funtion dia. Last year barang paling mahal aku beli pun RM 35 saje. Tambah2 ni belum gaji lagi...hukhuk...So pasrah lagi T_T


Malam tu lepas Irfan bangun tido bawak keluar kotak ni. Laju je dia datang. Terus belek2. Seronok betul tengok muka dia yang excited tu ;)


Yang bestnya meja ni ada muzik ngan lampu2. Memang fevret dia la tu. Belum bukak kotak dia dah nak main2. Siap joget2 sambil angkat2 tangan lagi...hahaha...Lately memang Irfan kalau dengar lagu pape kat TV or radio memang camtu. Kalau kat rumah tu siap henjut2 lagi. Amik gambar pun memang blur sebab dia joget sakan :P




Best la jugak activity table ni. Ni yang paling murah RM 80. Ada yang RM 180 n RM 250 kot. Makin mahal makin meriah la meja nya. Yang RM 80 pun aku rasa dah mahal giler. Tapi memang toys fisher price mahal2. Kalau nak beli kat kedai memang kena pikir panjang la kot. Kat luar aku dah survey meja ni RM 169. So beli je la sebijik. Lagi pun time nak beli tu aku dah terbayang2 muka excited Irfan...hahaha...


So far ok lagi la. Tapi Irfan tak boleh main lama2 sangat. Kang dah bosan dia panjat meja tu n terus duduk atas tu...hahaha...Lepas tu sambung kerja biasa...Kemas almari! Memang tu kerja yang dia tak kan pernah bosan nak buat :P


So this is my present to my beloved son on his 1 year 1 month and 1 day old! Kebetulan je time sale hari tu ;)


Hari ni Irfan demam lagi. Start semalam. Kali ni siap batuk2 lagi. Tak tau la kali ni demam apa pulak. Cepat la sembuh wahai anakku. Sedih je tengok muka seposen dia T_T

Friday, March 23, 2012

Wedding Dr. Hazifah

05/02/2012 - Sun

Last day kat Melaka pagi tu sempat breakfast dulu kat hotel. Memang breakfast included. Rugi la kalau pegi makan luar jugak kan. Mak n ayah dah breakfast dulu. Siap dah round2 kat bandar Melaka time ni. Kitorang bertiga lambat sikit :P Tapi still belum pukul 10 pun...



Menu pagi tu...mi goreng, nasi goreng, scramble egg, sosej...


Mihun sup, baked beans, roti...Nasib baik ada bubur kosong. Boleh la bagi Irfan makan. Cam tak best pulak nak kasi cerelac je.


Dah balik bilik siap2 apa yang patut, kemas2, teman Irfan tido kejap...hehe...Then terus check out. Elok2 je pukul 12 terus gerak ke Masjid Tanah, tempat kenduri.


Boleh tahan jauh jugak la sementara nak sampai tu. Irfan rasmikan baju yang Mak Tok dia belikan kat Bandung time ni ;)


Beramah mesra ngan mak pengantin. Ye2 je kan. Padahal tu la 1st time kot aku jumpa mak dia...huhu...Ayah la ni rajin amik candid. Sedar2 dah ada dalam kamera dia...Tapi i loike this pic coz nampak natural ;)


Sampai2 memang peak hours. Meja pun penuh. Cam biasa take turn la makan. Kasi Papa Irfan makan dulu...






Irfan pun kena kasi bubur. Kitorang pegi tapau bubur time breakfast kat hotel tu :P


Pelamin pengantin2...Ada 2 pasang pengantin ye...Sekali harung buat kenduri akak n adik perempuan. Dulu family aku pun pernah buat kenduri combine jugak. 2 kali lagi. Maklum la adik beradik ramai kan. Lepas tu beratur je nak kawen dekat2. Nasib aku muda remaja lagi time tu. Kalau tak aku pun join sekali...hahaha...


Sang Puteri menunggu Sang Putera idaman hati dengan hati yang berbunga2...eccehhh...Actually ayah pengantin ni 2 pupu kepada ayah aku. So aku ngan pengantin adalah 3 pupu. Aku pun tak pernah tau. 2 pupu pun tak khatam. Ini kan pulak 3 pupu.

Tau pun bila kebetulan kitorang satu sekolah kat SMAPL dulu. Masa tu baru la nak tau 3 pupu bagai. So kitorang lebih kepada kawan sekolah la kot. Tu yang aku je semangat nak datang. Adik beradik lain mana join. Kawan aku yang baju cream gold tu. Sebelah tu adiknya.


Pengantin berarak masuk. Sampai time ni pun tak sempat lagi jumpa pengantin. Sebab elok2 je habis makan pengantin dah nak siap sambut pasangan masing2. Padahal dah kat sebelah pun. Tapi malas la potong stim orang tengah neves2 tu kan...hikhikhik...




Demi nak bergambar dengan pengantin terpaksa la jugak tunggu. At least sampai pengantin habis bersanding...


Part tak bestnya nak kena tunggu habis tepung tawar bagai. Sorang2..huhu...Kesian kat Irfan je la time tu. Ngan panasnya...ngan mengantuknya...Rasa nak je nyelit2 tetiba amik gambar kat pelamin :P


At last berjaya jugak tangkap pengantin before dorang nak keluar pegi makan beradab. Punya nak cepat sampai Irfan pun tak masuk dalam gambar. Padahal aku dok gendong dia tu...huhu...Cakap pun laju2 je sebab MC kat luar dah announce pengatin nak pegi makan beradab pulak.

Dah jadi doktor dah kawan aku sorang ni. Since habis sekolah memang tak jumpa lansung dah sampai la ke hari tu. Dulu siap bergelak ketawa bertepuk tampar sesama. Memasing buat lawak ntah pape...haha...Macam tak percaya je. Ramai jugak kawan sekolah aku dulu yang jadi doktor. Lebih 10 orang la kot. Lain2 ramai engineer. Aku tumpang bangga je la kan. Tak tercapai dek akal kot nak jadi doktor...hohoho...Jangan nanti kalau aku sakit tetiba kawan aku yang check sudah :P


Pengantin makan beradab. Time ni kitorang dah nak challo. Meor yang gigih pegi amik gambar jugak...Kalau tak aku pun tak tau camne tempat makan beradab dorang



Jom balik...Memasing dah kepanasan. 3 jam la jugak kitorang bertapa kat situ. Sorang kawan2 sekolah pun tak jumpa. Nampak sorang dari jauh tapi tengah makan. Habis makan cari tengok dah balik...huhu...


Elok nak masuk kereta kawan2 ayah ajak amik gambar sekali pulak kan. Nak tolak segan since dorang dah ajak beria. Rasa cam tetiba je nak nyelitkan :P


Kesian sangat Irfan time ni. Kepanasan. Dengan silaunya. Topi pun dah tak sempat nak cari time tu.


Before balik kitorang ada 1 lagi mission. Nak singgah kat satu tempat ni. Sanggup patah balik pulak tu sebab tak sempat nak singgah on the way nak pegi kenduri tu. Padahal tempat kenduri dah nak menghala KL dah. Tempat apakah itu? Tunggguuuu.... ;)

p/s: Hari ni masuk ofis. Biasa laaa...Mesti ada maksud tersirat punyer :P Pegi Mattel Clearance Sale. Actually start semalam tapi tak pegi ofis. Tak berbaloi pun pegi. Orang ramai macam ulat. Dapat 1 item je pun T_T

p/s/s: Hari ni Irfan genap 1 tahun 1 bulan 1 hari...So mama nak kasi hadiah toys...hehe...


Wednesday, March 21, 2012

Melaka River Cruise

04/02/2012 - Sat

Cerita 1st day kat Melaka tak habis2 lagi ni. Jenuh. Lagi 2 entry baru dapat habis cerita kot. Tu pun kalau sempat update esok ngan lusa la kan. Kalau tak drag lagi sampai ke minggu depan T_T

Malam tu lepas perut dah kenyang kitorang naik Melaka River Cruise. Tu je tempat yang paling dekat and paling penting bukak time malam. Esoknya memang tak sempat nak ke mana dah. Lepas kenduri terus nak gerak balik.


Adult bayar sorang 10 hengget. Nak beratur nak beli tiket boleh tahan la. Tak panjang sangat.


Yang tak tahannya beratur nak naik cruise nyer la. Panjang bebenor. Elok pulak datang time weekend. Cuti panjang pulak tu. Ngadap je la. Kitorang pun tak pernah naik lagi kan. Memasing dah lama giler tak datang Melaka. Time datang dulu tu tak wujud lagi mende2 gini. Parent aku je pernah naik tapi time siang.



Irfan memang 1st time la datang Melaka. Tak silap aku 2 kali je aku pernah sampai Melaka. Sekali time sekolah dulu kot. Siap pengsan2 kat dalam muzium. Pastu tak datang2 dah Melaka. Rasa cam bosan giler Melaka tak tau nak pegi mana. Next trip buat family day kat A Famosa. Time memang tak kua ke mana dah. Dok je dalam A Famosa tu diam2 sebab semua dah ada kat situ. Baru ni la nak sampai Melaka balik. Tu pun sambil2 nak pegi kenduri sedara.




Nasib baik la bot nya memang banyak. Kalau satu je memang jenuh la nak menunggu. Sekali jalan muat la kot dalam 20 orang. So kalau hari biasa mesti sampai boleh terus naik punyer.



Ni je gambar aku yang ada atas cruise tu. Tu pun gelap. Yang terang blur pulak T_T


Irfan memang tak nak dok diam. Nak meluncur ke bawah je keje dia. Tak heran pun nak tengok lampu2 segala.


Pada aku berbaloi la jugak bayar 10 hengget naik mende ni. Dapat tengok bangunan2 cantik. Sebab ada mural. Cantik pulak tengok ada macam2 gambar. Sangat kreatif. Lepas tu rumah2 kat situ semua hias cantik2 even rumah kampung je. Penuh lampu2 segala. Dah macam hari raya aku tengok :P


All the way tu ada la voice recording orang tu explain2 tempat ni untuk apa nama apa bla bla...Cam belajar sejarah la jugak sambil2 tu kan ;) Orang yang dok rumah tepi2 tu untung la government tanggung semua belanja letrik kot. Meriah giler ngan lampu. Tapi tiap2 hari umah orang lalu lalang la depan tu. Tapi aku tengok dorang rileks je melepak2 kat luar. Siap bersantai lagi. Dah biasa kot =)



Irfan memang tak heran lansung. Mama dia je yang excited. Kemain panjang lagi leher tu tengok sana sini. Padahal lepas tu bot tu patah balik je...hehe...Irfan time orang tak pandang kamera tu la dia elok pandang kamera sorang2 :P







Dah habis jalan2 makan angin. Best2 i loike. Malam2 naik bot. Angin pulak tiup2 muka. Lagi best dok depan2 ombak tengah kuat terpercik la air ke muka...huhu...Silap. Patut dok tengah or belakang sikit. Lepas keluar tu ada orang jual gambar. Dorang tangkap before bot jalan. Sekeping RM 20 kot. Kitorang tak beli sebab aku tak pandang kamera...huhu...


Dah nak balik baru la nak amik gambar kat entrance kan. Sampai2 tu sibuk ngan Irfan buat kuih lagi, beli tiket lagi. Dah nak balik lengang la sikit kat entrance tu. Dah nak tutup dah pun.





Tengah amik gambar bertiga tetiba mak datang amik Irfan. Ayah laju je amikkan gambar...huhu...Terus malu2 kucing. Dah lama aihhh tak amik gambar berdua. Malu tapi mau...kihkihkih...



Balik tu penat giler. Nampak bantal je. 2 orang jejaka dah selamat tido. Aku kena mengadap kerang bakar yang ditapau kat kedai tu. Ingat nak makan 2 orang boleh la habis. Tu pun aku makan jugak even mata sampai tahap tak boleh bukak dah.


Separuh bekas tu aku habiskan sorang2. Nasib baik la kerang bakar memang fevret aku. Nak2 pulak memang kerang bakar kat kedai tu best.


Esoknya baru la melaksanakan misi yang asal. Pergi kenduri kawen kat Masjid Tanah. Tak sempat jalan mana2 dah. Jalan2 ni pun main terjah aje. Lain kali kena la plan betul2 kalau nak stay 2 or 3 malam ke kan. Tempat lain la pulak kot. To be continued...