Masih lagi meneruskan cerita basi kat Melaka walaupun rasa dah tak lalu sebenarnya nak update...huhu...1 minggu ni pun tak sempat nak habiskan sebab keje rasa cam bertimpa2 kat atas bahu nih T_T Tapi update blog ni is one way to release out stress jugak sebenarnya. Tu yang kekadang gigih jugak celah2 tu update blog. Upload pic hari lain. Bebel hari lain. Tu pun sampai 2 or 3 kali update baru nak publish.
Since before tu tak berjaya cari tempat makan, kitorang terus cari tempat lain. Kali ni main terjah aje. Jalan depan sikit then nampak signboard kedai ikan bakar. Medan Ikan Bakar Serkam. Memang tak tau sedap ke idak. Main singgah je. Sebelum apa2 wusha baby chair dulu dari jauh :P
Time kitorang datang memang lengang je kedai. Baru pukul 6 lebih time ni. Biasala dah malam baru ramai orang. Since dari jauh dah nampak baby chair laju je la pilih lauk.
Rambang mata kot tengok seafood yang fresh2 tu. Tambah2 1 hari tak makan nasi. Memang laju la tangan tunjuk sana sini...hahaha...
Pelakon terbaik di abad ini...hehe...Bukan main lagi kan tunjuk2...Ayah aku memang rajin amik gambar. So banyak la gambar2 candid gini. Kitorang amik gambar kalau rajin je :P
Tengah tunjuk kat mak sebenarnya nak pilih menu mana. Aku bab2 ni memang expert. Tapi ikut tekak aku je la kan. Biasanya 1 family ok aje ;)
Irfan kitorang suapkan bubur siap2.
Time ni ok lagi la dia dok dalam baby chair diam2. Sekarang? Jangan harap ok. Tau2 dia dah berdiri nak keluar. Memang baby chair pun dah tak ada makna...huhu...
3 of us...
Budak kecik yang ada rambut. Hari2 tengok Irfan botak tetiba tengok gambar ni rasa cam lain pulak...
Lauk pauk dah sampai...Jommm makan!
Tunggu makanan ngan penuh sabar. Sekali lagi baju sama ngan kaler kerusi daaa....
Lauk pauk dah sampai...Jommm makan!
Ni lauk pauk yang di order. 4 orang je makan. Nasib baik habis. Kerang bakar je tak habis sebab lambat sampai. Perut pun dah full. Tapau bawak balik je makan kat hotel.
Sotong masak sambal, tom yam campur, udang goreng tepung, ikan lupanamaapetah masak 3 rasa kot, ikan pari bakar, kailan ikan masin, ketam masak black pepper n kerang bakar. Ingat2 lupa je sebab dah lama kan...huhu....Tapi kesedapannya still terbayang2. Memang berbaloi2 la makan situ. Patut la dulu office mate aku sanggup datang Umbai balik hari semata2 nak datang makan. Memang banyak tempat makan best kat sini...
Habis makan still ada aktiviti lagi even time tu dah malam. Sambung next entry. Tak tau la esok ke next week. Nasib baik la since 2 minggu lepas dah tak ada meeting malam. Turn orang US pulak kena time malam. Asik nak follow time boss je kan. Baru la nak nampak sinar kebahagiaan sket...huhu...Lemau dah hari2 meeting malam T_T
No comments:
Post a Comment