nuffnang

Wednesday, March 28, 2012

Klebang Original Coconut Shake

05/02/2012 - Sun

Ni la tempat yang kitorang singgah before balik. Klebang Original Coconut Shake. Kat tepi jalan je. Actually bila dah sampai Melaka terus teringat kat coconut shake yang femes ni. Tapi tak tau mana nak cari. Lagipun masa limited sangat nak round2 Melaka. Sekali on the way nak pergi Masjid Tanah tu dah nampak signboard Pantai Klebang. Terus muka melekap kat tingkap standby kot2 ternampak stall yang dicari2 itu...hahaha...


Tapi kitorang tak singgah terus sebab time tu orang beratur panjang giler. Kitorang pulak nak berkejar nak pegi kenduri. So decide singgah lepas kenduri je la even kena patah balik lepas tu. Dah lepas kenduri lagi la panjang Q nya kot. Dah petang2 orang lagi la ramai lalu lalang situ. Dah jauh2 datang singgah la jugak.


Itu pun Meor gigih beratur sorang2. Nasib la Irfan tidur je. Kalau tak maunya dia tak senang duduk tunggu lama2. Serius lama giler beraturnya. Kalau aku kena beratur memang dah give up kot. Panjang bebenor. Terharu sungguh Meor sanggup belikan jugak T_T


Serius Q dia panjang giler. Kat stall ni boleh tapau je. Kat belah dalam boleh lepak2 makan sekali. Tak tau la dalam ramai orang jugak ke tak. Sudahnya kitorang buang masa kat situ je.


Tadaaa...coconut shake special...Ni kitorang singgah kat kedai before tu lagi dari Masjid Tanah. Sini tak adala ramai sangat orang. Tapi saje nak try jugak. Ok la sebab dia campur aiskrim ngan cocktail sekali. Beli 1 je rasa...


Ni baru Klebang Original Coconut Shake...Beli 3 cawan. 1 for me and 1 for Meor. 1 lagi untuk mak n ayah. Share aje sebab mak n ayah tak suka minum sejuk2...Memang terbaik la coconut shake dia. Minum time tengah panas2 tu memang heavennn...Sejuk terus tekak.


Tu je la kisah cuti2 Melaka kitorang. Short trip aje. Tu pun update sampai dekat 2 minggu pun tak habis2 jugak...haha...Basi sangat dah. But better late than never kan ;) Esok nak reveal barang yang aku amik kat office hari tu. One of my wish list =)

p/s: Kitorang amik cuti Khamis and Jumaat ni. Kerja aku pun dah settle. So boleh la bercuti bersantai lapangkan kepala otak ni. Hopefully menjadi la plannya nanti =)