nuffnang

Friday, March 2, 2012

Irfan's 1st Birthday Party - Part II

25/02/2012 - Sat

Next agenda lepas bergambar ramai2 mesti la agenda makan2 kan. Memasing dah lapar. Patut start 8.30 pukul 9 jugak baru dapat start. 9.30 baru makan. Yang paling lapar of coz la Mama Irfan kot...huhu...Before makan amik gambar dulu ngan budak sibuk ni. Memang tak peduli dah nak pandang kamera. Time ni je la sempat amik gambar. Tu pun cepat2 tangkap si kecik yang super duper bz tu :P



The foods...Puding kastard with cocktail, pulut n rendang, karipap, fruits, chocs, sumi, kacang. Pulut n rendang Mak Tok buat. Karipap tu kebetulan Mak Lang kirim dari kampung. Puding kastard tu Mama Irfan buat ;)


Sebab Mama Irfan yang buat kasi fokus dekat sikit...hehe...Papa pun tolong sekali. Yang hias2 tu Papa Irfan yang kreatif la hiaskan ;) Ada kuah sekali but tak ada dalam pic.



Dalam bekas bertutup tu bihun goreng. Kakak ipar yang bawak dari rumah. Lupa pulak nak bukak tudungnya before amik gambar.


Lagi ada laksa Penang. Yang tu Ummi Shamil, birthday boy lagi sorang buat ;) Hujung tu ada macaroni n cheese ngan plain macaroni. Mama Irfan buat lagi...huhu...Kena buat option kuah spagetti sebab takut orang muak makan cheese semata. Konon nak buat ala2 kat Wendy's la kan.

Tapi as expected orang tak reti makan. Kuah spagetti yang licin dulu. Nampaknya aku ngan Meor je la yang giler cheese. Kitorang yang licinkan...huhu...



Air buat air sarsi je. Tu pun budak2 tak benti2 datang amik air. Camne la tak haus dok lari kejar2 lompat sana sini kan. Makan memang dah tak heran...


Agak2 dah penat baru la reti nak main sopan2...hehe...Lepas dah makan memasing lepak dulu kasi digest pape yang patut sebab lepas tu nak masuk kek pulak :P


Abang aku yang baru balik dari kerja. Before tu dah hantar anak2 dia dulu datang. Kesian penat2 balik kerja. Tapi ok la kan dapat makan sedap ;) SIL aku dok morning sickness kat rumah tak dapat datang...

Time nak potong kek tu baru la bawak keluar topi untuk kids. As expected Irfan memang tak senang hati ada mende atas kepala dia. Even topi jalan2 dia pun tak kan lekat lama atas kepala.


Memang bersungguh2 la dia nak tanggalkan. Pastu kitorang pakaikan balik...hahaha...Ntah berapa kali tanggal pakai last2 kitorang yang give up T_T



Bila dia tengok orang lain pakai topi mask bagai dia bukan main pelik. Beria belek2. Pelik agaknya. Padahal dia tak tau dia pun ada satu atas kepala...hehe...







Haihhh...ini budak aaa...Last2 dia lansung tak nak pandang kamera. Tengok orang lagi best :P


Time for the cake. Before Irfan campak topi tu atas kek better tak payah pakai la kan...huhu...Time bawak keluar kek bebudak cam kecewa je tengok2 ada 1 batang lilin je yang terpacak...haha...Iye la...Tukang tiup sikit punya ramai tu kiri kanan :D


Irfan potong kek ngan papa...Blur je dia tengok orang. Tau2 lilin dah padam. Ramai dah standby nak tiup ;)




Kek harus la beli kek Choc Indulgence. Sementara Irfan tak pandai nak request2 ni kan. Baik la ikut tekak mama dia je...hihihi..Kang dah pandai nak request theme Ben 10, Spiderman segala...haaa...Time tu ngadap la puas2 :P Memang tak dapat dah nak kek plain2 gini...



Habis je Irfan potong kek, terus letak kek tu tepi jap. Time for the next birthday boy. Birthday celebration je share ye...Kek tak mo share...huhu...Shamil tak nak share katanya. Celebrate ni pun tak plan nak buat skali. Dah last minute aku tanya kakak aku nak join ke tak. Join ke tak kitorang memang akan tetap buat untuk Irfan. End up nak join tapi tak nak share kek.



Camne nak share. Kek budak besar of coz la lain. Dah pandai nak request. Ni Ummi Shamil buat sendiri. Blueberry Cheese cake. Yang penting tu Upin Ipin. Excited kemain la bebudak tu. Haa...kali ni lilin meriah ok. Shamil dah 7 tahun.


Masing2 'teruja' ngan Upin Ipin. Irfan je tak heran...hahaha...


Orang tak heran kita letakkan kat hujuuunggg sekali...hehe...Senang. Kang letak depan ada yang pegi cepuk kek Upin Ipin tu kan...hiks!


Baru nak start potong kek habis semua Upin Ipin dah kena makan...hahaha...Dorang dok serbu Upin Ipin je. Abis kek tu terus togel tetiba...Memang lawak masa ni gelakkan dorang :P



2 kek yang dah tinggal separuh. Lepas tu sambil lepak2 sambung makan lagi. Siap ada yang tapau bawak balik pun ada lebih lagi. Esoknya kitorang habiskan terus.


Gitu la lebih kurang birthday party Irfan hari tu. Just a simple birthday party. Bersesuaian la ngan bajet, tenaga dan yang paling penting masa yang ada. Serius bz ngan keje ofis sekarang. Tapi untuk hari tu memang kena tinggalkan kerja. Hasilnya minggu ni kerja jadi ber'double triple'...huhu...Tapi hari ni I dah tak bz. Sebab tu boleh udpate belog. Tipu T_T

Makan pun buat apa yang sempat je. Tu pun dalam kepala dok plan nak buat nasi ayam la, puding karamel la, sardin roll la. Tapi berangan je. Memang tak sempat. Even nak goreng keropok ngan wedges pun tak jadi sebab sibuk ngan mende lain. Tapi foods yang ada pun dah cukup buat semua orang tersandar...hehe...Kali ni buat sesama family je. Mana tau next next year ke kalau ada rezeki lebih boleh ajak ramai lagi sedara mara, kawan2 lama and geng2 blogger. Insya-Allah =)

p/s: Terpanjang pulak entry kali ni. Kalau tak larat nak baca, baca separuh2 dulu ye. Risau kot korang baca sampai pitam ke...hihihi...

4 comments:

Laiciberry said...

syoknyer dia potong kek..xsbr lak nk tggu besday aqeef....

cuna said...

Laiciberry: hehe...irfan pn kecik lg. dia lg seronok tgk org ramai2 dr kena potong kek. nnt dh besa dia la yg plg excited kot ;)

fawwaznuha said...

hepi besday irfan..syoknya dia mama celebrate n buat bithday party ^^..
Dami annti rasanya mcm xbuat je huu..xde bajet la..sambut kecil2 je kot

cuna said...

fawwaznuha: tenkiu antie azy =) irfan ni pn buat kecik2 je. semua cousins dia je. saje kasi budak2 tu sonok ramai2 ;)