nuffnang

Tuesday, March 13, 2012

Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru

04/02/2012 - Sat

Sambung lagi cerita kat Melaka. Aktiviti kami di hari pertama kat Melaka adalah jalan2 cari makan. Sampai pun dah petang kan. Harus la perut berkeroncong. Kena pegi before hari gelap. Kalau tak memang sesat barat. Nasib la ayah aku agak familiar ngan tempat ni sebab dah pernah sampai.







Bekalan Irfan dah bawak siap2. 1 beg lagi aku galas. Complete ngan thermos, air, biskut segala...huhu..


Masuk2 memang banyak la kedai dalam tu. Kitorang yang tak pernah datang ni memang tak ada idea la nak singgah kedai mana satu. Tambah2 masing2 dok terjerit2 panggil masuk kedai dorang. Lagi la naik pitam nak pilih kedai mana...huhu...




Last2 kitorang singgah satu kedai ni. Yang paling hujung sekali. Tu pun sebab dulu parent aku pernah makan sekali kat situ. And not bad la. Sekali dah duduk tu mintak baby chair dia cakap tak ada. Apekahhh?? Bab ni memang aku tak puas hati la kan. Kedai cantik2 tak ada baby chair. Warung kecik kat rumah aku pun ada baby chair ok. Dah la kitorang memang tak bawak stroller. Kalau travel jauh2 memang tinggal la kan. Memang tak muat nak sumbat dalam kete kami yang cumil tu :P


Akibat ketidakpuashatian itu, sudahnya tak jadi makan situ. Sekali pandang macam semua kedai kat situ tak ada baby chair je. So amik2 gambar sikit lepas tu blah. Tapi memang cantik la pemandangan n tempat tu. Sedap mata memandang. Tenang je rasa.


Macam biasa Mama Irfan je yang sibuk nak bergambar. Irfan buat dunno je. Haihhh...Nasib baik boboy. Kalau gegirl pun macam tu harus ku cubit2 gigit2 pipi mu itu...hahaha...


Memang sangat cantik pemandangan petang tu. Dah nak malam actually. Ni pun ayah yang snap. Subhanallah...indahnya ciptaan Nya...








So misi pencarian tempat makan diteruskan di destinasi berikutnya. Kali ni memang berbaloi2 la. Sampai sekarang pun dok terbayang2 lagi kesedapan lauk pauk kat situ ;) Sambung next entry...


2 comments:

~YUN~ said...

hari tu yun g melaka,tak pergi pn umbai..rugila plak..hehe

cuna said...

yun: kalau peminat seafood mmg rugi xsinggah yun. sdp2 mknn dia. kitorang kalau pegi sendiri xtentu lg jmpa tmpt tu :P