04/02/2012 - Sat
Cerita yang tertunggak lagi basi..huhu...Kitorang ada pergi Melaka hari tu. Time ada cuti panjang. Cuti Maulidur Rasul. Tapi tido 1 malam je pun. Tak ada lajak2 sampai hari Isnin. Memang sangat unplanned trip. Main redah aje. Dari hari tu nak pegi Melaka tapi last2 sampai Cherating. Kebetulan minggu tu ada kenduri kawen kat Melaka. So sambil menyelam minum air la nampaknya ;)
Kami tido kat sini je. Hang Tuah City Hotel. Hotel 3 bintang aje. Tu pun last minute booking. Dapat la jugak bilik yang dah nak penuh. Dapat bilik luar dari bangunan hotel. Sabo je la. Tapi ayah aku berkenan ngan hotel tu sebab dulu pernah stay situ. Lagipun dekat ngan bandar n masjid katanya. So kitorang follow aje.
1 malam RM 140 kot. Boleh tak kalau aku dah lupa? Lambat nau update nyer. Pastu mula la nak lupa sana sini kan T_T Disebabkan booking bilik pun dah agak lambat, bilik pun banyak dah penuh sebab orang cuti panjang. Maka dapat la bangunan luar yang air paip pun kecik yang amat. Katil pun dapat 2 katil single.
Tapi Irfan peduli hape kan. Yang penting dia boleh buat siri jelajahan cam biasa. Masuk2 terus dia explore semua :P
Nanti la sambung lagi next entry. Mau sampai minggu depan pun tak habis cerita kat Melaka ni. Hari ni ada kat ofis. Lama rasanya tak duduk kat cubicle ni. Habis berabuk meja...huhu...Last datang 2 minggu lepas kot. Tu pun sebab ada team photo. Nape hari ni nak datang pulak? Haaa....mesti la ada udang di sebalik mi (^_~)
No comments:
Post a Comment