nuffnang

Tuesday, April 24, 2012

Irfan's Progress @ 14 Months Old

Progress Irfan 1 tahun 2 bulan. Sekarang dah besar sikit update 2 bulan sekali je la progress dia kot =) Kelmarin, Irfan genap 14 bulan. Mesti ada je mende2 baru yang dia belajar. Let's check it out ;)

  • Suka keluar rumah - Memang pantang tengok orang nak keluar. Asal nampak sesape pakai cantik2. Lepas tu siap bawak kunci. Memang confirm dia nak ikut. Dia sampai dulu kat pintu kot. Kelam kabut jalan laju2 takut kena tinggal. Masalahnya siapa2 pun dia nak ikut. Tak kesah la mama dia kena tinggal pon T_T Yang paling best selagi dia tak dapat keluar memang nangis time2 tu jugak...huhu...
  • Pencinta kucing - Sehari kalau tak keluar tengok cat kat luar rumah memang tak sah kot. Elok pulak jiran sebelah rumah ni bela kucing. So memang ada je la kucing2 datang bertandang kat depan rumah. Kalau Irfan ngamuk2 lepas tu ajak tengok cat je confirm terus diam. Kalau bagi pegang2 cat lagi la dia suka. Habis ditonyoh2 nya badan cat tu sesedap rasa. Kang dah kena gigit tak tau la nak jadi pencinta cat lagi ke tak :P
  • Jalan - Jalan laju kemain sampai kekadang tu tak sempat nak brek...huhu...Laju2 pun kitorang still tak lepas dia jalan kat luar lagi. Setakat dalam rumah je la. Tu pun terhuyung hayang lagi cam orang mabuk. Elok2 jalan tetiba makin senget sampai nak terlanggar dinding dia jalan...Elok2 jalan straight tetiba buat u- turn mengejut...hahaha...Lagi satu Irfan kalau jalan memang tak peduli dah ada apa atas lantai. Main redah je. Kalau ada orang duduk ke baring ke dia lalu jugak situ. So memang selalu la dok tergolek sebab terpijak mainan budak2 yang sepah2 tu
  • Cakap - Memang riuh mulut cakap bahasa dia. Tapi dah keluar simple words dah sekarang. Pandai dah cakap nak, tu, dah....Kalau dukung dia sekejap2 kang cakap tu. Sambil angkat tangan tapi jari telunjuk hala ke bawah2....hehe...Abis semua mende dia nak tunjuk. Kadang2 naik confuse apa yang dia nak tunjuk. Tapi layankan je la. Nak pun sama. Semua dia nak tambah2 bila lalu meja makan. Kalau tak nak laju je geleng kepala.
  • Sayang - Dah pandai sayang mama dia. Before ni kalau nak sayang pun budak2 yang sebaya dia je. Orang besar tak mau sayang. Suruh sayang pun siap paling muka...Sampai hati tau...sobsobsob....Sekarang tidak lagi. Suruh sayang memang laju je. Tambah2 kalau ajak keluar or dapat upah susu ;)
  • Salam - Akhirnya dah pandai salam tanpa ada maksud tersirat...hahaha....Before ni suruh salam memang dia salam n cium tangan. Tapi sambil tu sambil jilat tangan orang yang dia salam :P Sekarang dah tak buat dah. Yang paling tak tahan bila salam tu siap bengkokkan kaki lagi...hehehe...Cutenyerrrr :P
Happy 14th Months old Irfan Naufal =)

p/s: Makin seronok tengok gelagat Irfan yang semakin membesar. Kalau tengah marah or sedih sampai dah tak boleh nak senyum pun boleh tersenyum tengok dia =)

6 comments:

[DnaZz] said...

jalan macam org mabuk..hahaha definitely true!:D

cuna said...

Dnazz: hehe...kan? terhuyung hayang. kdg tu mama yg follow dia kt blkg pn skali mabuk :D

[DnaZz] said...

hahaha cuna ni kelakar lah :D

familisihat said...

hehe..mama, Irfan nak adik tu..baru ada geng..huhu..dah pandai macam2 kan..
Damia pon sama macam Irfan, pantang nampak kucing...ada satu hari kat NSK ada kucing dlm tu, nk dikejarnya dahla jerit kuat..malu ibu dia ni huu

cuna said...

Dnazz: haha...mmg btl la iza. mengah kejar irfan. exercise dlm rmh pn dh cukup =)

cuna said...

fawwaznuha: uih xtau la tu kan. tgk dia yg makin melasak adik mmg kena postpone dulu la kot...huhu...budak2 mmg suka kucing kot kan. glemer dah kucing2 kat luar tu :P irfan kt luar pn xde angin xde ribut dia nk jerit. dh jadi mak org ni kena tebalkn muka je la =)