nuffnang

Friday, April 6, 2012

Water Theme Park @ Gold Coast Morib Resort


30/03/2012 - Fri

Pepagi kami turun breakfast. Memang tak ramai orang lansung. Lengang je. Akak aku cakap time dia pegi siap kena queue nak amik makanan. Weekend memang confirm ramai orang. Tambah2 time cuti sekolah. Ini budak kecik boleh duduk dalam baby chair tak sampai 5 minit pun. Lepas tu menggelupur nak keluar.


Breakfast kami...Nasi lemak, sosej, wedges, kuey teow goreng...


Telur dadar, roti, apple pie, waffle, muffin ngan puding roti. Semua biasa2 je except puding roti. Aku siap bertambah lagi ;)


Ingat pagi tu nak sambung bersuka ria kat theme park lagi. Patut pukul 8 pagi dah boleh masuk. Tapi memang lengang je. Tak ada sorang pun. So cam segan je nak pegi.


Naik bilik lepak2 kejap then kemas barang nak check out.


Before balik amik gambar dulu kat balkoni =)




Settle je check out and siap masukkan semua barang dalam kereta pegi balik theme park. Mau amik gambar kenang2an before balik. Teringin nak naik mende kat belakang tu. Patut ada air turun but since tak ada orang dorang memang tak pasang.


Aku sempat merasa naik 1 round slide warna kuning tu. Best. Cam tak puas je naik sekali. Yang tak bestnya sebab tak boleh jerit kuat2. Sebab naik sorang2 kan. Kalau ada geng best la nak jerit2. So jerit kat dalam hati je la...hahaha...


Yang peliknya sorang pun tak ada dalam ni. Yang ada staff dorang je tengah cuci2. Padahal boleh je masuk. Musykil betul tau...


Irfan pecah rekod kat sini berendam dalam pool paling lama. Kalau tak rendam kaki sikit dah kerut2 sambil melalak dengan kuatnya. Kali ni siap gelak2. Tapi lama sikit dahi dia dah start kerut2...hehe...


Slide yang straight ni pun aku naik 1 round. Naik ni terjerit jugak akhirnya sebab air splash ke muka kuat sangat. Sampai tertelan air sket...huhu...


Dah keluar dari hotel singgah kat Pantai Morib. Dalam 5 minit dari hotel. Ingat boleh la cicah2 kaki kat air pantai. Tengok2 siap bertembok bagai kat situ. Pelik jugak akak aku cakap boleh naik motor kat tepi pantai. Musykil lagi sekali.


Dah balik tu baru dapat tau dari hotel tu jalan kaki je ke belakang terus ada pantai. Cam dah jadi private beach gitu. Cissss...Dah balik baru tau. Rugi tau. Nak buat camne. Kitorang tak habis kaji, tak habis explore. Tak tau la boleh mandi ke tak sebab apa yang aku tau Pantai Morib ni tak berapa nak bersih air dia. Tapi at least kalau dah sampai tu boleh la amik2 gambar or main2 air kat tepi pantai kan....Huwaaaa....Papa Irfan, let's repeat our holiday to Morib pls ;)

Kat belakang tu ada banyak kedai2 makan. Akak aku cakap malam2 meriah kat situ. Boleh makan ikan bakar. Ada orang berjual2. Tapi time kitorang datang malam before tu sunyi sepi aje. Terus tak jadi makan situ. Nak kena datang weekend jugak la kot baru terasa kemeriahannya...huhu...


Tido 1 malam aje even amik cuti Khamis and Jumaat. Nak stay 2 malam Jumaat dah rate lain. Tak bulih. Kena jimat. Dah la baru ngabiskan duit beli Coach. Bukan 1. 2 pulak tu...hiks! Eh yang lagi satu kecik aje. Sling bag. Half price dari yang lagi satu. Ok keluar topik tetiba. Yang pastinya nak datang sini lagi. Tak tau bila je. Just wait n see je la kan. Bestnya hari ni dah hari Jumaat. Malam ni boleh layan cerita Korea He's Beautiful kat 8TV. Nak jugak tengok kat TV even Meor dah fully donwload cerita tu :P

6 comments:

Laiciberry said...

menarik la tmpt ni kak..mcm teringin nk pegi jer...hihih

cuna said...

Laiciberry: jom kita book ramai2 utk bln 5 or 6 ni. sementara tgh promo ni la blh jln2 mkn angin kt situ. kang promo abs mau 1 mlm dh rm400+ T_T

Laiciberry said...

ooo promo tu smpai bln 6 je ek kak..tu la tmpt cantik camtu naik harga la nnti...hehehejom jom cpt kita kemas bj...hihihi

cuna said...

Laiciberry: kalo xsilap promo tu bln 5 ngn 6. skrg half price je. 200+. bln 5 160+.bln 6 nnt 120+. normal rate mmg 400+. pastu xtau la ada lg promo ke x. maybe awal2 je kot ada promo =)

adib_ahmad said...

salam..kak saye nak tanye sikit boleh x?
camni sy pon ade plan nak pegi sini bwk cik wifey..konon2 nak buat birthday surprise..hehe
tp risau pulak sbb bace review2 negatif psl resort nie..ade yg ckp byk lalat la..ade yg ckp bau x best la..ade yg ckp jacuzzi n kemudahan2 lain x sempurna.
so akak yg baru pegi camne? ok x overall? kalo x ok ape die yg x ok tu? sy pon nak pegi weekdays jugak sbb dah tau weekend mmg sesak..please kak reply..risau sgt ni..huhu

cuna said...

adib_ahmad: wsalam. so far pegi 2x hari tu ok je. tak pasan pulak ada byk lalat. maybe ada bau yg kurang best. tp tak la teruk sgt. still blh tolerate. jacuzzi n theme park pn ok je.blk pn besar n ada balkoni blh lepak2.for me mmg tip top.mmg sesuai sgt for short vacation :)