01/04/2012 - Sun
Biasanya time weekend je la time untuk berjalan2 makan angin bertiga. Rasa cam lapang n happy je kalau dapat keluar mana2 time weekend. Menghilangkan penat walaupun lepas balik2 tu penat jugak...huhu...
Biasa memang Irfan orang 1st yang siap dulu. Dia main2 tunggu mama dia siap sampai la dah rasa bosan...hehe...Ni kereta fevret dia la kat rumah tu. Ke hulu hilir ditolaknya. Naik jarang. Dia lagi suka tolak pusing2 satu rumah :P
Ni weekend outing beberapa minggu yang lepas la kan. Lepas balik dari Morib.Kitorang pegi JJ. Aku pun dah lupa datang cari apa kat situ. Tapi time keluar tu terlupa bawak kasut Irfan. Kebetulan kasut Irfan yang lama pun dah macam ketat. So alang2 beli je la baru. Lepas bayar terus pakai kat situ jugak. Tengok la sikit punya susah Irfan nak pandang kamera sampai kena pegang kepala dia. Geram tau. Anti kamera pulak anak bujangku sorang ni.
Lepas round2 sikit kat JJ tu kitorang ke Tesco pulak beli barang dapur. Cam aktiviti bulanan jugak la pegi Tesco ni. Kalau rajin 2 kali sebulan pun jadi. Irfan dah besar ni senang sikit nak bawak. Letak je depan tu. Kalau tak nak kena cari tempat yang ada seat baby dalam troli tu. Biasa mesti tak dapat sebab orang dah amik. Pakai carrier jugak last2.
On the way nak turun ke parking ni nampak la pulak kereta kecik ni. Papa Irfan la yang laju letak Irfan dalam tu. 50 sen je katanya. Biasa paling koman pun mesti seringgit. Apa lagi. Suka kemain la Irfan dapat main. As expected bila angkat nak balik je terus dia pasang siren. Sepanjang jalan pulak nak memujuk lepas tu T_T
Ohhh ye...Kat OU tu terlalu outlet Nichii. Ternampak pulak kat depan tu ada banner sale...heheh...Dah lama tak masuk Nichii. Ada la sekali dua kot pernah masuk tapi tak pernah ada hasil. Entah camne hari tu boleh rembat 2 helai blouse ;) Susah betul kalau virus shopping baju ni dah datang tau...huhu....
Actually bukan every weekend pun dapat keluar. Ada jugak masa2 kena terperap je kat rumah T_T Memang tak best la kan sebab bila dapat keluar weekend je baru la rasa bersemangat nak teruskan 5 hari weekdays yang seterusnya yang super duper bz dan penat. Ke mind setting je tu? Whatever la kan...Yang penting ini adalah salah satu cara yang boleh membuatkan diri ini terus happy =)
2 comments:
hahaha sian muka irfan kena penyet
Dnazz: hehe...irfan slalu kena buli ngn papa dia. ssh sgt nk pndg kamera kan :P
Post a Comment